Iklan! Iklan! Sila Click!

15 October 2014

Tekun Membuat Pulut Panggang Beratur

Sejahteralah ke atas kamu....

Ramai berpendapat, orang kidal adalah 'unpredictable' atau tidak dapat diramal. Aku kidal. Dan aku rasa aku setuju dengan telahan tu. Sebab aku sendiri pun tak dapat ramal apa tindakan aku sendiri, dalam banyak perkara. Boleh dikatakan kalau aku rasa nak buat, aku tetibeeeee je buat. Aku tak sure la perangai macam ni elok ke tidak. Mungkin tak elok untuk orang sekeliling kot. Selalu je tak boleh diramal, aku nampaknya lagi susah nak diramalkan daripada cuaca.

Semalam, aku tetibe je rasa nak buat pulut panggang. Takde la rasa nak makan sangat pun, cuma rasa nak cuba buat. Mungkin sebab nak manfaatkan pengukus yang aku beli beberapa bulan lepas kot. Atau pun sebab ada serunding ikan kat rumah yang aku beli masa bulan puasa dulu tak habis-habis lagi. Sebab sebenar yang tetibe rasa nak buat pulut panggang tu pun aku tak faham.

On the way balik dari ofis semalam, aku singgah kedai untuk beli daun pisang dan beras pulut. 

Sampai rumah, sebelum aku ambil Luth dari rumah nenek, aku terus rendamkan beras pulut dan prepare steamer. 

2 jam lepas tu aku kukus beras yang dah direndam tadi. Actually kalu rendam lagi lama lagi bagus kot, sebab masa mengukus tu akan jadi lebih singkat. 

Bila dah masak pulut kukus tu, aku keluarkan pulut daripada steamer, masukkan ke dalam bekas lain kemudian aku tuangkan santan yang dah dimasak bersama gula dan garam sesedap rasa. Pastu gaul rata. Macamana nak tau pulut dah masak, ko kena tengok warna pulut tu kalau dah jernih berkilat tu maknanya dah masak le. Sebab warna beras pulut yang belum dimasak ialah putih susu, jadi bila dia berubah jadi warna jernih skit tu kira dah masak le. Atau nak lagi confirm se konfirm konfirmnya, ko korek le sikit pulut tu daripada steamer dan makan.

Selepas dah gaul pulut tu dengan santan, kukus lagi sekali bagi santan dan pulut tu sebati.

Sampai kat situ aku masih rasa excited. Yelah, nak buat pulut panggang nih. Sementara nak tunggu pulut tu ready, aku potong plak daun pisang. Daun pisang tu aku lap sikit dengan minyak. Apa relevannya lap dengan minyak tu aku tak pasti plak, sebab aku rasa macam aku pernah tengok arwah mak aku buat gitu. Aku copycat je. Tetibe aku jadi burung belatuk kejap.

Bila pulut dah ready dan semasa menggulung pulut dalam daun pisang.... aku masih lagi gigih. Terutamanya bila pulut pertama tu jadi elok plak gulungan dia kan. 


Tapi bila masuk yang ke 6, aku dah rasa sakit pinggang dah.

Berenti kejap amik gambar, whatsapp kat husband aku gambar pulut panggang in the making.

Buat yang ke 8 aku dah rasa makin nak kejung sebab penat, mengantuk semua ada. Luth dah lena diulit mimpi. Selamat le dia tidur, kalau tidak tak jadi kerja la aku, kena menggulung ke dia je.

Sampai yang ke 10, aku dah mula rasa menyesal. Ya Allah, ya Allah, ngape la aku buat pulut panggang ni. Kenapa aku tak beli je pagi esok, kan lagi senang. Huhu... Bayangkan, masa tu dah pukul 11.30 aku masih lagi membalut pulut tu dgn daun pisang. Itu belum staplekan hujung dia lagi sbb tunggu husband aku balik kelas mengaji, stapler ada pada dia. Gigih tak gigihnya, dapat juga siapkan 14 ketul pulut panggang. Punya le lama nak siapkan. Kalau ikutkan, pulut ada lagi lebih cuma daun pisang je yg tak cukup.




Step terakhir ada lagi, iaitu, panggang. Untunglah ada pemanggang ajahib. Boleh humban je semua dalam tu.
Ada kecik, ada besor la saiz dia. Mueheheheh... Nasib la. Kerja amatur la katakan.



