Sejahteralah ke atas kamu...
Aku ni penat. Kadang-kadang rasa tak cukup rehat, kadang-kadang tak cukup tidur. Kadang-kadang terlebih rehat pun ada, pun boleh menyebabkan penat. Aku perlukan cuti. Maksud aku pergi bercuti ke mana-mana. Cuma kekangan yang paling besar untuk aku ialah..... masa yang ada untuk pergi bercuti tu hanyalah bermula Sabtu petang dan perlu balik hari Ahad. Semalaman saje.
Bagi aku, cuti ni ada 2 kategori.
1. Cuti untuk berehat serehat-rehatnya dan tidur terpukang - Kalau untuk berehat semata-mata, hanya perlu cari tempat yang dekat, cari hotel yang mahal dan bilik yang sangat-sangat selesa.
2. Cuti untuk berjalan-jalan tengok tempat orang dan bershopping - Boleh pergi ke mana-mana sahaja dan cari hotel budget pun takpe sebab tujuannya nak berjalan dan bukan nak duduk dalam bilik sangat. Kalau duduk hotel mahal pun buat rugi je sebab tak gunakan sepenuh masa.
Yang aku perlukan sekarang ialah cuti jenis pertama iaitu tidur terpukang. Tidur tu memang la kat rumah boleh tidur. Tapi aku nak tidur kat tempat yang selain daripada rumah, suasana cantik, nyaman, bilik kemas, dan nak mandi kolam. Bersantai-santai je dalam bilik.
Dengan kriteria yang macam aku cerita pompang pompang kat atas ni, aku hanya terfikirkan Grand Lexis Port Dickson je. Nak mandi kolam tu yang paling penting, sebab kolamnya adalah private pool. Selama ni, bila pergi mandi kolam awam kat Putrajaya, aku telan ailiobasi je menengok Luth mandi kolam dan bergalok dalam kolam bersama papa dia. Dah tu, aku? Aku jadi kaunter menjaga barang je la. Dah nak terjun sekali adalah tidak sopan. Kalau aku terjun dalam kolam kang, habis semua air kolam keluar, kolam tinggal kontang jek plak. Sian budak-budak lain nak mandi kolam.
Port Dickson Mwakame jaraknya dekat je dengan KL. Dah jimat masa dan kos perjalanan. Memang ada Salak Denai yang chaletnya juga ada kolam renang private. Tapi nuuuuunnn kat Yan Kedah. Jauh sungguh. Tak cukup Sabtu dan Ahad masa nak travel tu. Kos perjalanan pun dah rugi lagi. Sedangkan nak pergi Yan Kedah pun tak cukup masa, inikan pulak nak bercuti ke Turki.
Tempat lain yang dekat, yang aku terfikir nak pergi bercuti untuk tengok haiwan ialah Bukit Gambang Safari. Motifnya hanya untuk menonton kelakuan haiwan. Kami anak-beranak ni memang suka dan sangat excited bila tengok aksi kebinatangan binatang-binatang sekelian.
Cuma kalau pegi Bukit Gambang, takde la nak bersantai-santai sangat. Hanya nak hop on hop off je la. Eceh, dah macam nama bas husband Pacha Candha dah Hop On Hop Off.
Yuolls semua, pembaca-pembaca blog shaye yang budiman ni, ada plan nak bercuti ke? Ke mana lokasi idaman kalbu musim cuti sekolah ni? Boleh kongsi dengan aku dan sebab-sebab tempat tu dipilih?
Sebelum aku stop menaip, meh aku belanje skit gambar budak kenit pakai suit buatan sendiri ni.
Tibe-tibe tengah main, dia solat. |
eh apsal lah pemikiran kita ni sama ye..teringin nak tidur dalam suasana yang lain..aman damai tenang..hehe..tapi tak nak tidur kat umah..
ReplyDeletenak bercuti kena kira2 bajet,,nak bajet yang murah...huhu
Kakcik pun baru je cakap dengan En Suami - nak bercuti di hotel dan nak tidur tegolek terlentang je... :)
ReplyDeletetak perasan pulak sudah tukar background kumbang-kumbang kat blog ni
ReplyDeleteai suka pi berjalan klu pi holiday ni tak mo dok hotel ni tido je ....sbb mmg tak leh tido pun sbba de anak2 .... diorg bukan reti dok diam ... sama je cam dok kat rumah jd nye
ReplyDeletesy ari awal tahun lg bajet nk p brcuti tempat yg sejut.. mcm cameron nuuu... tapi xde teman... sampailah ke hujung tahun ni xdapet nak p2... hehehe
ReplyDeletesmartnya luth... hehehe
Pandainya jahit suit. Akk x de ke mana mana cuti ni. Anak sibuk nak sunat tahun ni jugak. Lg pun cuti dah x de.
ReplyDeleteeh3, luth dah pandai jalan erkh... ketinggalan sungguh ema ni....tulah tak tahu nak pergi mana cuti..kalau pi holiday sewa hotel mahal2..cuma nak tidur macam membazir jer...lainlah kat area tu boleh panjang langkah.
ReplyDeleteJahit sendiri ke Lyd.......pandainya....
ReplyDeleteEntah.... cik abe nak cuti minggu depan nak dibawaknya kita ke mana tak taulah tu....Tgk anak jerlah kot....
Okhe teringin gak nak gi Grand Lexis tu terkenangkan harganya ....sayang pulak!
