Iklan! Iklan! Sila Click!

27 November 2014

Menjahit Formal Suit Untuk Luth

Sejahteralah ke atas kamu,...

Aku berkenan betul tengok baju baby/toddler. Walaupun tak beli, dapat belek pun dah suka dah. Sebab comel sangat. Terutamanya kalau baju tu jenis yang hanya orang dewasa pakai, tapi ada versi kecil. Minggu lepas aku jalan-jalan cari pasal kat butik H&M di Nu Sentral. Aku ternampak satu suit untuk baby. Sekali dengan neck tie. Geramnya aku rasa, sebab kiut gile suit tu. Biasanya aku tengok yang jenis2 baju formal tu kat section Truly and Teddy. Tapi harga dia memang ketar tangan la nak bayar. Suit 4 pieces yang aku tengok di H&M tu harganya RM99 sepasang. Ada kemeja, seluar panjang, vest dan neck tie. Actually kira murah la utk satu set. Sebab kalau beli kemeja sehelai pun mesti dah RM30. Seluar panjang budak pun paling selekeh kalau brand Kiko pun dah RM59.

Aku teringin nak tengok Luth pakai baju formal. Tapi takkan la aku nak beli pulak suit tu untuk dia. Tak logik nak mensia-siakan wang ringgit sebegitu rupa. Aku lagi prefer beli buku untuk dia dengan duit sebanyak itu. Boleh beli 7 buah buku Touch & Feel book kat MPH tau.

Oleh sebab aku ni, pada satu masa dulu adalah 'I iz kuruzzz', dan baju-baju aku dulu hanyalah bersaiz 'S' yang sekarang dah langsung sendat takleh di buttoned on langsung, maka aku berprinsip "size yang lama usah dibangga"  atau  mungkin boleh kata"baju yang lama usah ditukunkan". Aku tenung je baju suit aku dulu. Perah otak seminit untuk fikir, apa benda la yang aku nak buat dgn baju kecik ni. Nak bagi kat orang rasa sayang pulak. [Ini la dia namanya sayang tak bertempat. Huhu. ]

Jenama cikai je, yang aku nak highlight ialah size tu. Huhuhu... Sebak dada bila melihat saiznya...

Blouse ni aku suka sangat fabric dia. Lembut dan nipis serta selesa dipakai. Sebab tu aku agak 'tangkai' nak derma kat orang. Huhu.

Tenung punya tenung, tetibe mentol idea pun menyala, blink..blink... Pekata aku buat suit untuk Luth. Boleh la dia pakai masa pegi wedding sepupu dia Sabtu ni. Owh, sebelum terlupa, nak beritahu yang malam ni aku nak balik kampung lagi naik bas. Anak sedara aku kawen. Heheh. Papa Luth, hari Sabtu baru boleh balik sebab takleh cuti. Org meniaga la katakan.


Mula-mula sekali, aku guna seluar suit aku untuk buat seluar Luth dan juga vest. Vest adalah yang pertama aku jahit. Aku siap lining dengan kain satin. Kain satin tu pun upcycle daripada baju tidur satin aku. Fully utilize betul aku ni sekarang. Semua aku nak alter. Untung tak untungnya ibu mentua aku bermenantukan aku yang ghajinnnn sesangat ni hoih.

Bahagian lengan jahit tangan je.


Macam biasa, jahitan memang la tak secantik jahitan Rizalman for Zalora. Tapi cukup la untuk anak pakai. Sebab anak tak reti komplen lagi khennn.. Berleluasa la omak beliau ni menggayakan beliau.

Lepas dah buat vest, aku buat seluar. Seluar pun aku buat seluar getah macam ala-ala seluar tidur je. Bior le. Bukan ada orang nak belek pun dan kalau ada sekali pun orang nak belek, aku pedulik hape. Janji seluar tu padan dengan anak aku dan dia selesa dengan cutting tu.

Lepas buat seluar baru, la buat kemeja. Kemeja buat last sekali sebab rasa mcm complex sikit pembuatannya. Nak cantum lengan lagi, nak buat kolar lagi. Aku tak pernah buat collar sebelum ni. Aku hantammmm saja labu. Aku tak pernah ada basic menjahit, tak pernah juga masuk kelas menjahit. Semuanya aku hantam sajalah labu sayong dan jagung. Sebab tu la hasilnya pun tak seberapa. 

Aku terus potong tengah2 blouse tu untuk dijadikan butang tengah baju si kenit. Tak kisahlah selisih butang tu ikut baju perempuan. *untuk yang tak tahu, selisih butang antara baju lelaki dan perempuan adalah tak sama. Baju perempuan, belah kanan kat atas, baju lelaki pula belah kiri dia atas.*



Inilah hasilnya.



Korang impress kan? Betul tak? Betul tak? Tak banyak pun msti ada sikit kan? At least sikitttt je kan? Impress besar anak kuman pun mesti ada kan? Kan? Eheeeee. Aku bukan nak cakap besar, tapi aku sendiri macam tak sangka dengan kebolehan diri sendiri.Wekkk... Booo!

27 comments:

  1. impressed giler kot.

    aku nak mintak Encik L belikan aku mesin jahit sekarang....

    please please please...

    ReplyDelete
  2. untuk seseorang yang tidak pernah menjalani latihan khusus
    saya rasa LS memang dah buat benda FANTASTIC!
    hebatlah! saya kagum dengan hasil tangan LS
    kalau saya mahu tak berupa gitu, dia jadi sarung bantal, kalau jadilah
    idak terus jadi kain buruk...hehe

    hati-hati pulang ke kampung dengan anak nanti ye =)

    ReplyDelete
  3. memang impressed tengok ni. Bergaya la luth tengok ni

    ReplyDelete
  4. wowww.. siap dengan vest lagi. Kalau kenakan sekali dengan topi cowboy mesti nampak Luth semakin kacak....

    ReplyDelete
  5. ohhhmaiii..impressed gila2 ni.hebat lah mama luth!

    ReplyDelete
  6. tersangat2 impressed.... pergihhh sy tabik springgg dkt sis... jimat duit n beruntung luth... #kalaulahsayapandaimenjahitjahitjuga...wawawa

    ReplyDelete
  7. Ya Allah..pandai nya lyd.cemburu pulak rasa..buat la jenama sendiri Lyd..saya teringin sanagt nak ada kawan yang macam Rizalman,Hatta dolmat..ekekekke

    ReplyDelete
  8. hoiii nak nangis I terharu sebab kagum sangat ni.... first sebab u buat nya menjadi, sekond sebab u utilize baju2 lama, upcycle which I loike!!!! cepat buh gamabr luth menggayakan busana tersebut hohohohoho. mensti menjadi jejaka idaman di majlis kenduri berkenaan.

    ReplyDelete
  9. Wowww.. kagumnya... salam pekenalan dari saya.. saya follower #851

    ReplyDelete
  10. wahhhh..giler terror lyd..
    tahniah..
    lps ni blh jd mcm rizalman..tak mustahilla..serius

    ReplyDelete
  11. Gempak giler! Ok memang impressed sangat ni. Alamak terus terasa diri sendiri ni pemalas sbb bila ada baju tak muat terus buang. Padahal boleh upcycle. Sigh

    ReplyDelete
  12. Ni yg malas nak cakap ni Lyd....ya, daku mmg kagum giler dgn hasil kerja tgn mama Luth ni! Bkn setakat rajin (sbb saya malas bab jait), kreatif pulak tu (guna apa yg ada je). Lepas ni teruskan berkarya ya Lyd. Ni karya tau!

    ReplyDelete
  13. waaaaa.. hebat sangat!!
    bila tgk hasil last tu mmg sebijik nmpka baru & mcm beli kedai..
    bagusnya kalo kretip n pndai menjahit..sgt2 jimat..
    drp y lama tersimpan n terbuang, elok la recycle camni...
    nnti, awk blh la cari semua bju2 lama n buat mcm2 lagi..

    ReplyDelete
  14. WOW *buntang mata. Impressed sangat ni lyd. Terror tu. Lepas ni boleh buat jenama sendiri. I is jeles ok.

    ReplyDelete
  15. very impressed sesangat lyd..hang mmg pandai..mcm species laki sy jgk nie..heheh..cantik betul, nap tak tunjuk gambo luth pkai sut nie..alahai teringin nak tengok..
    nie kalau pegi kursus atau kelas serius blh bukak butik nie lyd..syabas..!!!

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. seriusss mmng impress giler! cantik lawo bergaya kot

    ReplyDelete
  18. Oo...begitu caranya...koi daj bagi adik kemeja yang boleh dipakai lagi... Seluar masih sayang nak bg orang...
    Keinginan dah membuak buak nak menjahit ni...tapi....takde masa la pulak

    ReplyDelete
  19. wowwwwww
    cayalah la lyd untung luth ada mama ghajin try n error ni.
    dh balik kg la kan?

    ReplyDelete
  20. mmg kreatif.tipulah klu tak impress.

    sy pernah terfikir nak buat camni juga menggunakan kekreatifan yg ada dengan baju2 n jeans terpakai buat baju anak.tp cuma mampu berangan je la sbb takde mesin jahit...huhu

    ReplyDelete
  21. Peh! Untunglah! Untunglaaaaaaaaaaahhhhhhhh! Ada bakat jahit n paling penting, rajin. Klu setakat berbakat tapi maleh, skeri gak tu. Wahahaha! Apapun, syabas bete! Aku kagum!

    ReplyDelete
  22. dasyat..terbaiklah lyd...respek..tabik springgg..gigih demi anak..i lap u..heheh
    over pulak..tengok hasilnya macam nak nangis tau..sangat rajin

    ReplyDelete
  23. Pergh... Memang impress ni kak. Jimat dah duit di situ.

    ReplyDelete
  24. Haha.....betul tu Lyd....kadang tu ada gak rasa tangkai.....
    Tp Lyd rasanya susah nak cari org susah zaman ni....baju depa pun bukan main lagi stylonya....

    ReplyDelete
  25. Tapi serious kagum mak tau awak pandai jahit baju....hihi.Gi belajar yeh....

    ReplyDelete
  26. kak...waaaaaaa..nape ko hebat??? mencikkk!!!

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...