Skip to main content

Penjawat Awam Di Selangor Akan Terima Bonus!!

Sejahteralah ke atas kamu....

YB Azmin Ali umumkan perkara itu di dalam Belanjawan Selangor bagi tahun2015 sebentar tadi. Bonus tersebut akan dibayar pada 18 Disember 2014. Untunggggg la..... 

Bila aku baca komen-komen kat FB, bahasa masing-masing memang mengalahkan malapetaka. Ada yang kata, "eleh, pekerja kerajaan bukan buat apa pun, tetibe nak dapat bonus". Kebanyakannya adalah komen yang negatif dengan penu rasa tak puashati sebab diri sendiri tak dapat bonus kan? Boooo!! Tak malu dengki!

Bagi aku, orang lain dapat bonus ke, dapat BRIM ke, itu dah bahagian masing-masing. Rezeki tu memang Allah yang beri, hanya saluran itu kebetulannya adalah melalui YB Azmin @ PM @ majikan. Kenapa la nak kecoh-kecoh mempertikaikan 'berapa banyak tugas orang lain'. Kenapa la nak perasan kononnya diri sendiri la yang paling kuat kerja berbanding orang lain. No..no... tak baik tau. 

Aku menetap di Selangor. Kerja di KL. Aku juga bukan penjawat awam. Aku juga tak dapat BRIM. Tapi senyap sudahlah. Tak perlu pergi marah orang lain yang dapat bonus atau BRIM. Kata-kata hengkorang tu kena la jaga, sebab semarah mana pun hengkorang, takkan la takde langsung sedara mara ko kerja kerajaan, takkan takde sorang pun keturunan ko yang dapat BRIM. Jgn dimarahi mereka. Mereka terima duit, mereka gembira. Kalau kita dapat duit pun kita suka kan? Kalau nak marah, marah le orang yang boros mentadbir harta negara. Hak...hak..Hak. Peaceee....



Comments

  1. Lyd..rezeki kawan2 yang kerja di Selangor kan..bioar la apa la nak sakit hati kan..tahun lepas pun rasanya dapat sebulan gaji jugak kan..

    ReplyDelete
  2. Eh I selalu jer kutuk my siblings yang semua kerja kerajaan, I sorang jer terkecuali. hahahaha tapi takpa la.. dah rezeki kan. mohon tingkatkan mutu perkhidmatan dan semoga terbuka hati untuk bekerja dengan lebih ikhlas.. bukan adik adik ku sahaja, malah kesemua penjawat awam yang lain. *kautakdukmalaysiakaudiam. muahahaha sendirisentap.

    ReplyDelete
  3. Akak pun tak faham orang kuat dengki ni. Berkarat benar hati. Macam menidakkan rezeki tu di tangan Allah

    ReplyDelete
  4. Ntah lah lyd. Tak faham dgn perangai org yg suka nak dengki mengki nih. Dah bahagian dan rezeki memasing. Kenapa nak pertikaikan.

    ReplyDelete
  5. Even keje kat selangor dan kerja dijabatan kerajaan still xdpt jugak kami bonus tu..bonus yg akn kami dpt bln 12 nti..hehehe..yg ni kerjaan negeri selangor yg untung...xpela..persekutuan pun dpt jgk..adilla kan..hahahah

    ReplyDelete
  6. Betul tu dah rezeki masing-masing... Kakitangan kerajaan pun bonus yang dapat bukan semuanya sama, Selangor dapat sebulan gaji kalau tak silap, negeri lain (kecuali Pulau Pinang) cuma dapat setengah bulan gaji. Dah rezeki masing-masing bukan semua sama...

    ReplyDelete
  7. Ironi kan..
    Manusia, suka mempertikaikan rezeki yang orang lain terima..seolah olah dia lah tuhan, yang punyai segalanya dan berkuasa utk tentukan siapa yg patut atau tak patut terima rezeki.
    Hati hati...sebab risau, sebenarnya kita nanti, mempertikaikan ketentuan Allah.

    ReplyDelete
  8. I langsung tak jealous. I pun dapat gak bonus akhir tahun tapi I tak nampak mana pergi duit bonus I. Hahaha... Dah rezeki mereka nak dapat BR1M ke, bonus ke, biarlah. Kalau kita dapat duit orang pertikai pun hati kita panas jugak!

    Eh, senang cerita jangan layan sangat media sosial ni! Sakit jiwa kalau terlebih baca. Baik-baik kita ni perempuan sopan-santun tetiba je jadi celupar sama.

    ReplyDelete
  9. rezeki masing2... nnt tiba plak rezeki kita.. xpyh dok komplen sgt

    ReplyDelete
  10. sebenarnya dengkilah org yg berkata demikian sbb dia takdpt..walhal tak dpt sbb bukan rezki dia atau dun deserve kan..

    ReplyDelete
  11. sebab tu le mls nk obuka fb.mcm mcm ada.
    rezeki masing2 terima seadanya.
    saya apa pon xdpt
    relax je.

    ReplyDelete
  12. sy sebagai penjawat awam tak amik pusing sgt pun komen2 tu semua..jangan kata org lain yg bukan penjawat awam..penjawat awam sendiri yg berlainan jawatan pun selalu pertikai kerja mengikut jawatan n tugas..dah tak kisah pun..selagi sy buat kerja sy, dpt rezeki halal yang Insyaallah berkat,Alhamdulillah..

    untunglah penjawat awam selangor.kami kena tggu bulan 1.huhu

    ReplyDelete
  13. Bestnya. Banyak duit nak pakai hujung tahun ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...