Sejahteralah ke atas kamu....
Sejak arwah mak pergi meninggalkan dunia ini, abah tinggal seorang diri di rumahnya, di kampung. Hanya kakakku yang menjenguk abah setiap hari memandangkan rumah akak hanya di sebelah rumah abah. Aku tidak menafikan, sejak harga minyak naik tahun sudah, aku semakin jarang pulang ke kampung. 2, 3 bulan sekali baru pulang. Itu pun terpaksa bahagikan hari cuti yang sedikit diantara 2 rumah, rumah abah dan rumah mentua. Adik beradik lain juga selalunya hanya akan balik ke rumah abah pada hujung minggu.
Abah semakin hari semakin jauh aku rasakan hatinya terhadap aku, anaknya yang bongsu ini. Setiap kali aku balik ke rumah abah, seawal jam 7 pagi, dia sudah keluar rumah. Minum di kedai kopi yang letaknya di pekan Sg Lembing. Selepas pulang dari kedai kopi, lebih kurang jam 9 pagi, abah sudah mula bersiap untuk ke bandar Kuantan pula. Menaiki motor. Seorang diri. Tidak padan dengan usia tuanya yang sudah mencecah 78 tahun pada tahun ini. "Aku masih kuat", katanya. "Aku bosan duduk di rumah." dan "kalau aku duduk di rumah pun aku tidur je, jadi lebih baik aku keluar pergi berjumpa kawan-kawan", itulah alasannya setiap kali anak-anak menegur tentang betapa bahayanya dia keluar rumah dengan motosikal. Setiap hari dia begitu.
Abah seolah-olah tidak kisahpun anak-anaknya balik ke kampung untuk bertemu dengannya. Dia seperti melarikan diri bila anak-anak balik ke rumah, dia akan keluar dari pagi sehingga petang. Hanya waktu malam sahaja abah ada di rumah. Kata akak, hari-hari biasa juga abah begitu, walaupun sewaktu anak-anak tidak balik kampung. Aku cuba bersikap lebih rasional. Jadi, pada waktu abah ada di rumah, aku cuba untuk berbual dengan abah. Tapi, baru 10 minit berbual, abah sudah mahu masuk tidur. Dia penat katanya. Aku tersinggung. Makin teguh tanggapan aku bahawa, kasih mak tak sama dengan kasih abah. Memang lain. Abah seperti tidak menghargai pun kepulangan aku, anaknya ini. Diva sangat aku kan.
Bila begitu keadaannya, aku sendiri jadi malas nak balik ke rumah abah. Untuk apa? Balik pun bukan abah ada di rumah. Nak berbual dengan abah pun bukan dia mahu. Jadi, aku lebih banyak menghabiskan masa cuti di kampung di rumah mentuaku, ibu suamiku. Aku jadi semakin berkira dengan abah. Duit bulanan untuk abah pun selalu missed untuk dihulurkan kepada abah. Telefon abah juga semakin jarang, sebab kalau aku telefon selalunya dia tak jawab. Atau kalau dia jawab pun hanya seminit je aku sempat bercakap dengan dia. Paling lama 2 minit.
Aku pun tak tau nak jelaskan perasaan aku. Terasa seperti abah semakin menjauhkan diri. Aku pun dah malas nak mengganggu abah. Biarlah dia dengan caranya. Sewaktu doaku untuk abah, bila tiba bahagian doa, "Kasihi la abahku sepertimana dia mengasihiku sewaktu aku kecil dahulu", aku seperti tak dapat feel yang abah pernah mengasihi aku sewaktu aku kecil dahulu. Aku rasa apa yang abah lakukan sekarang, itulah juga keadaannya sewaktu aku kecil dahulu... Tiada rasa kasih sayang kepada aku.
