Skip to main content

DIY Homemade Soft Toy - Sock Monkey

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku betul-betul tersesat dalam terang sekejap pasal nak update blog ni. Tak faham kenapa la aku rasa teramat malas yang berganda-ganda nak jenguk blog ni. Mungkin sebab aku kurang sihat kot. Minggu lepas balik kampung, pastu bersambung dengan MC 2 hari, lepas tu semalam aku MC lagi. Haiyooo.. Setiap kali balik kampung aku demam, batuk dan selsema. Mekasih la batuk. Dugaan betul.

Ni dah nak dekat bulan puasa ni, aku rasa blog ni mungkin akan makin sepi. Lepas raya le kalo nak kencang balik pon.Tapi tak tau le kot-kot aku rasa cam gedik nak share resepi berbuka puasa ke kan. Kehkeh. Gaya le macam rajin sangat nak memasak.

Dalam masa MC 2 hari, aku sempat pulak buat keras tangan. Dah katanya hobi kan. Demam-demam pun rasa nak menjahit. Ingat senang ke nak dapat mood rajin macam ni. Hahaha. 

Yang aku buat ni adalah Sock Monkey. Aku refer tutorial daripada Craft Passion - Sock Monkey. Hasilnya jadi le macam ni,

Nama monkey ini ialah Oliver. "No more monkeys jumping on the bed"

Saye takde mulut. Heheh.

Memang la tak terlawan dengan rupa yang asal seperti professional buat macam ni;


Lepas je siap sock monkey ni, si Luth tu terus menggelatat nak main. Bagi je dia pegang, terus disuakan masuk mulutnya. Hilang la niat asal nak hadiahkan kat anak kawan aku. Kena buat lain la ye untuk Cik Amni.

Kos untuk membuat sock monkey ini ialah : Harga stokin : RM4/sepasang. Mata google : RM0.20/pc.  Fibre untuk sumbat dalam badan monkey RM2. Muroh je. Hehehe. Tapi kalo ada yang nak tempah, aku kena la amik upah kan. Upah aku RM40000. Wahhh... kayer. 

Comments

  1. kalau jual ni mau harga 4,5 puluh tau..

    ReplyDelete
  2. Terkejut monyet uncle tengok monyet kalerful!

    ReplyDelete
  3. comey..!!
    demam2 pun leh layan menjahitkan..
    moga cepat sembuh dan kayer reye..

    selamat menyambut bulan Ramadhan Lyd..


    ReplyDelete
  4. Pandainya jahit..memang cantik sgt..comei

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh . saya pun dah rasa sakit tekak ni ... nice . blh ambil tempahan .

    ReplyDelete
  6. eh omei lah! nk buat jugakkk! tq! hehehe upah 4000.mahai woi!

    ReplyDelete
  7. lyd, awat comey sangat huahua..
    selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  8. Tabik spring kat hang,lyd!(^_^) Hadiah kat Rafif seketoi bleh?hehe

    ReplyDelete
  9. Sakit sakit pun mood tetap mari..haihhh...kalo koi..takde la...

    ReplyDelete
  10. Cutenya lyd. Nak jugak. Nak 3 little monkeys sebab anak ada 3 ....hahaha...tak open order ker?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum lyd...cantik n comel jer...:)

    ReplyDelete
  12. Eh! Hebatnya. Bkn sng ni (bg yg tak pndi dan x suke menjahit mcm aku....sobs).....btol ke amek tempah?

    ReplyDelete
  13. Salam lyd.. pttla lama myepi.. ye la, kalo xsht tu mmg xde mood nk hadap blog. Xpela. . Slow2.. mood ni bkn blh dipaksa-paksa... hrp dh beransur sht ye. Lya ni pon sjk msk kje 2 minggu ni byk ct dr keje.. sbb x sht.

    Woowwww.. sgt kalerful. Klo awk ambik upah buat ni cnfirm laku. Lya klo cba buat mmg xjd kot. Mmg xde skill mde2 mcm ni.. apakata pertengahkan bakat ni.. blh tmbah income sampingan..

    ReplyDelete
  14. wah..buat besar sikit..bole wt bantal pelok..hehe

    ReplyDelete
  15. selamat berpuasa kak... cantik kak..tapi 4K tak mampu nak beli....

    ReplyDelete
  16. Wah, terkagum kejap! Walaupun tak sama macam pro, dah comel giler soft monkey Luth buat kesat air liuq ni, Lyd. Untungnya ada mak yang keras tangan cam ni. Kalau mak yang di sini, keras tangan means keraslah...tak main nak DIY cam ni :)

    ReplyDelete
  17. monyetnya warna-warni .. haha colorfull .. keren kali

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya