Skip to main content

Apa Le Ke Sengal Sangat Ni

Sejahteralah ke atas kamu...

Pecah kepala fikir, "apa benda la yang nak aku ceritakan kat blog ni". Buntu. Betul-betul buntu. Aku rasa personal live aku biasa-biasa je. Tak menarik pun untuk dikongsi. Melainkan kalau aku masak menu yang lain sikit daripada kebiasaan. Atau perkara menarik yg anak aku buat. Boleh le aku cerita kat korang. 

Haaa... tetibe aku dah dapat idea nak cerita.


Minggu depan, taska ofis aku nak buat graduation day. Apa kena-mengena dengan aku? Anak aku, aku tak hantar kat taska ofis. Tapi anak ofismate aku, iye. Sempena graduation day tu, akan ada pertunjukan pakaian beragam. Kalau tak silap, anak ofismate aku baru je setahun 2 bulan. Ko bayangkan la sekenit tu kena masuk pakaian beragam. Bapakkk comel aku rase. Terkedek-kedek je berjalan atas pentas. Tidak ke comel?

Jadi, perkaitannya persembahan pakaian beragam tu dengan aku ialah, mak budak tu, iaitu kawan ofis aku tu, tempah baju melayu sepasang sekali dengan sampin. Eh, bukan itu aje. Dengan tanjak sekali yuollz... Beragas betul persembahan tu. Hahahah...

Aku sebenarnya suka bila aku dapat task yang macam tu, err.. sekali sekala aku suka la. Kalau jadi tugas rutin, Jovian Mandagie pun boleh nangis. Aku terima tugas tu pun sebab aku terasa comel. Bukan aku la yang comel tu. Budak setahun 2 bulan tu la yg comel. Namanya Abbas. Oklah... Cakap banyak pun tak guna ye dak. Meh la aku share gambar baju melayu ala songket yang aku jahit tuh.

Contoh tanjak untuk bayi. Kemain kan aku lipat ikut dan aku je. Boleh bayangkan betapa hancurnya hati pembuat tanjak tradisional yang kat Pekan Pahang tu bila tengok hasil lipatan tanjak tradisional ni dah diubahsuai ikut suka aku.

Baju Melayu songket bayi.

Sampin pakai kat dalam, sebab leher baju teluk belanga style Johor. [Padahalnya sebab aku tak reti lagi nak jahit leher cekak musang]



Eh, boleh ke aku terus post kat blog gambar baju ni? Tak menyalahi hak cipta ke? Nanti tak surprise plak persembahan fesyen si Abbas tu nanti. Gambar ni aku ambil pun sebab tuan punya baju request suruh Luth pakai sebab dia pun tak sabar nak tengok juga hasil jahitan aku yang bertaraf international ni. Chey wahh. Baju dalam gambar ni tak siap jahit kancing lagi kat leher. So, nampak le ternganga camtu je.

Aku doakan all the best untuk Abbas. Harap dia menyerlah di pentas. Ini bukan pertandingan. Sebab kalau pertandingan, nanti kalau tak menang nanti aku nak gi komplen pulak. Hahaha... Perangai sangat kan tukang jahit ni. Lebih over daripada mak abah budak Abbas. Chaiyokkkk Abbas! 

Diingatkan bahawa, model di dalam gambar di atas ialah Luth, bukan Abbas. Abbas anak org lain, aku takleh sesuka hati tampal gambar anak orang kat blog sendiri. Etika namanya.  



Nursing Dress For Sale!!!

Baju Muslimah

Comments

  1. comel..
    semoga berjaya..
    Luth ngan Abbas satu saiz ye..??

    ReplyDelete
  2. mak ai! comel sungguh luth
    kalau luth dah comel, lagilah abbas nanti
    serious cantiklah! saya suka! saya suka!
    kalau ada vote, saya antara orang yang akan vote
    syabaslah tukang jahit! =)

    ReplyDelete
  3. serius weiiiii.... serius tabik. hohohoho giler kau siap songket tu. Moga Abbas berjaya merangkul tempat pertama. hahhahaa

    ReplyDelete
  4. comelnya!! bleh tak buatkan utk sy gak.. hehehe

    ReplyDelete
  5. wah..cayalah lyd..
    usaha lagi sampai blh jahit leher cekak musang tu ye..

    ReplyDelete
  6. comelnyaaaaa baju tu..nk buat satu kat anak aku lah hehe..nk buat baju ultraman

    ReplyDelete
  7. eh, nice lah dia pakai . klu warna tu lbh garang lagi saya suka ...

    ReplyDelete
  8. renyahnye nak jahit baju budak kecik..tp nmpk cntik gak...

    ReplyDelete
  9. wah...cantiklah Lyd! Terserlah bakat menjait kawan aku ni.
    moga2 menang, nanti nama tukang jait pun naik..kan??

    ReplyDelete
  10. Lyd...serius comel lah baju ni. Bila luth pakai bertambah² comelnya. Good luck utk abbas.

    ReplyDelete
  11. Memang comel bila dipakai kanak2 seusia ni....nampak segak sangat...

    Warna dia pun menarik.. Budak2 eloklah leher teluk belanga ni Lyd. Tak rimas macam cekak musang tu.

    ReplyDelete
  12. Cayalah, Lyd. Readers mak si Luth tengok pun dah tergoda. Kalau si Abbas pakai tentu menang kalau ada pertandingan. Kembang kuncup si tukang jahit naik pentas nak ambil hadiah sampai ternganga makpak si Abbas yang patut naik tu!

    Serius cemburu tengok tukang jahit punya kerja. Adui, napelah I tak dilahirkan tak pandai dan tak nak belajar menjahit ni......*gulingbawahmejabesarsangatterhantukdrawer*

    ReplyDelete
  13. follow blog saya balik dan singgah selalu http://bicarabihah.blogspot.com/ terima kasih

    ReplyDelete
  14. alahaiii,somelllnyer..dah mcm pngantin.. hehe

    ReplyDelete
  15. Berbakat menjahit. Sng jahit snd seluar baju. Jimat tenaga dan duit. Hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w