Skip to main content

Pesanan Ibu Mentua Yang Sentiasa Aku Ingat

Sejahteralah ke atas kamu...

Sebelum aku kahwin dulu-dulu, aku memang dah persiapkan mental aku tentang hubungan antara menantu-mentua. Aku memang dah sedia faham, walau macamana sekalipun keadaannya, suami aku tetap perlu utamakan ibu dia, berbanding aku. Kalau ada aku terkecil hati dengan mentua, aku dah prepare mental aku untuk tidak bercerita dengan orang. 

Semua tu aku dah cuba fahamkan betul-betul. Mungkin sebab hikmahnya aku ada 3 orang abang. Dan aku belajar semua perkara tu melalui setiap situasi yang mak aku alami. Syukurnya lah, antara arwah mak aku dengan kakak-kakak ipar memang tak ada masalah. Dan triple the bersyukur bila setakat ini, hubungan aku dengan ibu mentua aku pun tak ada masalah. Mungkin, sebab aku ingat pesanan ibu mentua aku, yang selalu dia pesan pada aku....."walau apa pun keadaannya, kita kena ingat diri kita siapa".

Pesanan tu memang la kalau korang baca, rasa biasa je, tapi aku rasa sangat berjasa untuk aku, sebab bila aku rasa macam nak terkecik hati sikit je, [manusia biasa je aku ni, kadang2 ada je salah faham dengan orang] aku akan teringat pesan ibu tu. 

Contohnya macam ni lah... katakan mentua belikan aku baju sehelai, tapi mentua belikan untuk anak dia [husband aku], baju 2 helai. Bila tiba situasi macam tu, kalau aku layan kecik hati tu memang akan burukkan lagi hubungan aku dengan mentua. Tapi bila aku ingat diri aku siapa, aku ni menantu, mana boleh nak kecik hati macam tu berbanding anak dia sendiri, so aku akan rasa benda tu bukan satu masalah langsung. Contoh yang aku bagi ni, memang betul-betul contoh ye. Tak pernah plak ibu bagi baju kat suami aku 2 helai, bagi kat aku sehelai. Biasanya sama je. 

Maksudnya sekarang ni, dalam apa-apa situasi pun. Kita kena sedar diri kita ni siapa. Kalau kita sedar kat mana tempat kita, insyaAllah segala kecik hati dan pergaduhan dengan orang takkan timbul.


*korang jangan kecik hati aku tak lawat blog korang. Aku tak cukup masa sgt skrg. Sbb aku balik awal kul 4.30ptg. Cheywahh, gaye le macam banyak kerja sgt. Aku rindu nak baca kisah terkini korang.

Comments

  1. haaa...betul la tu pesanan mentua awak, tapi itu ker isi bicara u nak smapaikan sebab tak blog lawat, eh tak lawat blog? hek hek hek..

    tu la kan, sebolehnya hal anak beranak laki bini, seeloknya tak citer kat sapa2 sebab takkan ada orang luar yang akan faham situasi sebenar, memburukkan keadaan lagi adanya.

    ReplyDelete
  2. Betul3x...
    Kena beralah...sbb kita juga ada anak menantu nanti

    ReplyDelete
  3. Kecik hati perkara biasa dalam keadaan kurang rasional. Tapi bila hati kembali rasional kita akan tahu di mana kita...

    ReplyDelete
  4. sama situasi saya..duduk dekat dengan family mertua..(tak duduk sebumbung pun). kalau nak dilayankan kecik ati tu, sampai ke sudah pun xhabis..hubungan porak peranda..so, touch n go..hikssss..

    ReplyDelete
  5. kecik hati awak tu comel sgt la....besar kan hati ye nescaya awak lagi comel!

    ReplyDelete
  6. betul tu lyd.
    buang jejauh perasaan tu.kalau ada mmg x dpt le nk nolong nya..

    okje. janji x lupa kami kami di sini ye ^^

    ReplyDelete
  7. crita keluarga memang tak elok di ceritakan pada orang lain.tambah buruk keadaan. betul kata mertua tu..kita kena selalu muhasabah diri tentang siapa diri kita..

    ReplyDelete
  8. You tak kecik hati ngan I kan Lyd sebab 'hal itu'? Hehehe....

    Ngan mak mentua, nak kecik hati camna. Memang kalah punya. Kalau dapat anak mithali macam HD tu, jangan haraplah dia akan peduli dengan kecik hati isteri mithalinya. Ibu lagi penting, lagi afdal untuk dijaga hatinya sebab kata HD - Ibu cuma ada satu. Isteri boleh tukar ganti.

    Hah, mahu tak kecik hati dengar statement gitu? Kalau nak kecik hati, mahu berbulan gak I tak masak tau. Eh, tapi tak kecik hati pun jarang gak masak :)

    ReplyDelete
  9. Biasalah tu lyd. kekadang ada juga rasa kecik hati. Tapi ku buang perasaan tu jauh².

    ReplyDelete
  10. Sebagai menantu kena bnyakl bersabar dan beralah... biasalah orang tua kan..

    Suami kita masih ada tggjwb utk Ibunya..

    ReplyDelete
  11. apa y penting buruk baiknya mentua kita..simpan je..jgn duk heboh2kan..kena igt jugak..mertua kita tu ibubapa suami kt.. kita y ambik ank dia.. insyallah saling bertolenrasi..mesti ngam punya menantu n mertua

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya