Iklan! Iklan! Sila Click!

07 November 2014

Baju Selesa Haruslah Seperti Belacan

Sejahteralah ke atas kamu....

Ada satu baju ni. Aku kerap pakai bila duduk di rumah. Baju ala-ala baju kelawar tapi paras lutut je, tidaklah labuh sehingga buku lali seperti baju kelawar biasa. Diperbuat daripada kain cotton viscose, mungkin viscose bermutu rendah sehinggakan baju itu sudah mereput dan koyak di sana sini. Setiap kali aku pakai baju itu, suami aku tegur "baju ni lagi". Atau kadang-kadang suami bertanya, "syg ni tak ada baju lain dah ke? Baju tu kan dah koyak. Dah boleh buat alas kaki". Huhu... Simpul biawak kejap aku bila dia mensamatarafkan baju aku dengan alas kaki.

Dia tak tau, baju tu selesa gilerrrr bila dipakai. Kainnya sangatlah menyerap peluh dan sangatlah sejuk pada kulit. Dan sebenarnya yang paling penting ialah baju itu dibelikan oleh Allahyarham emak aku, satu masa dulu sewaktu beliau masih hidup. [Of cos la dia beli masa dia idup. Ye dok?]. Lepas aku dah jaja nama Allahyarham mak aku, baru le hasben aku tak cakap apa dah bila aku pakai baju lunyai yang dah macam belacan ni. Maybe dia cuba nak faham feeling betapa berharganya pemberian insan tersayang yang sudah kembali ke alam barzakh. 

Nak bukti betapa teruknya baju tu? Heheh, jangan menyesal tengok ye. 


Bila dah rabak macam ni baru le aku berenti pakai baju ni. Huhu... Kalau nak diikutkan hati, aku nak je jahit balik, tapi karang bila dah jahit, aku pakai lagi, nanti hasbeng aku yg ke'arab'an tu bising lagi.

Mensedihkan.
Actually, bukan baju ni satu je baju belacan aku..... Ada lagi..... Yang satu ni pun baju belacan jugak. Memang selesa gile jugak. Baju ni pulak, kawan aku bagi. Dia beli kat Bali. Nyaman terlampau ni kalau pakai baju ni. Korang just JANGAN imagine je la cemana rupa aku bila aku pakai baju-baju ni. Tak tido malam la korang karang sebab terlampau seram bayangan rupa paras aku tu.



  Koyak, reput merata-rata dah ni. Tapi aku tetap pakai jugak.


Bahu pun berlubams.

Bukan sebab aku takde baju lain. Banyak t-shirt lain. Malahan kalau dah habis sangat pun baju aku, baju hasben aku banyak, aku boleh pakai baju dia sebab aku dengan dia sama je saiz. Aku kan Ladybird paling besar diantara 3 ladybird kat cover photo aku ni. Hakhak.... Tapi yang aku suka sangat baju-baju tu ialah sebab fabric dia. Memang jenis kain sejuk. Yang ini jenis kain cotton nipis je. Kalau kain t-shirt lain tu, walaupun still nyaman, tapi tak senyaman baju belacan ni. Ohhh... suami... tolong la paham perasaan isterimu ini, walaupun rupa aku dah macam anak gorilla bila duduk di rumah. Tapi blissss** la paham. [**please]

Oleh sebab..... aku ni walaupun terlampau suka sangat dengan baju-baju belacan tu, aku tetap consider teguran suami aku. Tadi aku dah simpul biawak kan bila dia kata baju aku patut buat alas kaki. Jadi aku berinisiatif untuk do some'ing. [menari skit macam Britney Spear time sebut ayat ni, why donchu du sum'in].

Aku buat baju lain yang cutting dia sama macam baju ala-ala kelawar tu, guna kain viscose yang aku beli untuk buat skirt labuh masa aku berpantang lepas bersalinkan Luth dulu. Jadi, dapat la baju ini. Ganti kepada baju belacan aku yang 2 tu. Yang ni dah tak koyak. Dan yang penting, fabricnya memang nyaman. Boleh la jadi pengganti kepada baju belacan aku. Huhu.. Hasben aku puji, dia kata pandai aku jahit baju sendiri. Ewahh... Kecik besor la lobang hidums aku bila kena puji oleh kearaban.