Korang nak resepi ke? Aku rasa tak perlu la kot. Sebab aku dapat resepi ni pun daripada google. Jadi aku yakin ko mampu menggugelnya sendiri. 







Rupa dia memang tak semenggah skit, tapi kawan-kawan aku kabo, pulut ni sedak. Tapi tak tau le kot-kot nak jaga hati aku je supaya aku tak sentap mengkarung kalo derang bagitau perkara sebenar kang. Lebihan beras pulut semalam ada lagi, so aku terfikir nak buat kuih seri muka pulak la.. ceh konon.

Nahhh, sekarang bila dah buat sendiri kuih tradisional, baru ko tau bulan tu jauh ke dekat. Renyah gile. Pastu banyak plak teknik, grill kukus panggang semua ada. Itu pun serunding tu aku beli yg dah siap. Kalau masuk sekali dengan buat serunding ikan, nak kena rebus, pastu asingkan isi ikan, blend lagi. Pergghhh... Rasa nak salam cium tangan 6 kali laju-laju bila jumpa makcik yang buat pulut panggang. Lepas ni aku sepatutnya insaf la untuk menghargai kuih-kuih tradisional. 

So, aku rasa kalau pulut panggang ni nak jual rm1 satu pun, layak. Itu belum cerita cemana nak buat tepung gomak ke, badak berendam ke. Kalau setakat pandai buat cheesekut dengan kek batik, itu belum boleh dikira pandai masak la yuollss... Tu semua hanyalah dusta belaka. Nak tau pandai masak ke tak, cuba buat bingka labu ke, kuih bakar ke. Ada beran?

25 comments:

  1. Salutelah kat awak Lyd.. berani mencuba.. saya angan2 tu dah lama dah ada..cuma tinggal tindakan tu jer yang tak diambil lagi..hehehe..

    kalau perangai cam Lyd.. buat sesuatu yg takleh nak diramalkan ok kot sebab perkara yang baik kan..memang elok sangatlah tu.. masa kecik2 dulu anak2 saya memang kidal, menulis dan memegang sesuatu guna tangan kiri.. acececehh..dan2 kan.. :P

    ReplyDelete
  2. tahniah lyd berjaya buat pulut panggang...sy dpt bygkan betapa lecehnya nak buat..semangat tengok lyd buat tetiba tang serundingg tuh takder kena buat sendiri..terus mati semangat...huhuh

    ReplyDelete
  3. pemanggan ajaib ni memang bagus
    nak bakar kek pun boleh
    serba boleh
    btw sedapnya pulut panggang!
    kena buat jugak nih :)

    ReplyDelete
  4. rajin lyd wat kuih tradisional mcm nie...sy memg xpandai yg tradisional mcm nie...

    ReplyDelete
  5. Aku salute.
    Bukan semua org mampu buat.
    Lg2 mknan tradisionsl

    ReplyDelete
  6. tajuk tak hengat..memang beratur tu,,cantik tersusun..sangat gigih menghasilkannyer..tahniah..

    ReplyDelete
  7. pakai pemanggang ajaib ke wah nak cubalah..kurang gemar pulut sb tu tak rajin buat malas nak belajar.tunggu lepas habis contest denaihati iphones baru ada masa ke dapaur menjhit kembali uh...

    ReplyDelete
  8. kan.bila rege kuih tradisional ni mahei ada je yg x kena.cba buat sndiri baru tahu kan.renyah x renyahnya.

    rasa2 berani..hahaha.tapi entah bila blh buatnya.

    ReplyDelete
  9. Pulut panggang versi Pantai Timur ni. Tgk inti dgn resipi ada gula pun, dah tau. Heheheh! Apapun, syabas bete! Aku pun tak mampu nak berpulut panggang! Ralat lah tak dpt rasa. Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  10. Lyd..hubs saya suka sgt pulut pgg. Tp klu tnya dia nk x rin buatkan..kompem jawapan dia xpyh..tnya apa pun xpyhla bt ...deer..xbg smbg langsung!

    ReplyDelete
  11. hahaha maaf nak gelak jugak.... apapun tahniah. renyah, tapi berbaloi kan. eh kita sama, nak buat apa2 macam tak sempat berfikir, macam ada benda dalam diri yang kontorl tangan capai itu ini.. otak kata kau jangan monyet.. tapi tangan laju jer gapai. pastu ngamok ka tok laki sebab penat sendiri cari pasal hahahaha itu aku yer.