Allah itu Maha Mengetahui. Dia Maha Pengasih. Mungkin sengaja Allah sentapkan aku dengan mengembalikan ingatan aku tentang abah sewaktu aku kecil dahulu. Benarkah abah tidak kasihkan aku sewaktu aku kecil dahulu? Aku masih ingat, semasa aku kecil dahulu, abah selalu cium aku dan gomol muka aku menggunakan janggut dan misainya sehingga aku menjerit-jerit geli. Dan abah akan ketawa bila melihat aku begitu. Sekarang, bila aku sudah ada Luth, aku akan cium Luth laju-laju dan gomol pipi Luth seperti abah buat kepada aku, cuma bezanya aku takde misai dan janggut, dan perasaan aku sewaktu melakukan begitu ialah.... sayang yang tersangat sayang...
Semasa aku kecil, abah rajin juga membawa aku bersiar-siar dengan motorsikal pada waktu petang, mengambil angin petang dan akan singgah di kedai runcit semata-mata untuk membelikan sekotak Dindang untuk aku setiap hari [walaupun pada waktu itu harga Dindang 50sen, harga yang agak mahal pada zaman dahulu untuk kategori cikedis].
Aku masih ingat, aku selalu request dengan abah untuk belikan breakfast cereal untuk aku, seperti coco crunch, cornflakes, honey star dan seumpamanya sekali dengan susu segar. Abah tak berkira pun. Padahal aku tahu kewangan abah bukannya begitu bagus pada waktu itu. Belum kira lagi aku selalu nak coklat Cadbury. Coklat lain aku tak pandang. Eh, masa tu Cadbury belum ada DNA Cik Biba. Ada masanya aku request KFC dengan abah. Semuanya abah penuhi. Tanpa rungutan. Yang pasti, aku rasa abang-abang dan kakak-kakakku tidak merasa untuk request sebegitu. Ternyata aku la yang paling diva sejak kecik. Huhu....
Kasih abah bukannya terhenti setakat aku kecil. Aku memang tak dapat lupakan, abah yang akan hantar aku meredah sejuk pagi dan gelap subuh mengejar bas jika aku ditinggalkan bas untuk ke pejabat. Abah tiada kereta dan dia pun tiada lesen memandu kereta. Untuk makluman, rumah aku jauh di hulu. Perjalanan ke bandar Kuantan makan masa sejam dengan bas. Aku perlu mengambil bas paling awal, jam 6.30 pagi untuk ke pejabat. Waktu itu aku baru je mula bekerja di organisasi sekarang, tapi cawangan Kuantan. Kereta pun belum beli lagi masa tu. Jadi, bila aku tertinggal bas, memang abah yang akan cuba kejar bas dengan motorsikal kapcainya. Huhu... Sedih sangat bila aku kenang semua tu. Tubuh tua itu, dalam kesejukan, demi memenuhi keperluan aku.....
Tiba-tiba, bila aku dah besar, dah pandai judge orang, aku turut judge kasih sayang abah. Aku dah mula berkira dengan abah. Aku terasa hati dengan abah sedangkan aku lupa semua kasih sayang abah pada aku sewaktu aku kecil. Mana mungkin abah akan lakukan semua yang aku ceritakan di atas ini tanpa rasa kasih sayang terhadap aku? Saat aku menaip entry ini... terasa sangat kerinduan aku kepada abah. Selepas ini, jika aku pulang ke kampung aku akan duduk sahaja di rumah abah walaupun dia tiada di rumah. Aku akan ikut sahaja rentak abah, asalkan abah bahagia. Biarlah abah tak pedulikan aku sekarang, asalkan aku tahu memang abah sayang aku sejak dulu. Mungkin abah kekok untuk menunjukkan yang dia 'kisah'. Tapi walau apapun, dia tetap abah, yang aku sanjung dari dulu hingga kini. Dia tetap abah yang banyak berkorban untuk aku, terdahulu sebelum aku diambil alih oleh suamiku.
Abah.... aku harap agar aku dapat gembirakan hati dia mengikut cara dia, bukan mengikut cara aku, sebelum salah seorang daripada kami dijemput Yang Maha Esa. Selamat Hari Bapa untuk semua abah-abah yang membaca blog ini. Sayangilah abah masing-masing walaupun karektor abah memang agak pelik dan kadang-kadang seperti 'keakuan' sikit, tapi mereka tetap abah kita. Harus diingat, cara menunjukkan kasih sayang seorang ayah memang berbeza dengan cara seorang ibu sebab ayah lelaki dan ibu pula wanita.
ya allah .. nangis saya, tersentuh hati nie..
ReplyDeletesaya rasa mungkin abah melarikan diri dari anak-anak kerana mungkin anak-anak semua mengingat dia apda arwah ibu..mgkn muka..mungkin perangai mungkin segala nya membuat dia teringat dan rindu pada arwah ibu..
jangan terasa pada dia ye lepas nie...
*sob...sob...sob..*
ReplyDeleteAbah aku dah takde...
Lahhhhh.. ni dah kenapa cite sedih ni??? Kan dah kena lap hingus! Syukurlah masih ada dia Lyd. Cam kite arwah dah takde nak cite apa pun takleh dah huhu *eh emo tetiba!* Tapikan, orang lelaki memang tak tunjukkan kasih-sayang dia hatta anak, bini, whateverlah. So, kite pompuan ni paham aje sudeyyyy.... Jemput Singgah: Jom Tambah Saham Akhirat yuk!
ReplyDeleteseolah sama mcm saya bila blk kg.walaupon mak ayah masih ada.
ReplyDeletetapi msing2 ada tanggungjwb bila hidup dlm suasana kg.. ada saja xtvt.
jauhnya abah pi kuantan naik moto.risau kan..
*lyd.. xpa nti2 pos aje..still blh pakai lg kan..hihi
*lyd pergi kat link web tu.pastu try contact fb kak ekin. kalau xdpt nnti gtau k.su bg no contact budak yg selalu hantar brg tu..
*hahahha.. udoh bakar membakar selalu aje di rumah guna cik PA..
mcm rugi je gi kedai makn ikan bakar.hahaha
insiden terakhir pasti akan dikongsi.
Deletetiada kaitan dgn sesiapa. hihi..
yg pestime tu mcm x sesuai sbb melibtkn pihak ketiga.hukhuk
ada ayah tapi jauh.
ReplyDeleteYa, Allah! Napa hang buat I terasa sedih ni .... Abah kita dah takda, lama dulu tapi kenangan bersamanya dari kecil sehinggalah dewasa, memang tak pernah luput dalam ingatan. Abah kita garang tapi dalam masa yang sama sangat penyayang orangnya, bertanggungjawab dan very protective terutama dengan anak perempuan bongsunya ni. Mungkin lepas ketiadaan ibu Lyd, Abah Lyd kesunyian... tiada teman sebantal untuk berbicara suka-duka. Itulah sebab beliau suka berjumpa kawan-kawan di luar. I pasti, tak mungkin abah Lyd tak sayangkan anak perempuan bongsunya yang dimanja dan dibelai penuh kasih-sayang kecil-kecil dulu. Apa pun sikapnya, beliau tetap abahmu kan, Lyd.
ReplyDeleteOh, sedih pulak teringat my arwah Abah!
Sedihlah lyd...sebak sy nak nangis...betul tuh ..mengimbau jugak kenangan sy ngan ayah waktu kecik tuh..agaknya abah lyd cuba menyembunyikan perasaan sunyinyer itu..takmo menyusahkan anak2 & risau akan dia..
ReplyDeletetgk gambar abah lyd macam bapa yg ceria & penyayang sangat..:)
ema pun tak rapat sangat dengan abah.... tapi abah tetap disayangi..Selamat Hari Bapa, untuk Abah.
ReplyDeletesedihnya baca...btol, kite salu banding2 kan kasih sayang mak dan ayah...ayah mmg ssh nk tnjuk kasih syg die pada kite, tp kalo mak tercurah2 pada kita..tp bile da besar, fadh kadang terlupa mak, terlebihkan ayah sbb nak menangkan hati ayah yg temboknya kadang terlalu tinggi..yaAllah semoga mak dan ayah xterasa hati dgn kita..
ReplyDeleteTiada ibu bapa yg kurang rasa kasih sayangnya terhadap anak. Cuma ia tidak ditunjukkan seiring perubahan waktu dan usia kita. Seperti abah Lyd, tentu pelik jika sekarang dia menggomol Lyd dengan misai dan janggutnya seperti Lyd masih kanak-kanak. Dari pengalaman saya, semakin orang itu berusia, dia semakin cepat terasa dan mudah merajuk. Cuma sebagai anak kita perlu tahu mengambil hati mereka, jangan jadi seperti adik perempuan saya yg sehingga kini masih rasa bersalah kerana membuat sesuatu yang menyebabkan ayah kami kecil hati dan malangnya tak lama selepas itu ayah meninggal. Dua tiga bulan juga adik saya jadi seperti tidak betul, asyik menangis kerana tidak sempat memohon maaf atas perbuatannya yang baginya tak ada apa-apa tapi bagi orang tua mereka mudah terasa dan mengingati kesilapan kita hingga ke mati...
ReplyDeleteMujur juga abah Lyd masih sihat mental dan fizikal, jika ada kurang perhatian dan kasih sayang masih ada banyak ruang waktu untuk mengkoreksi diri.....
assalamualaikum lyd....sayangilah abah selagi dia masih ada jika dah x ada nanti akan terasa rindu sgt spt mama skg ni...baru 3 hari arwah abah mama pergi dah terasa rindu sgt detik2 semasa dia masih hidup dulu...:(
ReplyDeleteSedih la lyd! Masa allahyarham bapak ada, saya pun jarang borak dgn dia. Sbb rasa tak tau nak borak apa. Beza dgn mak.
ReplyDeleteTentang bapa lyd ni, saya rasa dia masih sedih dan sunyi lepas mak lyd takde. Duduk kat rumah jadi terkenang kenang, tu dia kerap keluar. Berilah dia masa, sambil tu terus dekati dia tanpa putus asa.
Setuju dgn JR.
ReplyDeletesuami akak pun selalu terasa hati dgn anak2nya. mereka selalu mendahulukan ibu dari abahnya. tahap pemikiran sudah tak sama..jd tak reti nak borak apa. cuma anak ketiga yg selalu melayan dia..jadi kalau dia tak balik..hebohlah dia sunyi agaknya..
sementera abah lyd ada lagi..pandai2lah merapatkan diri padanya..lama2 lembutlah hatinya..
ya allah..bergenang air mata sy lyd...teringat arwah abah sy yg dh hampir setahun mengadap Ilahi...rindu sgt pd arwah....mmg benar kasih abah xsama dgn ibu...abah dia tunjukkan cara dia sygi kita...tp apa yg kita nak, mesti di beri..itulah ksh syg sorg ayah..
ReplyDeletekasih abah tak sama dgn kasih ibu. tp abah tetap abah. pengorbanan nyer juga tak sama dgn pengorbanan ibu. aku ni bila dah besar pun, arwah abah aku pun takde la menunjukkan kasih sayang dia. tp aku tau la dia sayang aku. hehehe... tp sebab aku ni anak lelaki, selalu gak la dia ajak kau melepak kat warung, pekena teh tarik.
ReplyDeletebergenang air mata membacanya lyd..sebb teringat aruah pak sy juga..yg mana sy lebih rapat dengan apk dari mak..semoga lyd dpt bahagiakan abah selagi dia masih hidup..ameen
ReplyDeleteTouching iols tau lyd. Beruntung kamu sebab masih punya ayah. Ikut kan saja rantak abah tu.
ReplyDeleteRindu kat arwah ayah :-(
Sekadar berkongsi.. keadaan akan nampak berubah sedikit bila ibu bapa kita dah melangkaui usia tua.. mak di rumah pun berubah sedikit bila arwah ayah meninggal.. tapi tak apa la kita layan kan aja parent kita..
ReplyDeleteAah masa dulu belum ada DNA Cik Biba kan hahaha :P
Dia sunyi sbb mak xde. Lm2 kat rmh buat dia lg ingt kt mak. Hati org tua ni lain. Mmg kena jaga dgn ikt kehendak dia org.
ReplyDeleteMakin tua makin sensitif. Walau apa pun yg dia buat dia tetap abah kita. Yg bersusah payah untuk kita. Blik je la kg tu selagi abah ada. Biar la dia nak lepak kat kedai ke atau kat mana mana. Janji dapat tgk wajah abah. Sementara dia masih ada.
ReplyDelete