Skip to main content

Aku Kecewa Fiza-Adam, Abby-Farhan Berpisah

Sejahteralah ke atas kamu...

Ada ke orang yang berkahwin untuk bercerai? Takde aku rasa kot? Melainkan ada agenda pasal nak dapatkan kerakyatan, atau nak dapatkan harta ke, yang tu kira kategori lain la. Korang pon mesti dah dengar tentang perpisahan 2 pasangan artis iaitu Fiza-Adam dan Abby-Farhan. 

Kedua-dua pasangan ini ada persamaannya. Mereka sama-sama buat keputusan untuk bercinta selepas bernikah. Berkenalan sekejap, melamar dan berkahwin. Sepatutnya cara begitu dah bagus. Aku cukup gembira dengan cara mereka sewaktu mereka buat keputusan untuk berkahwin tu. Sebab bercouple itu haram. Bercinta selepas nikah adalah cara Islam yang sebenar. Cuma mungkin mereka belum cukup merisik tentang pasangan masing-masing, melalui orang tengah, maka perkahwinan itu berakhir juga dalam masa yang singkat. 

Aku langsung tak mahu komen tentang punca mereka berpisah, atau siapa yang benar dan siapa yang salah sehingga terjadinya perpisahan mereka tu. Sebab walau banyak mana pun information yang kita dapat daripada media, internet khususnya, kita tetap orang luar yang takkan tahu kisah sebenar. Jadi, kalau tak tahu lebih baik diam. Lebih baik jangan memandai buat spekulasi tentang apa jua pun. 

Aku tahu, bila berakhirnya ikatan perkahwinan 2 pasangan yang 'bercinta selepas nikah' ni, sedikit sebanyak, orang-orang bujang yang belum lagi berkahwin dan pernah berniat nak ikut jejak langkah sebegitu akan terasa goyah pendirian mereka. Lebih ramai orang akan bertambah skeptikal dalam menerima cara 'bercinta selepas nikah' ni. "Haaa, kan dah kata... cemana ko nak kawen dengan orang tu kalau ko tak kenal?". Makin ramai yang takut nak bercinta selepas nikah, takut tak cukup mengenali pasangan, takut perkahwinan berakhir dengan perpisahan kerana tidak serasi.

Ok, now baru aku nak jelaskan tujuan entry ni. Kalau ada yang terniat nak bercinta selepas nikah, sila la teruskan pendirian itu. Sila jangan takut. Anda berada di landasan dan prinsip yang betul. Perpisahan Fiza-Adam dan Abby-Farhan itu mungkin kerana ada kelemahan ke-empat-empat mereka, tapi bukan salah syariat yang telah Nabi anjurkan tu. Buktinya, ada ramai lagi yang bercinta selepas nikah, terus kekal bahagia. Perpisahan atau perceraian bukan bergantung kepada sama ada kamu kenal pasangan tu atau tidak. Ada bersepah pasangan yang bercinta sebelum kahwin pun rumahtangga mereka berakhir dengan perpisahan. Semuanya adalah kerana sudah tertulis begitu. 

So, aku tetap nak galakkan sesiapa yang masih bujang tu, bercintalah selepas nikah. Itu adalah yang terbaik. Asalkan masing-masing tahu peranan masing-masing, asalkan tahu batas-batas agama, insyaAllah akan selamat perkahwinan tu. Ada caranya nak kenal pasangan tanpa bercinta. Perlu gunakan orang tengah. Perlu tanya orang lain, sesuai ke tak. Yang penting gerak hati, perlu ada rasa suka.

Good luck okay, bagi yang berkenaan! Untuk Fiza-Adam, Abby-Farhan pula, aku doakan kalian jika boleh kembali rujuk, kembali la. Jika tidak, semoga akan bertemu kebahagiaan lain yang lebih baik. InsyaAllah.
 


Comments

  1. Apa yang lebih menarik untuk dibincangkan ialah, kedua-dua artis (Adam dan Abby) diwar-warkan sebagai sudah berhijrah kejalan yang jauh lebih baik berbanding dunia hiburan semata-mata sebelum ini. Apa dan dimana silapnya? Adakah cara mereka salah? Tidak ikhlas? Riak? Politik semata-mata? Seolah-olah amalan kedua-duanya tiada berkat dan tidak memberikan ketenangan kepada mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Bro/sis...saya rasa itu bkn isu yg perlu dibincangkan. Penghijrahan tu antara mereka dgn Allah. Dan kita mmg dituntut sentiasa berhijrah utk jd lebih baik.
      Perceraian pula merupakan isu hubungan dgn pasangan. Siapalah kita utk mencari silap salah mereka.

      Delete
  2. Dunia ni penuh dengan segala kemungkinan. Ada yang kita nampak elok, tidak elok pengakhirannya. Begitu juga sebaliknya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang.

    ReplyDelete
  3. semoga sentiasa muhasabah diri...
    cuma boleh je nak bercinta lepas bernikah..
    tapi konsep redha tu mesti ada..
    payah jugak bercinta lepas nikah..
    tapi bercakap asik nak menang je..
    pun susah jugak kan lyd..
    so kita ni kena sentiasa bermuhasabh diri..
    kemana kita nka bawak rumahtangga kita tuh..
    apa2 pun bergantung kepada niat
    dan doa bebanyak supaya rumahtangga kita sentiasa aman...

    ReplyDelete
  4. mudah2an mereka menemui jln penyelesaian takde org nak kan kehidupan huru hara kan?...

    ReplyDelete
  5. yela...mmg xbest baca pasai cerai berai ni kan?huhu..kita doakan je yang terbaik buat mereka

    ReplyDelete
  6. betul2.
    yg nikah, bercerai dicemuh. yg x nikah2 dah mcm nikah buat releks je.

    ReplyDelete
  7. Jodoh tak berpanjangan. Semoga ada hikmah disebalik semua tu.

    ReplyDelete
  8. jodoh takde, nak buat macam mana.

    ReplyDelete
  9. terkezut la juga.
    skrg isu abby dgn farhan lagi la kecoh.hrp dpt diselesaikn dgn cara baik..

    smga mereka diberi petunjuk.aamiin

    ReplyDelete
  10. Jd fokus sbb celebrities...ramai lg bkn selebriti yg berjaya...Saleh yaakob selebriti yg setakat ini berjaya...ambillah contoh dia..ustaz azhar idrus pun sama..

    ReplyDelete
  11. Suami, isteri dan anak-anak cuma pinjaman dari Allah kepada kita, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, hanya Dia yang tahu...

    Semoga Allah mengampunkan dosa mereka yang suka melihat kejatuhan dan keruntuhan orang lain...

    ReplyDelete
  12. Masa kursus nikah dulu..ustaz ada cakap...kalau boleh. .carilah jodoh yang sekufu...makna nya..kata ustaz tu...kalau bujang umo 20an...carilaah calon jodoh yang lebih kurang sebaya. Jangan cari yang yang jauh sangat beza umur. Byk lagilah contoh sekufu. ..dia kata perbezaan taraf yang Melampau boleh menjadi punca pertelingkahan.

    ReplyDelete
  13. Jodoh dan maut kan ketentuan Allah. Semuga ada ruang untuk mereka memikirkan semuala hunungan mereka..

    ReplyDelete
  14. sama ada bercinta selepas atau sebelum kahwin , yg ptg lelaki itu mesti ada kerja tetap dan mampu memberi keselesaan pada keluarganya . sekarang ni rm mmg ptg ... x de yg free ... ermmm.

    ReplyDelete
  15. Jodoh x panjang..mungkin jarak usia jugak memainkan peranan penting.....

    ReplyDelete
  16. amboi lyd..ko dah menceburkan diri bab2 gosip artis lak ke..hahaa..
    apa nak buat, jodoh tak panjang kan..

    ReplyDelete
  17. Smoga ada jln penyelesaian buat mereka.

    ReplyDelete
  18. smua yg berlku ada hikmah nye. in sha Allah ada jodoh pasti bertemu kembali. in sha Allah. amin

    ReplyDelete
  19. selidik dengan orang y mengenalinya..
    semoga mereka bahagia dengan jalan hidup masing2,,jangan sampai kawin tutup aurat,cerai bukak aurat..

    ReplyDelete
  20. Akak ni dr kwn tkr tunang lps tu husben. Dh berkawan pn bertahun jgk amk ms nak sesuaikan diri. Acane tu? Hoho...

    ReplyDelete
  21. Semua ni ketentuanNya.. dh jodoh setakat ni. Bkn salah bcinta lps nikah atau apa2 pom.. pasti Allah merancang y terbaik buat mrk b'empat

    ReplyDelete
  22. paling sedih bila perceraian dijadikan bahan lawak di media sosial.siapa lah yang nak berkahwin untuk bercerai...mesti sedih bila orang anggap kesedihan kita sesuatu yang boleh dijadikan bahan ketawa..

    ReplyDelete
  23. mmm, ke mana ? sibuk erkk.
    asyik singgah entry ni lagi x berganjak. .

    ReplyDelete
  24. saya pun sangat menyokogn bercinta selepas nikah ni, tapi risik la betul2 pasangan tu sesuai ngan anda or tidak, and yang penting anda juga harus bersedia dan ubah mana yang patut...ke arah kebaikan.

    wahh gitu komen I kan... how are u? sihat?

    ReplyDelete
  25. singgah rabu.. selamat menyambut ramadhan :)

    ReplyDelete
  26. jodoh mereka setakat itu saja...semuanya dah ditentukan oleh Allah swt....betul tu kak, lebih bemakna bila bercinta selepas nikah ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya