Iklan! Iklan! Sila Click!

06 December 2014

Perkara-perkara Yang Tidak DiAjar Tapi Anak Tetibe Je Pandai Buat

Sejahteralah ke atas kamu,...

Aku print screen FB status aku beberapa hari lepas......


Selfie? Itu bukan habit aku. Boleh dikatakan, kalau aku pegang kemre atau ambil gambar guna henfon, aku hanya ambik gambar Luth atau gambar makanan untuk di pos di blog. Selfie memang takde. Aku tak sure kenapa aku tak minat selfie. Mungkin sebab aku gemuk tak fotogenik, so hasil gambar tu tak berapa cun. Jadi lebih baik aku takyah amik gmbr diri sendiri. uhuhu.

Status yang aku up ni, bukanlah aku nak kondem sesape. Cuma nak share perkara yang aku rasa kelakar je. Aku teka, Luth belajar buat gitu dengan sesiapa yang kat rumah nenek mengasuh dia. Aku okay je. Sebab bagi aku, takde salahnya selfie. Lagipun pelik je sebab aku tak buat, tapi dia reti plak selfie. *sambil taip ni pun aku gelak bila teringat aksi yang aku tak sangka-sangka tu semalam.

Selain tu, ada sekali tu, Luth nak menyusu. Aku masa tu membelakangi Luth, so aku sengaja lambat-lambatkan pusing kepada dia untuk begi dia susu. Pastu, Luth cubit aku pastu tampar-tampar aku. Aku macam terkujat seminit. Dia reti cubit? Aku tak cubit dia. So, cemana dia boleh mencubit plak ni. Eii, budak kenit ni. Geram plak aku. Pernah dia tampar aku, pastu aku balas. Pastu mula la dia menangis selok. Aku balas perlahan je. Tapi memang sebak sangat hati dia kot bila tengok aku marah. 

Sekarang ni, kerja hakiki dia ialah tutup suis mesin jahit aku. Aku tengah menjahit, dia gi tutup suis. Mau tak jadi naga kepala tujuh aku ni.

Perkara lain yang aku rasa dia belajar kat rumah pengasuh, bila dia main tendang bola, pastu dia cakap golllllll..... Lawak je aku tengok. Sebenarnya, kalau aku nak cerita pasal Luth, memang 30 hari 30 malam pun tak habis2. Ok, tipu. Padahal tak banyak pun cerita menarik tentang Dia. Lagi pun umur dia pun tak sampai lagi 2 tahun. Apa je sangat. 

Yang aku rasa positif sekarang ni ialah, Luth sangat suka dengan buku. Tengah menangis [yang aku tak tau menangis kenapa, maybe tantrum kot], aku offer kat dia "nak baca buku?" terus boleh diam dan angguk kepala botak dia tu. Aku langsung terkesima. Eceh. Ayat takleh bla. Bila aku bacakan buku, dia boleh fokus dan dengar je. Padahal aku merapu je. Apa yang aku cerita tu takde kaitan pun dengan karangan dalam buku tu. Aku saje je tambah-tambah dengan intonasi yang beriya gile viva. Aku rasa itu memang kebolehan aku kot. Iaitu merapu. Kohkohkoh.

Oh ye... Kalau nak add aku kat FB, silakan la. Kalau terjumpa gambar profile tu, boleh la try add. Tapi make sure PM aku dulu untuk bgtau nama blogger korang. Kalau tidak aku tak approve. Ye, aku kedekut FB sendiri, sebab byk perkara personal dalam tu. Takleh simply approve friend request. Eh, ada ke orang nak add? Perasaan aku je kot.

21 comments:

  1. budak2 skrg mmng cepat naw belajar apa yg mereka nampak kan bahaya gak klu ada bnda negative yg dia blajar

    ReplyDelete
  2. luth dah byk belajar ya ... dah makin bijak dia . saja jer dia nak menyakat emaknya main on off ... saya ada 2 fb . first utk kwn lama n adik beradik n saudara mara . satu lagi khas utk blogger . wpun ada dua tapi masih x pandai nak up status . cuma rajin komen status org jer ...

    ReplyDelete
  3. tu;ah kan..kita kena tunjukkan teladan yg baik kat depan anak-anak barulah diorang ikut yang baik-baik jerkan..thanks ya peringatan ni..ti pun nak didik anak2 ti sebaik-baiknya..salam perkanalan

    ReplyDelete
  4. selfie tak yah ajar kot. semua orang tau...

    ngeh ngeh...