    ReplyDelete
  12. kan?sebab tu orang rami suka beli je kuih2 gini..sebab dah tau nak buat nye memnag susah..tapi bila kerap sangt beli,mula nak komplain kuih mahal la,kuih kecik la..padahal klau dia buat pun tak jadi agaknya kuih tu..heheh

    ReplyDelete
  13. Kalau kita dah teringin mmg gitulahkan jadinya LS..... OKje walaupun bukan kidal tp macam awak tulah....tindakan tak boleh dijangka jugak....Tapi pulut panggang ni bukan faveret OKje...Tapi andailah berjiran dgn awak LS, kalau awak bagi rembat aje haha....Yelahkan mmg renyah nampaknya pembuatan kuih tradisioanl ni...kalau OKje mmg malas tu

    ReplyDelete
  14. Ekekeke...menyesal yerp, Nak buat lagi tak?

    Sedapnya lyd. My feveret ni. Dah lama tak makan.

    ReplyDelete
  15. Di Utara pulut panggang dipanggil pulut udang, mungkin sebab intinya dicampur dengan udang kering. Di Kedah ada seorang tua yang berniaga dekat Jalan Pegawai yang pulut udangnya paling sedap di dunia (kerana selama saya bekerja di banyak negeri, itulah pulut udang yang paling sedap pernah saya jumpa). Pulut udangnya dibakar garing menggunakan arang batu dan aroma kesedapannya boleh dihidu dalam jarak 100 meter dari tempat dia menjualnya. Sayangnya orang tua itu sudah meninggal, anak yang mewarisi perniagaannya pula gagal menandingi kesedapan masakan ayahnya dan akhirnya gulung tikar...

    ReplyDelete
  16. Salam. Hee sungguh rajin membuat pulut panggang dengan menggunakan pemanggang ajaib.

    ReplyDelete
  17. Kuih fabret ayah saya ni.. Lau makan da tak toleh kiri kanan..hihi

    ReplyDelete
  18. Wah! nampak macam sedap je kak lyd. hehehe

    ReplyDelete
  19. aku penah buat bingka...tp tukang kacau jek...weh...nk kacau bg pekat tu lenguh tangan tau...kalau aku kene kacau slalunye aku suka ngelat...bukak api beso sket so cpt pekat...tp kalau leka sket hangit kat bwh so pastu tadah telinga kene berleter ngan mak aku huahuahua

    kalau jadik bt seri muka pass kat aku sket...aku blh bg komen sejujurnye hahaha...peberet aku tu... huuuuu rindu nk makan seri muka yg arwah mak aku buat

    ReplyDelete
  20. puas hati la buat sdri..
    blh ltk byk2 smbal ikan tu..
    klo beli..cotet je dia ltok

    ReplyDelete
  21. hehehe, KA pun kalu teringin sangat gigih ler duk buat sendiri.. la ni dah turunkan sikit kat angah, so leh ler goyang kaki . main oder je hehehe

    ReplyDelete
  22. Oh, mentang-mentanglah dia dah buat kuih tradisional! Dicabarnya kita pulak. Kalau pandai masak masakan moden kira bolehlah tu Lyd nak bergelar chef. Kalau pandai masak tradisionalnya resepi, barulah boleh panggil Masterchef!

    Ish, I surrender siangmalam. Tak kuasa nak kukus panggang menggulung bagai. Kalau I jadi you, maybelah I dah give up masa gulungan yang pertama lagi. I simpan je minta hubby I tolong habiskan kerja. I gunalah alasan nak ajar hubby masak makanan tradisional melesya ^_^

    ReplyDelete
  23. amboi mmg betul2 sukar diramal tetiba je rajib buat pulut panggang bagai..sy ni klu bab pulut mmg fail,dua tiga kali buat kuih serimuka n kukus pulut lembik..tak reti nak agak letak air banyak mana.huhu..

    tu la kan kuih tradisional ni mmg renyah sikit.beli mmg senang tp klu buat sendiri tu valuenya tinggi wo..

    ReplyDelete
  24. perghhh.. saya rasa trpanggil nak buat pulut panggang nih bila baca entry sis... sy memg suka giler pulut nih... memg balik kg nanti nk try google lah resipi dia... heheheh klu jadik nih mesti mak sy terkejut hahahah

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...