Iklan! Iklan! Sila Click!

08 December 2014

Perkenalkan Ini Adik Luth

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ada seorang anak susuan. 3 kali kenyang minum susu aku. Sekali aku bagi direct, selebihnya bagi EBM. Macamana aku boleh decide nak bagi anak itu minum susu aku ialah apabila aku selalu buang dan membazirkan susu yang aku pam setiap hari Jumaat. Sebab hari Sabtu dan Ahad tu cuti, Luth memang tak minum guna botol selagi roh dia boleh mengesan kehadiran roh aku ada berhampiran dia. Wah gituu. Susu tu pulak kalau simpan 2 hari untuk bekal hari Isnin, lagi la Luth tak layan. Kalau dah tau Luth taknak minum, kenapa pam? Uih, kalo tak pam... aku la yang terseksa bengkak susu.Akhirnya terbuang begitu sahaja susu yang aku pam dengan penuh kasih sayang tu.

Sedih pelepah hati aku bila menuang susu rezeki Allah beri tu ke dalam sinki. Oleh sebab aku tak tergamak nak buang susu tu dan tak sanggup menjadi kufur nikmat susu, aku mencuba nasib untuk offer kepada salah seorang ofismate aku yang ada anak yang lahir beberapa bulan selepas Luth lahir, kot-kot dia tak kisah kalau aku bekalkan anaknya dengan susu aku pada setiap Jumaat. Allah Maha Pengatur, Dia gerakkan hati kawan aku tu untuk terima susu aku untuk anaknya. Syukur. Tidak la sia-sia la susu yang aku pam pada hari Jumaat tu.

Maka secara rasminya, jadilah Melissa Ryehannah ini sebagai anak susuan aku. [Canggis kan nama dia?]. Pada susu yang aku pam itu juga aku doakan yang sama seperti aku doakan untuk Luth, cuma nama aku tukar la daripada sebut nama Luth, aku sebut la nama Melissa Ryehannah. Maknanya, Luth dengan Lissa nanti tak batal wudhuk. 

Ada yang tanya, tak takut ke nanti anak aku jatuh cinta dengan Lissa satu hari nanti. Aku gelak je la. Ini bukan sinetron Indonesia. Semuanya nak dirahsiakan. Kemudian dah dewasa baru nak beritahu perkara sebenar. InsyaAllah, untuk Luth dan Lissa ni, akan aku jelaskan daripada awal supaya masing-masing tahu hak dan batas masing-masing. Itu bukan perkara yang besar. 

Mak kandung Si Lissa ni pun ada tanya aku, "Ko tak sudi ke berbesan dengan aku nanti?". Hahah, ni pun soalan yang buat aku gelak jugak. Kalau nak berbesan pun, tak semestinya Lissa. Anak-anak dia yang lain pun boleh. Tak gitu? Lagipun, bumi Allah ni luas [walaupun tidak seluas syurga]. Jadi, panjang lagi perjalanan dan luas lagi pemandangan Luth dan Lissa. Jadi, tak perlu kita sempitkan fikiran dengan perkara-perkara yang se'simple' begitu. 

Aku pun sebenarnya suka kalau Luth ada ibu susu. Tapi tak ada pulak orang yang offer untuk susukan Luth. Aku segan la nak mintak kan, takut orang tak sudi nanti aku tertampi-tampi. Tebal le muka aku nanti kalau kena reject. Keh...kehkehkeh. Takpe la Luth.. Biarlah kambing je yang jadi ibu susu Luth. Cuma kambing hok mana se mama tak dapat le nak jejak. 

Tentang ibu susuan ni, ramai yang tak setuju di atas banyak alasan. Antaranya pasal jodoh tadi. Tapi ada juga ibu yang rasa tak sedia untuk berkongsi anak dengan wanita lain. Mungkin ada rasa terancam atau cemburu. Itu hak masing-masing la. Cuma perlu jelas, Islam tidak melarang dan tidak pula mewajibkan. Maka menjadikan seseorang anak orang lain menjadi anak susuan, adalah harus. Itu je yang paling penting.

Ada sorang lagi anak yang tak sempat complete menjadi anak susuan aku sebab susu aku pun dah makin kering sekarang. Iaitu anak saudara aku sendiri, Affan. Tapi sepatutnya Affan ni pun memang tak batal wudhuk dengan aku dan dengan Luth. Sebab sama jantina kan. Cuma untuk adik-adik perempuan Luth la nanti. Ewahh.. 'Adik-adik' tu. Berapa horang hanak haku nanti kan? Itu contoh...tepuk orang sebelah sekarang, kata kat dia," ..contoh... contoh..".

Harap-harap, kisah ini boleh memberikan inspirasi kepada sesiapa yang pernah terfikir untuk memberikan susu kepada anak orang lain. Ataupun untuk mengijinkan anak sendiri mempunyai ibu susuan. Banyak faedahnya. Dengar katanya, anak akan menjadi lebih genius. Seperti Nabi Muhammad, buah hati kita semua.



*Dengan izin mak kandung Lissa aku ceritakan hal ini dan untuk makluman semua supaya satu hari nanti, semua orang tau yang Luth ada adik susuan bernama Melissa Ryehannah.

23 comments:

  1. assalamualaikum lyd...betul tu kalau kita bagitahu dr awal x adalah boleh suka kn...kerapkn mereka berjumpa supaya ikatan seperti adik beradik akan kekal di hati mereka selamanya...:)

    ReplyDelete
  2. best nye kak....moga2 Tuhan sentiasa merahmati n melimpahkan rezeki yg bejuta juta lemon ;)
    tak semua org dpt rezeki mcm gini...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, berkongsi rezeki. Yelah, bkn semua ibu mampu beri susu sendiri kat anaknya. Kawan2 saya pun ada yang jadi ibu susuan. Satu perkara yg baik. Rasulullah s.a.w. pun ada ibu susuan, mesti ada kebaikan maka Allah rancang begitu.Pernah baca, tapi dah lupa pulak.

    ReplyDelete
  4. Masya-Allah! Hebatnya kejadian Allah, jadikan Melissa Ryehannah (adoi! tergeliat jari aku nak menaip weh!) ni budak yang comel. Huhuhuhu! Syukur Alhamdulillah. Murah rezeki ko! Macam-macam rezeki!

    ReplyDelete
  5. Alhamdullillah...semoga bertambah rezeki ko dan anak2 susuan ye.....tahniah dear

    ReplyDelete
  6. acik pun ada saudara susuan..zaman acik kecik2 dulu..menyusu twrus ngan arwah mak..anak suusan mak tu lagi tua dari acik..lain tahun..tapi masa acik lahir tu belum setahun lagi dia..kata arwah mak..acik kecik2 tak kuat menyusu..memang susu mak..anak susuan dia tu je yang minum..memang kami rapat pun..sedara susuan acik awal2 lagi dah bagi tau isteri dia..semua adik beradik isteri dia dan sekarang anak2 menantu dia pun tau jugak..

    ReplyDelete
  7. comelnya adik luth. Best nya ada anak susuan.

    ReplyDelete
  8. Murah rezki lyd inshaAllah..
    Rin susu dok byk lagi.aish msh penghisap yg tegar..huhu..
    Tp dh xd la smpi bengkak2..rindu nk rasa zaman bengkak susu..huhu

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..moga rezeki lyd terus murah..amin..
    saya dulu mencari ibu susuan tapi takde pula berjumpa..emm..

    ReplyDelete
  10. Comeyyyy... Allhamdulillah rezeki si comel ni dapatt ibu susuan yang prihatin, penyanyang. My abang sulung ada ibu susuan (sedara) and setiap kali jumpa mesti dia pesan dan cerita berkali2 bahwa dorang ni tak batal wudhuk. Hehhee I pulak... ibu susuan I.. beras jer kot. sedeyyyhh hahaha.

    ReplyDelete
  11. Comeynya.. Alhamdulilah murah rezeki Lyd sekeluarga... Aminnn

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...rezeki Melissa..semoga rezeki Lyd sekeluarga juga bertambah...

    ReplyDelete
  13. Saya pernah dengar cerita seorang wanita mat salih yang jadikan susunya bahan komersil - dia jual dan katanya ramai yang beli (termasuk mak bapa budak) kerana mereka tau khasiat susu ibu. Tapi di negara orang putih yang tak paham apa itu ibu susuan dan anak susuan bolehlah, dalam Islam mana boleh komersialkan susu badan...

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.. secara x langsung dh ada adik beradik luth..
    insyallah niat y baik Allah SWt oermudahkan...

    ReplyDelete
  15. comelnya dia... mudah-mudahan Luth n lissa menjadi anak yg soleh dan solehah...amin

    ReplyDelete
  16. ingat luth dapat adik kandung baru..hahaha

    ReplyDelete
  17. Bertambah besarlah keluarga Luth lepas ni ada adik pulakkan. hehe. Lucu juga ada orang tanya pasal jodoh nanti. Itu semuanya urusan ALLAH S.W.T.

    ReplyDelete
  18. Sementara Luth tunggu 'adik-adik-adik' (contoh je ni, Lyd...) biarlah dia bermain dengan adik susuannya, Lissa (nama panjang payah nak sebut takut tergeliat pulak lidah omputih nih...) Salutelah Lyd, ada anak susuan lagi. Cakap kat Lissa, jangan cuba jatuh hati dengan Luth, berilah laluan pada adik-adik perempuannya nanti untuk menambat hati ustaz muda nih ^_^

    ReplyDelete
  19. saya dulu pun cari ibu susuan sebab saya tak boleh berikan susu pada anak saya
    kesian dekat saya, takdir ALLAH
    apapun saya salute dengan lyd kerana mempunyai pemikiran berbeza dari orang lain

    ReplyDelete
  20. comel adik luth..murah rezeki ada anak susuan ni.berkongsi dengan kelebihan Allah bagi.sy pun teringin nak ada anak susuan..tp tak tergerak pulak carikan..syg juga dulu2 buang macam tu je susu perahan..afia pun tak layan susu tak fresh.dia skang pun tak pakai botol dh kt rumah pengasuh..skang ni susu pun dh tak byk,tp Alhamdulillah cukup utk afia sorang

    ReplyDelete
  21. Rasulullah pun ada ibu susuan...mehla susukan anak kembar koi ni...kesian diorang...

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah.smga murah rezeki lyd sekeluarga
    pernah baca dlm majlah pa & ma.dia ada lebih dari 4 org anak susuan.

    comel lissa ;)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...