Skip to main content

Apa Yang Boleh Dibuat Dengan Tudung Bawal Yang Dah Tidak Dipakai

Sejahteralah ke atas kamu....


Arus fesyen sentiasa berubah, begitu juga dengan fesyen tudung. Satu masa dulu trend tudung bawal memang sangat 'in' tapi sekarang tudung bawal versi asal yang bentuknya 4 segi dilipat 2 menjadi 3 segi tu, maaf cakap dah 'outdated'. Tudung bawal keluaran terbaru pun sekarang dah macam-macam jenis antaranya yang terfemes, Adijuma. Pemilik tudung bawal yang awal-awal dulu, yang sekarang dah bertukar arah pakai tudung awning atau tudung instant atau tudung hoodie atau shawl, tentu dah tak tau nak buat apa dgn tudung-tudung bawang mereka. Ada yang dah distribute derma kat orang. Tapi tudung bawal pun satu masa dulu sangat mahal betul tak, nak-nak yang bersulam dan yang berbatu batan. Nak bagi orang pun rasa sayang. Penyudahnya simpan buat sarang je la nampak gayanya kan?

Ok, kalau ada sesiapa yang terfikir bagaimana hendak manfaatkan tudung bawal lama milik kamu, di sini aku ada satu idea. Apa kata, tudung itu kamu jadikan bunga. Ye, bunga yang boleh dibuat hiasan, applique pada pakaian atau boleh juga dijadikan kerongsang. Bukankah trend sekarang orang pakai kerongsang bunga-bunga untuk menyematkan tudung di bahu? Daripada beli 4 kuntum bunga dgn harga RM10, lebih baik buat sendiri kat rumah, boleh dapat banyak, macam-macam warna dan macam-macam saiz. Cara nak buat bunga tu pun senang je, trust me.

Di sini aku akan kongsikan cara untuk membuat bunga daripada tudung bawal atau kain chiffon. 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bunga chiffon ini ialah;





1.  Tudung bawal atau kain chiffon [warna ikut suka, yang bercorak pun boleh]



2.  Lilin


3.  Benang dan jarum [untuk menjahit bunga dan manik]


4.  Manik [warna dan bentuknya terpulang]. Aku guna manik flat back pearl. 



5.  Pin





Langkah pertama untuk membuat bunga daripada kain tudung bawal atau kain chiffon ialah, potong kain menjadi bentuk bulat dalam beberapa saiz yang berlainan. Saiz ini bergantung kepada besar mana kamu nak bunga kamu tu, juga berapa tebal bunga yang ingin kamu hasilkan itu. Aku buat dalam 5 saiz bulatan je, dan tebalnya hanya 2-3 keping bagi setiap saiz. Bulatan tu tak perlu begitu sempurna pun takpe. Sebab nanti nak bakar juga.


Kedua, layurkan hujung potongan kain yang telah dipotong bulat tadi dengan menggunakan api lilin. Kalau tak ada lilin, guna dapur gas pun boleh. Jangan rentung tangan ko sudah le.


Ni tangan putih, bukan tgn aku.

Tangan hitam ni baru tangan aku. Hekhekhek. Ketawa cam keldai.


Bakar tepian kain sehingga dapat bentuk melengkung begini, supaya kelihatan mirip kelopak bunga.


Kalau tidak cukup bakar, kain itu tidak akan jadi melengkung, sebaliknya hanya leper sahaja seperti ini.

 Lihat perbezaan antara kelopak yang melengkung dan kelopak leper.



Lakukan kepada semua kelopak bunga. Kemudian, susun kelopak bunga chiffon yang telah dibakar setiap hujungnya itu berlapis-lapis daripada besar ke kecil.


Selepas susun, jahit di tengah-tengah bunga supaya kelopak bunga kemas, tidak tertanggal dan bercerai berai.

Selepas itu, jahitkan manik mengikut selera masing-masing. Apa-apa jenis manik pun boleh, asalkan nampak cantik. Nak letak berapa biji manik pun terpulang. 



Inilah hasil bunga chiffon atau pun bunga yang diperbuat daripada kain tudung bawal. Senang je kan?

Kalau nak dijadikan kerongsang, boleh pinkan sahaja pada bunga dan baju. Cara nak pinkan tu, pandai-pandai la nkorang. Asalkan belah depan tu nampak bunga sekuntum terletak elok pun dah cukup. Belah belakang tu biar kita je yang tau. 

