Skip to main content

Tanda-tanda Rumah Didiami Jin

Sejahteralah ke atas kamu....

Ewah, bagi tajuk mistik plak aku pagi-pagi Jemahat ni. Tetiba terasa macam Kak Limah pulang petang.

 -----------------------

Rumah yang aku duduk sekarang ialah rumah flat. Kat atas ada rumah orang. Bila malam-malam, juga siang-siang buta , aku selalu dengar bunyi guli jatuh. Bunyi guli jatuh sebiji, juga guli jatuh bertaburan. Bunyi tu memang jelas. Dan sangat kerap. Kalau aku dengar  bunyi tu pada waktu perdana, [eh, dah macam berita nasional pulak ye, ada waktu perdana], aku tak la pelik sangat. Dah tentu la orang rumah atas yang main guli. Atau apa-apa mainan anak dia yang mungkin mirip dengan guli dan seumpamanya. Tapi kalau kul 3 pagi pun nak main guli, aku agak musykil. 

Satu lagi bunyi yang kerap aku dengar daripada rumah atas tu ialah bunyi perabot beralih. Ini pun kerap jugak. Aku pernah terniat nak tanya jiran aku tu. Tapi aku rasa macam segan pulak, takkan tetibe nak tanya, "main guli ke semalam?",sambil angkat-angkat kening. Kang jiran aku cuak pulak dengan aku.

Luth baru je boleh berjalan. [Finally]. Masa dia baru-baru berjalan sendiri ari tu, dia masih ada jatuh-jatuh. Setiap kali dia jatuh, aku akan cakap, "oo-oo, jatuh". So, sekarang, Luth selalu sebut perkataan jatuh tu. Sehinggakan semua benda pun dia nak sebut jatuh. Nampak botol tergolek pun sebut jatuh, nampak dalam TV katun melompat-lompat pun sebut jatuh, nampak air tumpah pun jatuhhhh jugak. Maka, setiap kali Luth dengar bunyi guli jatuh kat rumah atas tu, dia pun akan sebut jatuhhhh... Sabar jek la aku. Kadang-kadang tetibe je sebut 'jatuh'. Buat konfius aku je, sampai aku tanya, "apa benda yang jatuhnya? Mama tak nampak pun macam ada apa-apa yang jatuh?". Dia pun akan buat muka keliru kalau aku tanya gitu. Comel.

Tentang bunyi guli dengan perabot beralih tu walaupun tiap-tiap hari dengar, aku tak rase apa-apa pun. Actually aku takde la takut pun [oihhh cakap besar pulak aku]. Maksud aku, aku takde rasa seram atau meremang vulu roma irama pun. Sebab aku memang bukan jenis terbawa-bawa dengan cerita seram dalam tv. Walaupun kalau aku tengok cerita seram korea atau Jepun, aku memang rasa seram sampai tahap tukar channel sebab tak sanggup nak tengok, tapi in reality, aku tak terbayang-bayang hantu dalam filem tu ikut aku dalam rumah. -Hantu Korea dengan Jepun ni menyeramkan aku sebab hantu dia jahat, jenis yang tak kira mangsa, orang baik ke org jahat tetap kena makan dengan hantu. Aku yang perasan baik ni rasa terancam, rasa macam aku pun akan jadi mangsa jugak[wekkkk :p]. Tapi kalau tgk cerita hantu melayu, biasanya dia hanya attack orang yang buat salah dengan dia je. So, aku tak la rasa terancam sangat bila tengok cite hantu Melayu. Dahtu memang tak seram pun. Ehehe. Boleh gitu?

Aku tak rasa ada jin yang tumpang tinggal kat rumah atas aku tu. Adalah tu bunyi apa-apa. Takyah la aku nak bazirkan tenaga sel otak aku untuk fikir benda-benda tuh. Betul tak? Lagipun kalau ye pun ada jin, biar je la. Dia makhluk Allah macam kita juga.

Comments

  1. ada orang ke rumah tu? tu memang tanda-tanda ada something rumah tu
    kalau saya mulalah takut semacam
    saya cite antu negara lain boleh je tengok
    tapi kalau dalam msia punya, mau asyik teringat je

    ReplyDelete
  2. masa duduk rumah flat dlu slalu jgk dgr bunyi2 mcm kak lyd tu...tapi wat dek je la..malas mo pike...

