Skip to main content

Aku Lebih Baik Daripada Dia

Sejahteralah ke atas kamu...

Kita makan masakan orang lain, kemudian perisa makanan yang kita makan tu tak kena pulak dengan selera kita, contohnya terlalu pedas ke, terlalu manis ke. Then kita complain atau merungut sendiri, 'ntah apa-apa la masak macam ni, kalau aku masak lagi sedap'. Ini hanyalah contoh.

Aku biasa berhadapan dengan individu yang melakukan perkara-perkara tertentu [baca ; perkara yang tidak mungkin aku lakukan], yang membuatkan aku terdetik dalam hati, 'kenapa la dia buat macam tu. Kalau aku jadi dia, aku takkan buat macam tu, mesti aku dah buat begini-begini'. Malah lagi buruk kadang-kadang aku terlepas kata-kata tu keluar sehingga orang lain turut mendengar. Seolahnya mempertikaikan bahawa individu tu tak sepatutnya buat macam tu, dia sepatutnya buat macam aku buat. Kalau dia buat macam aku buat, barulah betul. Dalam tak sedar, aku dah rasakan yang aku ni lebih baik daripada individu tu.

Korang ingat lagi tak sewaktu Allah menciptakan Adam. Apabila Allah meminta para malaikat untuk sujud kepada Adam, Iblis tidak mahu sujud kepada Adam. Kerana apa? Kerana Iblis merasakan yang dia lebih baik daripada Adam, maka dia tidak perlu bersujud Adam. Jadi, ayuh kita relate dengan sikap aku yang aku beri contoh kat atas tu. Sikap yang merasakan, kita selalu lebih baik daripada orang lain. Sama tak dengan sikap Iblis tu. Perasan tak perkara ni? Jadi, please ye kawan-kawan. Be humble sikit. Ingatlah, apa yang kita rasa kita akan buat tu, belum tentu betul di mata orang lain.

Comments

  1. terkesan saya dengan entry yang simple tapi padat ni
    betul sama sekali, sebenarnya perbandingan seperti itu tak molek
    kita tak tahu sejauh seseorang mampu menahannya
    sebab tu setipa orang lain dugaan ALLAH berikan

    macam sakit senggugut, semua wanita alami
    tapi bukan semua mengalami kesakitan yang sama
    level daya tahan sakit seseorang individu tu tersangatlah berbeza
    apapun terima kasih memberikan motivasi yang bermanfaat pagi khamis ni =)

    ReplyDelete
  2. nice entry..kita insan yang lemah..yg sepatutnya kita berdoa, "Ya Allah, andai perkara sama menimpaku, jangan jadikan aku lakukan kesalahan yang sama. Aamiiiin."

    ReplyDelete
  3. Mst ada sesuatu terjadi kat ko tadi, kan? Chill ok.

    ReplyDelete
  4. be humble and accept ape yang ada hari ni.

    Tuhan ciptakan manusia untuk bersyukur.

    kan?

    ReplyDelete
  5. Semuanya kerana egoistik yang ada di hati kita. Seperti kita paling sempurna sedang orang melihat kita sebaliknya. Cuma bila berpeluang bersendiri dan bermuhasabah ketika itu baru terpikir kita kadang-kadang membuat pertimbangan yang tidak tepat dalam kes-kes tertentu. Tapi begitulah manusia punya kelebihan dan kekurangannya...

    ReplyDelete
  6. Merasakan diri lebih baik drpd org lain adalah benih-benih riak....

    ReplyDelete
  7. Yelah.. sikap yang ada dalam setiap orang & pernah lakukan.. membuat perbandingan dengan orang lain

    ReplyDelete
  8. أستغفر الله
    menginsafkan... thanks Lyd..

    ReplyDelete
  9. menusuk ke qalbu..entry simple tp mndalam mknanya.

    ReplyDelete
  10. kan.. ada pepatah yang mengatakan "never say never". errrr, relate tak ni?

    ReplyDelete
  11. kadang2 perkara yang kita biasa selalu buat orang pon pandang pelik

    ReplyDelete
  12. tu lah penting nyer kita belajar mensyukuri. ni tidak komplen nyer banyak !

    ReplyDelete
  13. ouch. *berguling-guling pegang hati sendiri*

    ReplyDelete
  14. sy baru sedar yg sifat perasan lebih bagus tu menyerupai iblis.nauzubillahhiminzalik..

    ReplyDelete
  15. Laa dah kenapa ni...sapa yang usik hati Lyd ni....

    ReplyDelete
  16. setiap org ada cara tersendiri. x perlu kritik, ye tak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w