Iklan! Iklan! Sila Click!

30 May 2014

Puas Hati Aku

Sejahteralah ke atas kamu...

Berikutan daripada entry aku semalam, pasal 'aku cerewet nak beli baju Luth', hari ni puas hati aku bila dapat beli baju seperti yg aku nak tu. Tak yah jauh-jauh. Kat foyer bangunan Esesem ni je. Ada flea market setiap 2 minggu. Biasanya hari Jumaat.

Actually sebelum ni aku dah pegi Sogo. Katanya Sogo ada sale. Jenama polo diskaun sampai 70%. Aku pegi la menambahkan sempit dalam Sogo tu dengan harapan ada baju murah yang best untuk aku beli kat Luth. Sekali bila pegi, seluas-luas satu floor ke 4 Sogo tu, aku rasa tak puas hati je nak memilih. Sebab tak banyak yang aku berkenan. 

T-shirt baby yang paling murah aku jumpa pun harganya RM9.90 jenama Cartoon Network tapi design baju memang ngarut le. Gambar Tweety burung kuning kepala besar tu. Tapi aku beli jugak sebab kain dia nipis dan sedap. Ala, nak pakai kat rumah je kan. Bukan utk gi jalan. Kalo gi berjalan tu harus la nak beli hok jangok skek. Pastu harga jenama baju yang lain-lain tidak la berapa nak murah jugak pun. T -shirt baby KIKO , harganya RM14.00. Lepas tu Hush Puppies RM14.85. Boleh le aku ambik baju KIKO 2,3 helai, Hush Puppies beberapa helai. Eh, banyak helai rupanya aku beli. Hehehe.. Yang lain semua aku tak berkenan. Pastu mahal.

Hari ni, memang aku tahu ada jualan kat kaki lima bangunan aku ni. [Bangunan aku? Bila mase plok aku beli bangunan ni?]. Dan aku juga tahu ada booth yang menjual baju-baju baby dan kanak-kanak. Murah dan branded tapi ala-ala F.O.S. Semua tag pada baju tu kena gunting macam kerabu mangga.

Ni la hasil rambang mata, telinga, hidung, kaki dan tangan aku kat tempat jualan tu. Macam biasa, aku duduk situ sekejap je, bila aku rasa masa dah sampai limit , aku blah dari situ. Kalau tidak semua benda aku nak beli kang. Lagi lama aku meneroka tempat tu, lagi bahaya terhadap kesihatan akaun bank aku.

Boring kan, takde kale merah. Baju 4 helai. Seluar 8 helai. Macam-macam brand. Ada Mini Care, Little Beginning, Losan dan paling banyak brand Mother Care. Semuanya untuk pakaian harian. Baju jalan tak payah sbb tak selalu gi jalan pun.



24 comments:

  1. baju utk anak anak saya, say suka belikan warna yg striking macam merah, oren, striking green...hahaha...kids when the wear striking shirts, nampak menarik, dan kalau jalan2 kat tempat yg crowded, senang nak notice in case terlepas/tersesat

    ReplyDelete
  2. Saya pun rajin jugak jalan-jalan cari baju anak yang murah-murah ni. Dulu penah pegi The Store kat Pandan Indah. Kat belah bawah kat parking kereta tu ada satu booth jual baju baby bundle yang murah. Sekarang ni tak tau wujud lagi ke tak.

    ReplyDelete
  3. Hahaha... Akhirnya dapat jugak ye kak. Susah jugak ni mak yang cerewet

    ReplyDelete
  4. ok la tu...bju dok umah pon dah jangok serupa bju jalan...hihihi legaaaa hti mama luth dpt beli bju idaman hati ;p

    ReplyDelete
  5. Lagi 2 minggu, boleh borong lagi...5minit je tau! :D

    ReplyDelete
  6. Syok memborong nampak?ngeh..ngeh..sejak ada anak ni, asyik beli baju depa je kan?(^_^)

    ReplyDelete
  7. Akk x pegi situ pun smlm. Lepas ke mvalley. Puas hati dapat sopink apa yg kita nak kan

    ReplyDelete
  8. susah jgakkkan nak memilih baju anak ni.. hihihi

    ReplyDelete
  9. pulun belang2 ni ... alhamdulillah , dpt juga .

    ReplyDelete
  10. haa..btl kan... bju2 FOS dan seumpanya mcm ni design dia lg cun2 kan,
    lya pon byk bli kt tmpt mcm ni..or bundle2 bju reject (bkn bndle bju tpakai)... mmg cantik..

    ReplyDelete
  11. akak sya suka beli kat 1 kedai tu, RM5 je baju budak. happy lah, RM50 boleh dapat 5 pasang.

    ReplyDelete
  12. Anak sulung mmg kena byk melabur...

    ReplyDelete
  13. Ish, tak banyak tu... napa tak pergi teroka lagi flea market tu...every fortnightkan...so next time pegi lagi tengok apa yang sesuai dengan Luth. Bukan senang nak menyakitkan akaun bank ...

    I kalau beli baju anak, macam beli untuk kembar. Satu untuk Abang, satu untuk Adik. Warna sama. Kalau capai je, mesti kaler merah, oren, hijau...memang striking colours ni my peberet tau!

    ReplyDelete
  14. sukanya luth dapat baju baru...kalau lelaki memang susah sikit nak cari baju seluar...sama jer patternnya.

    ReplyDelete
  15. teringat dl ms blk mesia aidan besau luth shopping kat sogo..tp cam tak puas ati sgt kan...baju raye luth blom msk senarai lg kan..ke buat baju melayu..

    ReplyDelete
  16. Banyak gak shopping. Puas hati kan ☺☺

    ReplyDelete
  17. Bj rmh ke bj jln ke sm je. Haha...

    ReplyDelete
  18. Akk klw datang mood shopping baru shopping x ingat. Tp skrg dah mls nak beli baju anak anak sbb baju dorang smpainx terpakai. Selalu ada je baju yg cantik cantik dijual kan. Sabar je la.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...