    ReplyDelete
  5. alemakk...baru jer nak post gambar selfie me dengan tiffany dah siap dah entry tinggal nk post jer.... tak jadi la ni hahahhaa kidding.
    sebab tu I tak ajar main cubit2 gigit2 dengan anak, takut nnt depa ingat comel jer buat lagu tu, kang habis anak orang digigitnya.tapi dalam I tak buat tu... sekali eksiden si Jijah tergigit Tipah betul2... dia geram sangat kot gomol2 sayang sekali melalak si tipah, tengok berbekas gigi kat pipi... tipah pun saper suh montel sangat?
    errkkk I pun fb hanya kenalan rapat dan adik beradik jer.. sedara mara sepupu sepapat pun I tak approve, sebab banyak perkara yang my siblings jer kenal cara I dan boleh terima hahahahaa.

    ReplyDelete
  6. Saya dah tak buka FB 2 tahun. Berkarat dan berabuk. Biarkan... kerana saya tak pernah rasa sakit tanpa ada FB....

    ReplyDelete
  7. Rin suka selfie tp nl share gmbr selfie tu bebanyak mcm segan sngt..hahaha...selfie smpn sndiri je la ek..

    ReplyDelete
  8. Aku dah add dah...
    Anak sulung aku memang terer selpie...
    Henpon lama aku rosak sikit...ayah dia bg baru..so yg lama aku bg dia buat main game...hasilnya...penuh gambar selfie

    ReplyDelete
  9. Assalam, terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi dan mendoakan kesihatan bunda...terharu sangat.

    Walaupun dalam mood istirehat bunda singgah komen rambang blog2 kalian...

    ReplyDelete
  10. Baby mmg belajar melalui persekitaran..pandai luth selfie siap moncong mulut ye.mesti comel gila.afia pun sama suka sebut goll!dia mmg suka ball..tgok football kt tv mesti jerit gol..

    nama telah diputihkan tak nmpk cmna nak add?hehe

    ReplyDelete
  11. hahaha..kelakarlah Luth ni... mugkin sebab bila ramai2 dia perhatikan budak2 lain 2 dr situ dia belajar.. (teoripemodelanAlbertBandura) hehehe

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum lyd...budak2 skg ni mmg semakin bijak...apa yg kita buat pasti pandai jer mengikutnya...oleh itu kita terpaksalah berhati2 supaya mereka tidak membuat sesuatu yg x baikkn...:)

    ReplyDelete
  13. Hehehe...pandai dah selfie yer luth. Faktor persekitaran memainkan peranan. Even kat umah kita tak ajar pon. Paling risau kalau dia dah belajar sebut perkataan² yang tak elok.

    Alaaaa...takkan 'lid' jer. Tunjuk lah lebih skit ☺

    ReplyDelete
  14. tutup suis pakai kaki dia pernah buat? suis yang belah bawah lah..

    ReplyDelete
  15. haha.. mana pic luth selfie??
    tgk la budak sekarang.. kemain advance kan..
    kakak asya pun gitu jgk luth... pah ceroh selfie.. hihi

    ReplyDelete
  16. Betullah Lyd, I pun tak minat selfie-selfie nih. Rasa macam dah tak sesuai lagi nak muncung sedepa mulut tu bila berselfie ^_^

    Budak-budak memang cepat tangkap apa yang mereka nampak. Dan, bila bercerita pasal anak-anak, ada cerita menarik ke tidak, memang tak reti letak fullstop. Rasa macam semua pun nak masuk blog. Bukan nak beria suruh orang baca pasal anak kita sambil bersekongkol memuji anak-anak kita, tapi sebagai ingatan bila kita dah lupa; bolehlah baca blog tentang anak-anak, itupun kalau ingat passwordlah!

    ReplyDelete
  17. hehe...biasa budak ni akan ikut apa yang orang yang dekat dengan dia buat
    nak add camne. tak nampak nama pun =)

    ReplyDelete
  18. budak pandai. cepat je diorang belajar.

    ReplyDelete
  19. luth cepat belajar.
    so, hati2 ada yang perati..
    bab ttup suis mesin jahit mmg x menahan.comfirm tak bg mama dia menjahit.. hihi..
    kes mama xnk layan luth erk??

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...