Okje pun prefer PD gak kalau nak mandi pantai, dekat....
betul Lyd, mmg la boleh tido rehat kat rumah sendiri. Tapi kalau dpt suasana berbeza (yg selesa/cantik) tu lebih rasa nikmat. Camtu Lyd carilah yg dekat2 je, yg penting bilik best. Maybe ke Gold Coast Morib, ada jacuzzi tau dlm bilik air dia. Ada theme park gak kalau nak bwk Luth main.
ReplyDeleteCantikkk la baju tu..yg pakai lak hensem! Pandai yg buat! eheee
handsome luth...:-)
ReplyDeletehmm..saya pun dah tahap giler nk bercuti jugak ni..alahai..
knwing hubs mmg payah sikit nak ajak bercuti tau
mgkn nak gi jejalan melaka je la kot cuti nih..tp tak tau jadi ke x
aku pun teringin gak nk tidur hotel semata satu hari santai-santai mandi bath tub.
ReplyDeleteaku tak bercuti mana-mana pun.
cuma kalau teringin aku nak pi Teluk Batik. kalau nak happening lagi pi Melaka. banyak tmpat boleh melawat.
alolo abg luth ni dh besar dia :)
ReplyDeletebergaya pulak dgn baju hasil keraftangan mama :)
mmm.. ke mna erk?
pergi aje la ke grand lexis tu.nti citer kt blog k. nk juga tahu..
Hey Mickie u so fine u so fine owh Mickie... Luth kan my Mickie Yoon hahahah tak habis2. Dah tu, hensem macam mamat tu, nak wat guane.
ReplyDeleteI pun dah lama duk ushar tempat bercuti... tok laki ajak balik kampung, tapi I macam malas. hahahaha I nak bercuti, bukan nak serabutkan hati. opssssss
wahh..dengan happynya luth mengayakan baju buatan mamanya..siap buat catwalk lagi..
ReplyDeleteSama lah babe. Nak cuti dan merehatkan diri dan nak tido puas². Teringin jugak nak gi grand lexis. Tapi tak mampu poket lah.
ReplyDeleteIngat nak repeat balik gi bayou lagoon kat melaka. Best.
Segak sangat dia pakai baju tu...Buat kemeja petak tu banyak2 Lyd..kemeja petak budak2 laris jaualan nya..ekekek
ReplyDeleteTeringin ingin sangat nak berjalan ke luar dari johor ni...tapi apalah dayaku... :(
ReplyDeleteamboi comelnya luth dengan suit hasil jahitan mama..:)
ReplyDeletetgh bulan ni nk balik kmpg n cadangnya sekali bercuti sekali tp masalahnya budget tak berapa masyuk..tgoklah nti klu ada rezeki.klu takde dok diam2 kt kmpg pastu mandi je parit depan rumah.muahaha..
bergaya si bujang tu dah mcm model . ramai lak peminatnya ... saya cuma nak pergi melihat kehijauan , keindahan alam di Cameron highland ... jika boleh .
ReplyDeletedah besar dah Luth kan...apapun i need vacation too...dah penat sangat dah...tp xde cuti...macam mana....
ReplyDeleteBertuah Luth dapat mama mcm Lyd!
ReplyDeleteBab bercuti pastu nak terbongkang tido kat katil empuk tu memang sama la kita..heheh
Seblm aku komen apa-apa, aku nak ckp; Masya Allah! Budak kenit lagi petit yg soleh tu nmpk mcm Beckham dgn suit handmade maknya. Ai is jeles bcos ai is cannot sewing that suit like your mother, u know! Hoh! Hahahahaha!
ReplyDeleteAku pun perlukan percutian utk berehat tp klu aku pgei bercuti pun, aku ttp tak boleh rehat sbb bdk kenit 2 org tu. Hoh! Takpe. Penat yg menyeronokkan. Hahahahah!
Untungnya Luth dapat Mama yang pandai jahit ni.... Eh, Ustaz Luth tu solat memang punctual ikut masa ke? Tengah-tengah main tetiba solat.
ReplyDeleteSamalah kita, Lyd. I dah beritahu HD sejak dari awal tahun, jomlah jadikan agenda tidur kat hotel sebulan sekali tahun ni tapi tak dilayannya. Lagipun bila Abang sekolah ni, susah nak cari masa. Budak sekarangkan hujung minggu pun banyak kelas nak attend. I pun dah lama aim Grand Lexis ni. Insya Allah kalau my nephew dapatkan untuk next week, merasalah kita 4 beranak. Salak Denai tu first time I dengar. Seronok juga kalau sesekali jalan jejauh lepas melepak kat bilik berenang di tepian ni.
aihss si kenit botak ka...hehehhe
ReplyDeletePD pon ok gak
jimat kos dan masa
aihss si kenit botak ka...hehehhe
ReplyDeletePD pon ok gak
jimat kos dan masa
grand lexis tu pilihan terbaikkkk syokkk kot tpi harga fitammmm eh tanah aina soraya pon syokkk nature giteww
ReplyDeletekalau saya bab tidur bukan pilihan
ReplyDeletetapi kalau dapat pergi keluar dari rumah, round the world, tu memang cuti!
seronok betul kalau dapat peluang gitu
comellah luth ni, lagi pakai hasil tangan ibu sendiri
huhhh...aku dah lega... punyela stress & bz bulan november hr tu so percotian cuti sekolah kategori 1 aku berlaku di singapura...fuiyo...g singapore lepak atas katil je haha...pasalnye en somi kursus so x dapek g memana ngan anak2 ku yg comel itu...mcm jadik kelawar...siang lepak je atas katil pastu memalam kuar g carik makan
ReplyDelete