Jadi, ini sahajanya tutorial cara membuat bunga kain chiffon, bunga chiffon atau kerongsang kain chiffon. Selamat menjadi rajin.



Ini contoh kegunaan bunga chiffon yang aku buat menggunakan tudung bawal. Aku jahit permanently pada baju gaun yang aku buat untuk anak saudara aku, Nur Hasyifa.


Comments

  1. Ha ah..betul..belambak tudung bawal ..saya pulak sekarang lebih suka pakai shawl..nak bagi kat orang memang sayang.selalunya maisara la dok ambik berangan jadi Elsa ..

    ReplyDelete
  2. da aje ideanya ye..tp ciksu tak rajin mana la bab jahit menjahit ni.

    ReplyDelete
  3. Eeeeiiiii kreatipnyaaaaa... i liokeeee! Tak terpikir plak dek akal bijak den selama ni ek? Ekeke... Jemput Singgah: Apa Nak Masak Bila Raya EK?

    ReplyDelete
  4. Haihlah! Klu minatnya menjahit dan pandai menjahit dan ada bakat menjahit dan kreatif, mmg UNTUNGLAAAAHHHHHHHH!

    Mode: Geram kenapa tak belajar jahit dari dulu. Sobs!

    ReplyDelete
  5. kreatifnyer.. memerlukan kesabaran yg tinggi nih..

    ReplyDelete
  6. lyd memg spesis rajin kan hehehehe....inovatif pun yer...wat utk qisya jgklah hehehe

    ReplyDelete
  7. Ini kerja orang kreatif!
    kalau lah saya, dah terperuk aja lah tudung lama tu..hahaha

    ReplyDelete
  8. cool.

    aku suke sebab ia recycle

    :)

    ReplyDelete
  9. tapi kan lyd..aku still suka tgk org yg pakai tudung bawal, instead of shawl..

    sebab aku rasa x semua org ppuan cantik bila pakai shawl, tapi kebanyakannya cantik bila pakai tudung bawal..:D

    ReplyDelete
  10. Kalau dah kreatif tu memang tak membazir...

    ReplyDelete
  11. saya suka warna dan maniknya nampak comel sungguh

    ReplyDelete
  12. menarik ...
    tapi aku masih pakai bawal dan bawal rasanye belum outdated kot .. if fareeda ye .. mmg outdated wlupun byk design baru hihihih

    ReplyDelete
  13. menarik!!..

    ermmm...masih berpenyakit M.. tapi memang ada rasa nak mencuba..

    ReplyDelete
  14. alahai kreatifnya lyd nie..meh tlg buatkan baju bunga2 tuk acicha satu yer acik...:)

    ReplyDelete
  15. Pergh!!! mmg cantik jadinya tu. Tapi persoalannya sanggupkah OKje nak buat bunga bunga gitu? Ohhhh nampaknya mcm remeh jer tu hehe

    ReplyDelete
  16. Bagusnya idea ni..syg tudung bawal kat rumah tu..bole juga jadi bunga :)

    ReplyDelete
  17. kretifnye... rajin sangat ni... rumah sy banyak tudung ni... boleh la try

    ReplyDelete
  18. eyhhh...
    cantik..serius kretip..klo letak kat baju kurung pon cantik ni.. susun ke bawah..klo beli mahal jugakl

    ReplyDelete
  19. kretif... cantik ... boleh jual nie.. hihih


    Recent Post by MananQayyim : Segmen - 4 Power Bank Original untuk dimenangi

    ReplyDelete
  20. Masa tudung bawal dah tak in, saya bagi semua kat orang, siapa je yang nak. So takdalah lagi koleksi tudung bawal ni. Tahniah kat Lyd sebab anda memang seorang yang kreatif. Inilah baru orang kata orang kidal ni kreatif. Kalau I, jauh penunu dari bunsen perkataan kreatif ni dengan diri I. Tak pernah terfikir tudung bawal boleh berubah rupa jadi brooch pulak.

    ReplyDelete
  21. tu la kan tudung bawal byk juga dlm gobok dok simpan smp dimakan tikus,tp tak rajin la pulak nak buat kerongsang bagai..kerongsang yg ada pun tak terpakai.dasar malas apa pun tak boleh.haha

    ReplyDelete
  22. kreatignya.. xtahu plak bolehnbuatcm nie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya