Sejahteralah ke atas kamu....
Setelah 29 bulan berlalu tanpa didatangi haid, akhirnya Ahad lepas haid aku datang kembali. [9 bulan mengandung + 20 bulan umur Luth = 29 bulan]. Aku ni sampai dah terlupa dah cemana kaedahnya nak pakai pad. Perasaan aku pulak kemain le sukanya sebab dah lama tak lalui datang bulan. Dalam masa yang sama rasa nervous macam budak darjah 6 baru akil baligh. Sian sungguh.
Mengikut perancangan aku, cukup je umur Luth 2 tahun pada 2 Jamadil Awal 1436 jap lagi, baru le kami nak berusaha untuk dapatkan anak kedua. Ohh, lagi sekali aku gemuruh bila mengenangkan dugaan-dugaan mengandung dan bersalin. Huuuu, takottt... Luth pun sekarang ni dah pandai main baby-baby guna semua soft toys dia. Siap suapkan kerepek kat Monkey Sock yang aku buat untuk dia dulu. Mau tak tercabar sipat keibuwan haku?
Dulu masa sekolah, aku tinggal di asrama selama 4 tahun. Siapa pernah duduk asrama mesti biasa dengan kes tuala wanita yang berdarah-darah ditinggalkan di toilet, confirm kena membebel berkarung-karung dengan pengawas asrama siap suruh mengaku, siapaaaaa punyaaaaa ni???? Bila takde orang mengaku, ramai-ramai kena kutip tuala wanita yang kotor tu kena pegang sama-sama dan buang dalam tong sampah. Sungguh la kau kijam wahai pengawas asmara asrama. Selamat la waktu tu aku tak reti report kat surat kaba Metro lagi. Kalo tidak, mesti femes dah sekolah aku yang sangat semat tu.
Orang ni dia boleh buat art plak guna darah haid dia. Aku plak pegi copy gambar seni dia ni dan share kat blog suci aku ni. Hahah. Sumber Gambar. |
Oleh sebab bila duduk asrama ni kena selalu bersih, aku dah terbiasa dah basuh tuala wanita aku. Sebab, dulu kalau tak basuh, orang kata.... akan ada hantu yang makan darah period ko yang ko tak basuh tu. Nanti, kesannya pada ko, ko akan jadi sakit perut ataupun ko senang kena rasuk dengan hantu yang sama sebab dia dah kenal bau darah tersebut, jadi dia senang nak cari tuan punya darah tu untuk dirasukan ablasanya punn. Seram tak? Seram tak? Sekarang memang la rasa tak seram. Tapi kalau tengah duduk kat asrama yang dinding bangunannya dah hampir nak setaraf dengan kesan artifak Lembah Bujang, tambahan pula dengan usia muda yang memang semua benda pun takut, memang menggigil jugak abdomen aku.
Seram sangat... Terutamanya waktu Maghrib. Suram-suram je suasana dia. Waktu orang lain gi jemaah kat surau, hanya beberapa orang gadis-gadis sunti yang period ni je yg tinggal kat bilik asrama. Yang jenis penujuk meter rajinnya asyik rendah je macam aku ni, waktu gitu la aku qada' balik tidur aku yang dah banyak tertinggal dengan jadual padat asrama. Buruk benor perangai tido waktu Magerib. *pstt... jangan bagitau asben ai hokey*. Yang spesis rajin, tentulah akan study hard for the success ful story of a bright girl.
Jadi, bila tuala wanita itu perlu dibasuh, maka aku sangat anti dengan tuala wanita yang ada gel. Sebab susah nak basuh tu. Memang selekeh sgt bila makin basuh, makin kembang gel tu dan makin tak dapat basuh. Aku? Pakai Whisper sejak dulu sebab alirannya sekata, tak berkumpul setempat je kotoran tu. [Nanti aku nak buat review pasal tuala wanita plak mcm review diapers dulu. Heheh.]
Ni nampak macam roti gandum je. Boleh makan ke? Sumber Gambar |
Aku, sejak pertama kali aku datang bulan masa darjah 6, kitaran haid aku memang teratur dan konsisten je ada tiap2 bulan. Senggugut pun tak ada masa kecik-kecik dulu. Bila dah kawen baru aku rasa sakit senggugut tapi tidak la seteruk mana. Orang lain yang teruk aku rasa ada yang sampai muntah-muntah pastu pengsan. Itu lagi kesian. Cuma ada la sekali-sekala senggugut tu lebih sakit daripada biasa dan aku akan pegi mintak MC. Kebiasaannya doktor baik, bagi je MC. Sehari je pun. Lagipun bukan tipu. Tapi takde la selalu. Kalau jiwa kacau lebih, tu yang terlebih sakit senggugut tu. Pelik kan, biasa orang kata pada org bujang yang selalu senggugut, kalau nak hilang sakit senggugut, kena kawen. Baru le hilang senggugut. Aku pulak terbalik. Lagi kawen lagi senggugut. Hehe.
Paham? Sembelit kejap otak nak memaham ni. |
Itu la antara kenangan tentang datang bulan semasa tinggal di asrama dulu. Indah betul pengalaman tu semua. Apa pengalaman korang dengan period? Eh, ada ke lelaki yang baca entry ni? Heheh.. Kalau dah terbaca tu, buat tak nampak je la ye. Ni masalah domestik kaum wanita. Tapi sang suami mungkin boleh terima cerita macam ni sebab ada isteri kan? Kalau ada yang tak selesa dengan topik begini, aku minta maaf awal-awal. Aku ni manusia biasa. Peaceee!
Comey la mak Luth ni ha..hihihi
ReplyDeleteMamavogue suka pakai Libresse skang, sangat senang cuci.
Tapi ade gak yg promot cloth pad, cuma hati ni kurang yakin sebab takut bocor pulak..wuwuwuuu
aku pun anti dengan tuala wanita yang ada gel.
ReplyDeletesebab kalau tak bersih nanti ada hantu bertenggek atas tong kite buang tuala tu makan darah.
tu rumor kat hostel aku dulu.
bagi aku skrg librease tu the best. tuala tu takde gel tapi guna kaedah jahit untuk kite kekal tak tembus lebih lama.
beria hok penerangan aku?
hahaha.
Cerita rin lagi lawak sikit..dtg period for the 1st time ms aish 11bulan kot..eksyen ckp kt hubs masa tu tggl sehari lg nak raya..eksyen ckp dpt pose penuh lg tahun ni..tgk2 esknya last ramadhan blh plak period dtg...cettt...korban pose rin sehari...huhuhu
ReplyDeletekotex...pakai yg overnite punye..28cm br pueh hati...
ReplyDeleteyg x bestnye period ni kan, JK sblm dtg period still ada lg.. smlm drive dlm jem yg dh lama x hadap tu rasa mcm nak letupkan je jalan raya...erkkkss
I lah tu salah seorang pengawas sekolah 'berasmara' tu ^_^ Nasib baik you tak ngumpat banyak pasal pengawas sekolah. Kalau tidak, tentu I terasa. Komen pendek jelah I bagi nanti. Sebab ngumpat tak banyak, I komen panjang sikit ya ^_^
ReplyDeleteI memang dari dulu mencuci menyental tuala wanita (eh, panggil pad jelah senang ek) bukan sebab I takut hantu polong semua mai ke sisi tapi I ni memang pembersih orangnya you. Huahaha.... Kalau I masuk toilet ada pad berdarah selit celah belakang pintu, celah flush toilet bagai, memang kembang kuncup hidung I, takda selera nak mandi. Eh, kita dulu mandi dalam toilet tau kalau malas nak kena skodeng mandi berkemban!
Bab pad ni, I pakai banyak brand sampai I lupa apa brand I pakai sekarang. Yang I pelik, dulu-dulu heavy period tapi tak pernah tembus sampai ke baju. La ni dah anak dua, nak dekat menopause omputih kata, asyik je tembus. Tension I kalau pakai baju kurung kena pakai kain dalam tau! So, nak solve the problem, I pakai baju berbunga-bunga merah setiap kali minggu period. Senang. Lantaklah nak tembus sampai ke mana. I tak kisah dah orang nampak sebab orang tak sempat detect pun darah haid setompok dengan bunga merah menjalar kat baju I pakai!
Pad Joni kat gambar atas tu, I tak terliur nak gunalah. Awat macam kain buruk? Stress I tengok!
Ok. Pepagi ni, aku baca psl experience period. Tp bab hostel tu mmg nostalgia sbb aku pun pnh mengalaminya. Hahahaha! Satu blok boleh dgr suara senior menjerkah bila ada kes culas, pad (dah bsh) tertinggal dlm toilet. Hahahahah!
ReplyDeletesaya suka librese lagi...
ReplyDeleteskrg saya kt asrama.. still masih yg ada jd pngotor xbuang dlm tempat disediakan... geli taw x... dh besar pjg dh
erk err nak komen apa ye? hmm kalau haid, nak kena kerap makan kerang ke? bagi tambah darah?
ReplyDelete(soalan ni related tak sebab nak gak komen)
ok.. ok.. dulu basuh padtu sebab ornag kata kalau tak basuh ada orang hasad atau sengaja letak kat mata air.. nanti tak berenti darah period... ha.. tak naklah aih... duk asrama kan.. kat asrama akak dulu kalau period dipanggil kongo ... takder sapa cakap period atau apa pun...
ReplyDeleteakakpun senggugut takder.. dulu orang kata kalau period perasaan dan perangai pompuanni lain macamkan.. kuat marahker apa tah.. akak tak mengalaminyer langsung cam biasajer tapi lainnyer sebab pakai padjer...
hahaha ade jugak lelaki baca ... ok la tu boleh amik ilmu .. tau pesal awek/bini lain macam je ..... hahhaha
ReplyDeleteMasa zaman awal remaja di asrama... Hari pe'ot amatlah dinanti nantikan...boleh basuh baju time maghrib...boleh tido time maghrib...leh mandi lambat..tak berkejar kejar ke surau
ReplyDeletesy jenis kna senggugut teruk giler org kata susah nk dpt anak ye ke???