Plus, memandangkan aku ni jenis over sokmo..... Aku beli lagi beberapa pasang kain viscose untuk aku buat baju kelawar kecik untuk mengantikan baju belacan. Stylo la baju ni kalau pakai dengan legging yang beli kat pasar malam yang harganya RM10 tu. Serius, memang lagi stylo daripada Wan Maimunah dalam iklan 'Berwaspadalah' yang dia kena rompak lepas tu terlompat-lompat tu. Hahaha.. [if you know what i mean].

Inilah hasil ke'bijaksanaan' aku mentadbir ekonomi rumahtangga aku pada 2 minggu lepas. Yang kain kosong warna hijau dan biru tu beli kat Jakel. Itu niatnya nak buat baju raya kami sekeluarga tahun depan. [Visionery sungguh aku ye. Raya tahun depan lambat lagi hoi]. Yang bercorak-corak tu, fabric viscose, beli kat Nagoya. Aku prefer corak-corak kain kat Nagoya berbanding Jakel. 


Ni semua tengah tunggu turn untuk dijahit. Yang belang-belang coklat tu aku beli untuk buat baju reggae Luth dan papa dia. Papa dia la yang rasa tercabar dengan penyanyi reggae kesayangan aku, Quino. Dia nak juga baju cam Quino*.



*Quino - vocalist reggae band, Big Mountain*



JUbah Muslimah Yang Sangat Cantik!!!! Baju Muslimah

27 comments:

  1. bolehhh plak pakai bju smpi giteww hahhaha....
    pandai menjahittt best nya la haiii...

    ReplyDelete
  2. Peh! Dasat! Baju pun mmg dah pengaruh Quino. Mmg reggae beb! Hahahah! Tapi ayat Wan Maimunah iklan Waspada tu mmg tak boleh blah. Aku gelak mcm org gila dpn komputer wehh!

    ReplyDelete
  3. ehh rase macam sume orang ade baju belacan la..baju yang selesa gile tapi buruk ya hamat..yg disamatarafkan dengan alas kaki..hahaha

    ReplyDelete
  4. Kakcik pun pakai baju 'selagi boleh pakai'... :)

    ReplyDelete
  5. rasanya samalah kita or lebih tepat samalah ngan en.somi saya nie...heheh..dia kang akan pakai bju selesa dia smpai koyak rabak, kalo bini dia tak amek sembunyi or buat kain buruk mesti dia akan ttp pakai..tp ygideaa lyd buat sendiri pakaianselesatuh mmg sgt2 lah bagusnya..tahniah

    ReplyDelete
  6. Ni kalau pakai kat luar rumah, mahu dapat income RM1000++ sebulan orang derma. Huahaha...jangan ambil hati, gurau kasar je ^_^ Tapikan Lyd, memang kita ni ada baju kesayanganlah. Macam I pun ada baju kelawar yang dah sesuai sangat buat kain lap kaki tapi I pakai jugak sebab sedap, berangin semacam je. Kalau pakai rasa cam kat CH je tau cuaca! Baju kelawar I lagilah haru, mesti koyak part bawah ketiak. Entah ler kenapa. Nak kata bulu ketiak panjang, check-check takda pun!

    Untunglah Pak Arab dapat isteri pandai jahit baju. See, hilang satu baju belacan digantinya dengan 10 lagi baju hasil jahit sendiri. Kalau I ni, hilang tak bergantilah nampaknya, Lyd....

    ReplyDelete
  7. cantik baju tu Lyd..boleh ajarkan camner nak jahit baju tu..nak stylo gak cam wan maimunah..^_^

    ReplyDelete
  8. hahahahahahahakkk... gelak 2 baru nak komen..
    ehhh.. sama lah kita sis.. sy pun ada baju n seluar dh koyak rabak tapi still pakai lg.. sebabnya selesai bebenor... koyak jahit balik... tapi sy tabik sama sis sbb pandai jahit baju.. jimat dkt situ #jeles! hehehehe

    p/s: baju yg baru jahit 2 cantik ar corak dia..

    ReplyDelete
  9. Memang tak perlu kata apa lagi dah... thats exactly me juga. hahahaha sebab tu takleh buh gambar sendiri banyak2 kat blog sbb baju duk pakai mostly geleber koyak2. tambah lg direct feeding bebudak duk tarik2, makin meluas la koyakannya.. tapi hat selai dua ni jugak la yg faveret hihihi.

    ReplyDelete
  10. eh lupa nak tabik.. usaha u menjahot sendiri negikit keselesaaan sendiri.

    ReplyDelete
  11. ayat suami lyd tu sama cam suami sayalah
    bila dia kata gitu, saya memang tak pakai lagilah =)
    tapi cantiklah baju yang lyd buat, ambil tempahan tak? =)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Lyd, tempah selai..
    Yg biru putih tu stylo..

    ReplyDelete
  14. baju klu dah selesa pakai mmg lunyai asal basuh terus sarung..lgpun tinggi sentimental value tu..

    untungl;ah pandai jait sendiri..setakat baju kelawar apa ada hal..baju raya baju raggae pun pandai.solutelah mama luth ni.hehe

    ReplyDelete
  15. Aku selesa dgn baju pagoda...sedap je pakai...

    ReplyDelete
  16. Salam akak.. :).. xpe baju buruk.. byk nilainye.. xmmpu dbeli dah.. huhuhu.. sedih lak dgr mak akk yg blkn.. akk smpn elok2 yer.. moga2 akk pkai ni phl berpanjangan tuk mak akak.. akk, nk tgk gmbr bby..

    ReplyDelete
  17. Tak sangka Lyd ni pandai menjahit pakaian...
    Untung orang pandai menjahit ni...boleh ambil tempahan...jimat belanja nak temlah baju..

    ReplyDelete
  18. Hubs rin pun ckup pantang kot pakai baju koyak..tp bju koyak tu sllunya sedap pakai..hahahaha

    ReplyDelete
  19. hahaha gealk sorang tau baca entri ni...sama jer macam husband ti tnya kat ti..tak de baju lain ker dah nk pakai..kalo dah suka tu..rabak macamnapun tetap nk pakai kan..

    ReplyDelete
  20. Wa pun ada satu..tapi tudung..memang kalau gi mana2 pun pakai tudung tu je..selesaaa sangat bila pakai.... gi travel pun sama ..bila tgok dalam gambar ... kat jepun , india , h kong ...semuanya tudung yang sama..hehehehe.... btw pandainya ldy sunshine jahit baju ..huhu

    ReplyDelete
  21. hihi...
    sbb bju tu best..tu pkai smpai lunyai kan..
    untungla ada bakat mjahit. tgk tu...skali jahit berhelai..

    ReplyDelete
  22. Lawak tau. Gelak² depat pc sambil tebayang wan maimunah dgn baju tu...ekekekeke...Tapi kalau baju tu selesa tak kira, koyak pon tetap pakai.

    Lyd...tak amik tempahan ker. Cantik plak tgk baju tu.

    ReplyDelete
  23. Haha... Baju belacan. Teringat la husben pernah sound psl towel. Dh blh buat alas kaki sbb ada tompok hitam skt. Tompok tu lm2 akn koyak la. Tp time tu x koyak lg. So ckp dgn dia towel tu hantaran tunang. Bila dia dgr trs la snyp. Isteri la sj2 buat sedih... Dh tahap alas kaki. Lps tu husben senyum2 je sbb kena sindir.

    ReplyDelete
  24. ala sy pon ada gak baju belacan ni.hihi.
    masih pakai, sebab selesa kain dia pon sejuk j.ala, pernah tgk baju aci india suka pakai tu.haa itu le..
    nak godek balik la sebb hari tu masa pegnen dh simpan masuk beg.mak mertua pesan jgn pakai baju koyak2..

    untungnya berkebolehan menjahit..
    puasa dh qada ke?
    kemahen beli kain baju raya thn depan tu?
    hihihi

    ReplyDelete
  25. yg selesa harus lah diulang pakai sampai jd belacan. hehehe...

    ReplyDelete
  26. Alaaa... pakai dalam rumah jer pun.. tak kisah la macam belacan pun.. bau macam durian ke apa kan hahaha.. :D

    ReplyDelete
  27. pandai menjahit xpa... saya pon ada gak baju belacan cm nie... buat tdo sedap... nasib saya xda husband lagi..so xda org tegur ok..heheheh

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...