Skip to main content

Cheesekut Leleh

Sejahteralah ke atas kamu....

Ini kisah lama, kisah di pertengahan bulan Ramadhan yg dirindui.... Buat potluck di rumah adik ipar aku, menu yang aku pertaruhkan [??] untuk 'teko-bertuah' tu ialah sambal udang [tapi idok le gempak benor sbb udang pon kecit-kecit je] dan juga cheesekut sebagai dessert. 

Aku ni memang takde bakat dalam acara membuat-buat kuih atau bakar-membakar kek. Punca utamanya ialah, sebab aku ni suka tukar sukatan, macam cincai-cincai je bab-bab sukatan. Bukan ke kalo nak dptkan kek atau cookies yg enaqs serta lahzat, sukatan tu perlulah accurate, tapi kalau spesis berhaluan kiri macam aku ni, suka sangat derhaka dengan sukatan dalam resepi, maka lain yg aku plan nak buat, lain plak hasilnya. Umpama nak jahit seluar palazzo, tetibe jadi seluar katak kaedahnya.

Tak payah aku bagi contoh susah-susah la... Sedangkan aku buat cheesekut pon boleh failed, tak payah la nak tengok aku buat kek pelangi langit ke 7 ke mende. Mana tidoknya, orang suruh guna biskut Hup Seng, aku guna biskut Julie's, orang suh guna susu pekat manis, aku guna non dairy creamer, orang beli biskut pat segi, aku beli biskut bulat, orang suruh lapis2 biskut dgn cheese banyak-banyak lapis, aku buat selapis je. Hahahah. Dah tu jangan nak sedih la kalau cheesekut aku tak macam cheesekut orang lain. 

Meh la aku share gambar dengan korang. Tapi promise tau no no no gelakkan i. Tak baik taw. Kite tak shuke sebarang penghinaan taw.. ;p







Cream cheese ni light je, ringan tapi creamy tak pekat pun macam kalau ko blend guna susu pekat manis. Pastu ikut sesuke hati aku je nak tabur cocoa powder Van Houten dan gula manik atas tu. Ini memang perlu spoon feed, takleh nak pegang macam makan kuih baulu. 

Biskut yg aku guna tu biskut oats. Kesimpulannya aku nak kata, cheesekut ni kalau sesape yang buta kayu sangat pun dalam bab-bab baking ni, masih akan tetap dapat rase yang sedap sebab bahan2 yang kita guna tu pun memang dah sedap. 

Gile tak sedap, dah tu guna cheese, pastu biskut yg siap2 beli kat kedai, bukan cookies yg buat sendiri pun. Ini sama le konsep macam kek batik yang guna biskut merie tu, lagi macam puding cocktail yang guna buah2an dalam tin tu dan juga puding truffle. Cuma tahap piawaian menjadi ke tidak kategori makanan-makanan tu semua ialah... RUPA. 

Kalo rupa semenggah, nampak cantik 'terletak' je dalam piring bila kita potong tu, then lagi terletak bila kita suap dalam mulut, maka boleh isytihar la resepi kita tu menjadi. [sebab rasa memang dah confirm sedap kan]. Kalo tidak, jangan mimpi le nak masuk Masterchef Malaysia musim ke 4.

Comments

  1. Err....hmmm....
    Itu agar-agar puding eh?

    Haha

    ReplyDelete
  2. lama dah rin tak buat cheeskut tau..
    hari tu raya nak buat
    tapi tak ckup kaki tangan plak
    plus penat sangat memasak yg lain2

    ReplyDelete
  3. sodapnya nampak lyd..bak lah sini segelas...seyes sy tak pernah buat nie..makan pun lagilah endak pernahnya...ni kalau dapat 1 tak cukup nie kan..

    ReplyDelete
  4. nampak orang makan cheese sangat berselera...tp ema langsung nak telan pun tak boleh.

    ReplyDelete
  5. Nampak macam okey je. Apa masalahnya? Rasa memang sedaplah dah bahan-bahannya semulajadi sedap tanpa diolah oleh tangan mung...

    Takpalah, nak buat untuk anak tekak sendiri dan seisi keluarga je. Rupa tiada takpa, janji sedap hingga menjilat sudu garpu yang ada. Oh, Lyd...nape nak citer pasal cheese pulak nih! I is alergi tau bila bab-bab cheese nih!

    ReplyDelete
  6. Saya suka tengok anak isteri menjilat cheese. Tapi saya cuma tengok aje sebab tekak saya ada masalah sikit dengan benda tu....

    ReplyDelete
  7. akak hanya mampu lihat jer..nak mkn tak berani..pantang.apatah lagi membuatnya..huhu
    telan airliur jer..

    ReplyDelete
  8. kita serupa lah ... saya selalu ikut sukatan sendiri sbb x de timbang . klu kita x berani ubah resepi , maka x wujudlah berjuta resepi kat dunia ni ... pi mai pi mai , resepi sama gak ... kan ke jemu tu . lagi pun tekak org x sama ... byk alasan lak nak derhaka resepi ... heheheee ... yg ptg tetap sedap di makan .

    ReplyDelete
  9. aku pun jenis payah nk ikut resipi.. pastu pelik kenapa xjadi.. aku ikut dah pun bahan nya..
    bukan sukatan..huuu..
    dan aku jarang baca kaedah nak buat..guna imaginasi sendiri..

    ReplyDelete
  10. eh....kira dah cun la tu.janji bila ngap sodap.sapa nk kisah cara kita buat kan?hihi...

    ReplyDelete
  11. Nampak macam sedap dan cantik je hiasan...

    Sama la kita kadang suka suki tukaq sukatan..

    ReplyDelete
  12. betul lettew. memasng punya citarasa kan. ikut suak kite le guano pong nak olah.janji ada ghasenya kan..

    lagi sedap kot kalu buat gini. sbb blh cedok terus ngap kan. xpyh nak potong bagai..

    ReplyDelete
  13. comey je.. n nmpk sedap je lyd.. lya x pernah mkn lg cheesekut ni..
    kalo lya lak bab buat kuih2 mcm ni mmg sebijik-sebijik ikut. kalo bab msak2 lauk berani la nak derhaka.. hehe

    ReplyDelete
  14. hahaha i feel u, maklung la i pun berhaluan kiri macam u jugak, tak pernah nak ikut sukatan. tapi tak kesah la, kan dah unik biskutan kita ni, yang penting bisa ditelan.

    ReplyDelete
  15. mcm manik2 yg bijik kaler2 tu ermmm sedappp nya

    ReplyDelete
  16. Moralnya, kalau buat cheesekut (yg bahan2 asasnya mmg dah semulajadi sedap) tak sedap..maka better beli aja lah..hahaha

    ReplyDelete
  17. tgk gambo mcm sedap. tp kena la bg try rasa dlu. hehehe...

    ReplyDelete
  18. Tak pernah lagi makan cheesekut dan tak pernah buat lagi. Tak tau bi;a nak try buat.

    ReplyDelete
  19. yg mcm ni baru sdp makan. cheese lebih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w