ReplyDeleteI pun lama selepas beranak kan si jeöita baru datang period...pastu baper kali jer datang (sebab my period tak pernah normal, pernah masa sekolah dulu 6bulan I tak period, jumpa doktor... doktor tanya dah tunang ker berlum? I gelak jer cakap no no no I am still a virgin yer." hahahaha gitu sekali).
ReplyDeleteBtw masa sekolah dulu rajin gak la cuci pad, tapi sekarang ni sebab period pun jenjarang.. just bungkus2 dalam plastik and buang tong sampah. hihihihi jin mat salleh tak suka kot darah pad ni, depa suka darah Bella Swan jer hahahhaaha bongok ni I.
eh nak sambung citer, semangat ni... pasal senggugut pulak. I mood ya Rabbi kalah setan time dekat2 nak datang period. Rasa nak lempang saper2 datang sebelah, serious. Masa dengan papa JJ kalau kami gaduh, pastu the next day I sengih2 cakap I period, dia mesti "no wonder la"... hahahaha I tak tau kecelaruan apa kah. But then again, Allhamdulillah sejak ada anak ni, dah takder celaru macam tu lagi. Hahahaha kalau tak kesian anak aku, mak macam saiko datang period.
ReplyDeleteOkje form 2 lyd....sama kita period every month datang ikut time.
ReplyDeleteBetul....betul....duk asrama itulah citenya....tak cuci pad kena makan dek hantu haha....
Okje pulak belasah jer brand pad apa pun, ok jer hihi
Saya lelaki, dan saya baca. Hahaha.
ReplyDeleteTapi saya mmg kena tahu, sebab bidang tugas saya, kena memahami benda ni.
Dan graf Menstrual Cycle tu dulu, masa zaman student, mmg jenuh nak kasi faham & hafal...keluar exam!
Kalau awak perasan senggugut awak makin lama, makin teruk ( more severe each month), kena consider maybe, maybe endometriosis. Ini diagnosis yg paling common. Talk to your doctor, ya .
Kakak jenis kena haid lewat. Dah tingkatan dua baru kena mungkin sebab size badan yg kecik. Tapi dari mula kena sehinggalah menikah senggugut kakak sampai berpeluh-peluh dan muntah-muntah. Tapi syukur sebaik selepas kakak melahirkan anak sulung semua penyakit itu hilang dgn sendirinya. Maha kaya Allah...
ReplyDeletebestnya.. lama kot.
ReplyDeleteskrg dh msuk bulan ke 3 dah dtg bulan.
sama la, ngn asrama saya dulu. saya bukan pengawas asrama, tapi cukup marah n hangin kalau ada org buat mcm tu..
selalu la dgr citer pak guard kami dok bcerita
saya bab gini mmg seram.
betul,saya pon x suka pad yg bergel ni.
rasanya lama dah kot tak pakai pad.eh lupa plak.masa dlm pantang ri tu pakai kan.hikhik.sy pakai kain je skrg. kalau zaman bujang dulu, siap basuh pad, keringkan pastu bungkus blik buang kt kg.saya cukup takut nk buang dlm tong sampah..
sy pelik btoi kalau skrg msuk toilet trjumpa pad yg penuh dgn darah.. grrrrrr..
ohh lama jugak ye lyd jimat duit beli pad.muahaha..sy tiga bulan je bersalin terus dtg period..masa aiman sama,afia pun sama..
ReplyDeletesy anggap basuh pad tu macam sebahagian dari cara islam.kebersihan kan...pengotor kot klu buang pad yg masih penuh darah.huhu
masa anak dara dulu ada la beberapa kali kena sengugut teruk,biasanya darah keluar ketul2 punya.sakitnya ya rabbi je tahu..selebihnya sy ok je bila period..mmg tak dpt bygkan cmna sakit klu sesiapa yg tetiap bulan senggugut teruk..
Bestnya lyd. Aku ni habis jer pantang darah peyod dah tak sabar² nak keluar, Nak gak merasa tak peyod sepanjang breastfeed. Memang akan basuh pad tu & tak suka jugal yg jenis gel tu. Selalu beli kotex. Mesti nak ada kepak. Pastu kena beli yg panjang.
ReplyDelete1st time period msa nk masuk umur 13thn.. msa mula2 dtg tu smpai nangis2 sbb takut.. huhu..
ReplyDeletelya mmg dari awal diajar utk basuh pad sampai habis kesan darah tu mgalir.. lya skarang mmg selesa pkai librese sbb sng basuh n x berketul..
wah lamanya tak datang haid, dua tahun? betul ke ni?
ReplyDeletekenapa ye?
saya sampai sekarang pakai pad pun basuh lagi
saya pakai kotex, selesa sikit pada saya =)
Nk tgk pki blh
Delete