    ReplyDelete
  3. ni misteri nusantara nih... hehehe comel pulak gmbar jin 2.. huhuhu
    btw sis kena brjaga2.. amalkan ayat2 prlindung diri.. jgn jadi mcm sy... dh trkena baru trgadah... hehehehe jgn biarkan diri anda diselubungi misteri...

    ReplyDelete
  4. Sebelum ni pernah terbaca jugak psl bunyi guli..bunyi perabut kena alih ni mcm ada jin..pernah dgr ustaz kot ckp dlm tv..tp rin pun xpasti sgt psl benda2 ni..tp kalau rin mmg takut la jugak..hahahha

    ReplyDelete
  5. hmmmm..kalo kul 3 pg agaknya sy tak perasan dah kot bunyi gitu..tidur mati..tapi kalo biasa sgt takutlah jugak kan..
    dl kat apartment sy sewa, umah bwhnyer tuh cina duduk sll bergaduh cam syingat dia nie lama2 bunuh bini dia ni kot..takut jgk...huhuh

    ReplyDelete
  6. aku tanya mama...ngape jiran sebelah ni duk main guli.. mama aku jawab..bukan gulilah.. golf.. keliru sangatttt...

    bedo'oh sangat main golf pukul 2 pagi....

    ReplyDelete
  7. Slalu juga dngar bunyi perabot kena alih malam malam...tapi bgn esok tgk mmang betul betul beralih...
    Suami koi suka mengemas rumah malam mlm...
    Nasib baik pintu tu berskru...kalau tak pintu pun dia nak alih

    ReplyDelete
  8. Hmm..akak dah biasa bunyi camtu kat kuarters tempat tinggal akak ni...sekarang ni dia buat bunyi lain pulak..bunyi orang menumbuk pulak kali ni..setelah di buat edisi siasat..orang lain pun bunyi perkara yang sama...jadi kami abaikan aje..yang musykil tu lama sangat menumbuk macam nak hidang ramai orang makan...huhuhu

    ReplyDelete
  9. Eh, baca kat mana ek, tak ingatlah! Itulah pasal rajin sangat blogwalking. Katanya kalau bunyi guli, bunyi perabot beralih tu maknanya bukan rumah di atas atau di bawah kita yang bermasalah, rumah kita sebenarnya yang ada masalah dalaman.

    Ni nak cerita pengalaman sendiri. Masa tu menetap kat Ukay Perdana. Rumah atas tu kosong tapikan setiap hari pukul 12 tengahmalam je mesti ada bunyi perabot beralih. Guli pun satu hal, kejap-kejap dengar guli jatuh. Apa jin tu tak pandai main guli ke apa atau memang minat main guli jek?

    I kalau setakat cerita hantu Melayu, I elok je makan popcorn sambil menonton lepas tu gelak-gelak tengok muka hantu terlebih makeup. Kalau cerita Korea, Siam mali mahupun Jepun, tengok jugalah. Adakala naik juga rhoma irama berirama ritma gemilang. Adakalanya rileks je sambil takutkan anak-anak. Ni time Ha-lu-ween, tetiap malam I tengok cerita hantu kat he-ho sensorang sampai 2,3 pagi. I'm not feelin' feelin' scary mary gitu, biasa jek. Tapi kalau betul ada satu depan mata, ahah, I pengsan-pengsankan diri jelah....

    ReplyDelete
  10. Dulu kat rumah saya ni ada jugak la dengar bunyi macam guli dari rumah sebelah..masa awal2 kawen dulu la..sekarang dah tak de dah..sejak jiran sebelah yang merupakan orang siam tu dah pindah terus tak de..sekarang dah beberapa ppenghuni bersilih ganti hilang terus bunyi2 tu..

    jatuh?/kalau Mikhail dia sebut tumpah.terkencing pun sebut "ibu..tumpah.."
    heheh

    ReplyDelete
  11. selalu dengar orang cakap pasal tanda2 jinnn tan ni hahaha itu la I rasa apa yang u buat ni terbaik, pedulikan, toksoh caro ko demo tu... lagipun jin memang wujud kan, cuma jangan kacau kita sudah la. gitu.

    ReplyDelete
  12. dulu selalu jgk dengar kwn cite yg tinggal di rumah flat dgr bunyi guli jatuh....

    ReplyDelete
  13. walaupun x takut, tp xde ke rasa nak tahu?

    ReplyDelete
  14. Abaikan saja apa yg didengar itu, yg penting ia tak berdiri di depan kita. Macam rumah yg saya tinggal sekarang, ada orang pernah nampak lembaga atas bumbung, pintu pernah kena ketuk di awal pagi (ketika itu saya dan anak sedang tonton bola), pada suatu malam pernah dengar seperti suara orang bergaduh di luar rumah tapi bila keluar cuma nampak malam hitam tanpa bintang. Jin memang ada, tapi biarkan dia dengan dunianya, kita dengan dunia kita...

    ReplyDelete
  15. Kat rumah sewa bunda duduk ni pun selalu jugak dengar bunyi guli dan perabut dialih tengah2 malam...satu hari tu...bunda dah tidur awal...anak bunda perempuan no.2 tu dengar bunyi guli jatuh dan seakan2 orang sedang bermain2 betul2 depan pintu biliknya...

    Esok dia tanya adik bungsunya dibilik sebelah ada dengar tak?...ada jugak...masa tu dia dalam bilik air...dengar macam bunyi guli depan pintu bilik mandi...dah selalu sangat kejadian macam tu, memang dorang buat tak tahu jer...

    Anak bungsu bunda tu cakap pernah dalam bilik dia tiba2 jer lampu macam di sengaja ditutup dan kejap dibuka...Dia pun bersuara"jangan main2lah...aku tak kacau kau....kau jangan kacau aku"...tiba2 lampu dah normal...

    ReplyDelete
  16. ahkak kan ralit baca entry aok nih
    lepas tu ralit plok baca komen MD
    hehe, terus hilang seram
    cuba baca surah al mulk lepas isyak
    insha Allah, moga tiada gangguan-gangguan
    tu,

    ReplyDelete
  17. Td dh komen panjang jgk. Tp line ni sengal. Letih nak taip semula. Sabo je la.

    ReplyDelete
  18. rsanya lama dulu, lyd pernah cerita kat blog ni psl bnyi2 ni..so, masih menghantui.. huhu.. hiraukan je.. tp tu la.. luth lak leh dgr kan...

    oloh lyd..fikir gini je.. kt hidup kt dunia ni mmg berkongsi dgn semua makhluk allah..

    ReplyDelete
  19. Dulu ms duk rumah apartmen, aku pnh mengalami situasi mcm ko. Pukul 3 pagi, dok mengalih perabot. Apahal? Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  20. saya selalu dengar juga pasal " bunyi guli"...
    kenapa guli ya? jin main guli ke?

    cuba awak tanya jiran atas rumah, utk kepastian..

    ReplyDelete
  21. sama la sis,, sy pun menyewa kat flat sekarang bunyi yang mcm sis cerita ni mmg ada tp sejak 2 3 bulan ni dah tak berapa dengar.. harap2 terus hilang.. tapi dalam minggu lepas pergi umah jiran dalm kul10 ada bunyi padahal atas umah nya xda org.. meremang jugak la smpai mintak dia teman sy nak balik.. hahaha sebab apa takut bila bunyi kitorang mcm tertanya2 lagi kuat bunyi... menyeramkan

    ReplyDelete
  22. lyd,dr apa yg sy tahu( pernah tnya pd org yg thu) memang ada pon.sebenarnya bunyi tu bukan dr rumah atas tapi paling ats skali.bila kita tnya org atas umh kita kata tak da, tapi yg ats tu pon dgr begitu la seterusnya.
    serius suami sy mmg pergi tnya member dia yg ddk ats rmh kami.skali dia kata x.. ko rasa??

    lg stu kan msa sy ddk jb dulu.pepagi mmg sy x masak just bancuh air cicah roti je nk cepat pergi kja kan..skali ada hri tu jiran bawah rumh sy pergi tnya member sebelah rumah saya. jiran bawah tu cina..
    "u punya kawan ghajin maa, pagi2 sudah tumbuk.."
    yg mmber sy pon cerita la dkt saya.
    sy ckp mana ada.. kat situ dh mula syak. kdng kdg sy sndiri, suami pon dgr bunyi guli. sampai kn kami naik ats pergi tgk ada org ddk ke tak.

    haaa.. gitew le kesahnya..

    ReplyDelete
  23. Ikut ciri2..mmg suspect ada jin duduk kat rmh atas tu. Tapi kalau Lyd & family tak terjejas ( luth kerap nangis tak pasal ke..lyd seram tak pasal ke), buat dek je lah.

    ReplyDelete
  24. kalau saya seram dah...
    pernah jgk alami masa sem bapa tah... time cuti mid sem.. saja tak nak balik lagi nk siapkan kerja..sekali dgr bunyi kt atas mlm tue fikir mybe ada gak bdk xbalik kot...mlm esoknya prgi tgk memNg bilik tu gelap xda org.. dah cuak.. pas2 kul bapa pagi tah.. pintu kena ketuk...serius xboleh tdo balik.. baca mcm2 doa la...
    esok tue kemas brg terus balik kg..huhu

    ReplyDelete
  25. bagus2, tak payah pikir lebih sangat kan...imaginasi tinggi ala2 cite seram memang boleh bikin sakit jiwa kan haha

    ReplyDelete
  26. pnh jgk dgr bunyi guli ni dikaitkan dgn ganguan jin...xberani nk komen lebih, sbb xberada di situasi lyd, Apapun kita mohonlah perlindungan kpd Allah swt...

    ReplyDelete
  27. pernah alami..smasa bermalam di sebuah hotel di langkawi. sebelum12 mlm dah mula bunyi guli jatuh. terfikir..apalah anak orang atas tu..tak letihke malam2 main guli?
    baru nak terlelap, dngar pulak orang bertukang dan alih perabut. dik kerana tak tahan bising sampai tak boleh tidur KY call tanya kenapa ada pekerja bertukang malam2. dia kata akan suruh orang tu berhenti buat kerja dia. sudahnya sampai kesuboh KYtak boleh tidor..orang bertukang tak berhenti pun..huhu

    ReplyDelete
  28. Bagus kalau Lyd pikir gitu.. Yela kang dok pikir sangat kita jadi takut + serabut..
    Selagi tak kacau kita.. so kita buat macam biasa.. kan...?

    ReplyDelete
  29. aduhai seram sejuk pulak lah KA baca n3 ni... betullah klau x kacau kita pun dah alhamdullilla

    ReplyDelete
  30. Dah biasa dengar bunyi² tu lyd. Tgh² malam bunyi perabot kena seret. Dah malas nak layan bunyi² tu ☺

    ReplyDelete
  31. jin memang keje nyer ngacau org jer ... Itupun ade org yg nak kawan ngan jin

    ReplyDelete
  32. Salam, tak payah takut, itu mainan jin sahaja. anak aku sekarang kalau dia dengar bunyi lantunan guli.
    Dia pulak akan lantunkan guli selepas tu. Kemudian bunyi guli dari atas akan bunyi pulak, macam ada tindak balas pula.

    ReplyDelete
  33. Amalkan baca ayat kursi dan pasang ayat kursi dalam rumah. InshaAllah gangguan akan semakin hilang.

    ReplyDelete
  34. SKRG UMH AQ TIAP MLM BUNYI..TIAP MLM DR KUL 10-SMPI 3PAGI...XLEH TDO..BARU NK LELAP..LG KUAT DIE BUAT KJE..ALIH KN BRG MCM LEMPAR BRG..AQ DUK BRU 3 HARI...AQ TRY NAIK TGKT ATS..SUME UMH KOSG,,AISHHHHHH

    ReplyDelete
  35. Benda nie terjadi kat aku sekarang. Aihhhh. so how? any suggestion???

    ReplyDelete
  36. salam..I have suggestions...pasang ayat manzil, ruqyah dlm rumah...
    pastu renjis air ayat quran kat seluruh rumah..sy dh buat..esk tu da xde bunyi lagi dah...kita sendiri pun kena selalu amal ayat manzil, zikir pagi ptg...cuba buat

    ReplyDelete
  37. Sy pun rumah atas slalu sgt brbunyi guli. siang pun kadang2 bunyi juga. Smlm tinggal sorg kt rumah. Pastu tiba2 bunyi guli, bergerau darah. Ingat kan bt taktahu je. Nasib baik bunyi skjp je. Huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya