Sejahteralah ke atas kamu...
Kalau korang perasan, aku ni sejak beberapa kemenjakan ni aku suka betul kongsi pasal produk dalam blog ni. Lebih kurang macam promote produk la. Padahal aku tak dapat bayaran pun, cuma aku saja nak kongsi dengan korang, mana la tahu kot-kot bermanfaat untuk korang bila tiba masanya. Ye dakkkk?
Kali ni aku nak gebang-bang-boom-bang pasal ubat gigi plak. Selama ni korang pakai ubat gigi apa? Aku selalunya pakai Colgate. Darlie kadang-kadang je. Dulu kecoh kejap pasal ubat gigi beberapa jenama femes seperti yang aku sebut tadi, diperbuat daripada tulang Cik Mukalabimba a.k.a khinzir. Boleh jadi tepu kejap kepala otak aku sebab jenama-jenama tu aku suka pakai. Susah la aku nak gosok gigi nanti. Nak guna ubat gigi apa? Aku bukan nak kutuk ke apa, tapi kalo aku pakai ubat gigi yg jenama2 tempatan tu, gigi aku macam tak cukup bersih. Tak cukup mengilatkan gigi T-Rex aku ni.
Pastu aku ada try bersugi guna kayu sugi. Sugi tu pun ada orang bagi percuma sempena dia baru balik daripada haji. Sepatutnya kena berkongsi2 [potong sikit sorang, tapi aku berjaya melobi semua orang yg sepatutnya dapat tu supaya bagi kat aku sorang je. Hahah.. Sape je yg rajin nak sugi gigi dia? Korang pun mesti tak rajin betul tak? So, daripada membazir, baik bagi kat aku sorang je yang mana, last2 skali akibat ketamakan, siwak aku tu pun berakhir dengan kulapuk thirsty hippo, sebab aku guna separuh je. Selebihnya buang sebab berkulat. Ceh, sia-sia aku melobi. munchen glabach sungguh!!
Sugi ni best sangat tau. Kalo ko gonyoh gigi ko guna kayu sugi tu, gigi ko akan rasa licin yang bersih. Bukan licin lumut tau. Cuma ye la, seperti yang aku dah mention kat atas tadi, kayu sugi ni memang kalau untuk orang malas atau orang yang nak kejar masa agak tak sesuai la. [eh, aku tidak mengatakan apa yg Nabi suka itu tidak bagus. Tentulah siwak adalah terbaik. Cuma bagi yang tak biasa, mungkin agak leceh.]. Rasa siwak pun sedap jugak, tak la macam rasa akar kayu yang pahit kedamat. [ok, pekataan 'kedamat' tu aku reka bagi menyedapkan ayat.]. Rasa dia sangat fresh dan betul-betul memberi kesegaran mulut.
Kemain panjang aku punye mukadimah. Padahal nak cerita pasal ni haaa je. Ubat gigi ekstrak Sugi jenama Mukmin. Yang ni memang terbaik. Sebab katanya.... [dia tulis kat luar tiub ubat gigi tu], ini adalah 90% ekstrak sugi. Hanya 10 peratus je kalo ada bahan lain pun.
Setakat ni aku rasa dia belum keluarkan tiub yg besar. Besar 40ml je isipadu dia. Harga pun hanya RM2.30. |
Texture dia jernih warna kayu. |
Macam ada rasa kanji sikit mungkin dia letak tepung jagung ke tepung ubi. Tak pasti la kan. Yang penting, rasa dia menyegarkan tapi bukan rasa minty/pudina. Rasa sugi dia memang strong. |
Cuma sejauh mana keaslian ekstrak sugi tu, tidak pula aku ketahui. Lagipun bila aku tengok label line hitam pada hujung tiub ubat gigi tu, aku dah jadi tak sure plak ubat gigi ni tinggi ke rendah kandungan bahan kimia dia. Ke korang rasa canne?
Ini maksud code warna pada hujung tiub ubat gigi. Wallahu'alam kesahihannya.
Rujukan aku adalah dari sini.
Kalau macam tu belum tentu kesahihan bahan naturalnya...label hitam tukan All Chemical....
ReplyDeletewarna hitam? chemical?
ReplyDeleteDari segi kau punya tajuk entry tu aku ingat kau nak kutuk someone else yang cerita pasal ubat gigi. Hahaha. Kau punya tajuk mmg boleh jadi magnet untuk orang baca tau. Aku guna mukmin skang ni. Rasa best lak banding yang lain.
ReplyDeletebersugi kito..alaaaa kalau tak sesuai jugak, gonyoh jer gigi pakai arang hak hak hak.
ReplyDeleteSA suka ubat gigi darlie..all time fav tu...
ReplyDeleteHahahaha...
ReplyDeleteSaya pun macam awak...kalau tak guna Colgate/Darlie..rasa macam tak bersih gigi...Punyalah kuat penangan advertising mereka..
Bersiwak/sugi tu sunnah baginda...senang2 kita dapat pahala kan..
Dan mmg kena yakin 100% akan kebaikan bersiwak ni..
Dan saya dengar di radio IKIM bab Tahsinul Ibadah, bab ber sugi/ siwak ni, memang yang dinaggap bersiwak ikut sunnah baginda SAW ialah dgn guna kayu siwak tu...kalau guna ubat gigi yg ada ekstrak sugi, kita tak di anggap ikut cara siwak baginda ( yakni bukan ikut sunnah nya)..Ini yg di katakan ulama tersebut di radio...Wallahulam
kite gna halagel..
ReplyDeleteHehe..xpe sharing is caring
ReplyDeleteNak tengok ada byk chemical ke tak...org kata panaskan dlm sudu. Yg berubah warna tu ada chemical. ..katanya....tak pernah test lagi
ReplyDeletetak pernah tukar ubat gigi...dr dulu memang colgate...
ReplyDeleteSejak turun temurun saya sekeluarga suka pakai colgate...
ReplyDeletewaaahhh... kita pakai colgate je. darlie ni mint dia kuat sangat.. hoho
ReplyDeleteklik libresse sini (:
Aku guna ubat gigi apa yg ada dijual dikoperasi...sbb aku nak redeem kupon mkn...haha
ReplyDeleteaku setia ngn darlie..hehe
ReplyDeleteDulu Darkie sekarang Darlie. Sesekali pakai juga Colgate. Adakalanya nak rasa mewah, bantai Pepsodent. Yang ini pernah tengok Hubbydearie beli tapi I tak pernah pulak 'menculik' ubat giginya untuk digunakan kat berus gigi I nih... Ya, ya.. kat rumah tu guna ubat gigi berbeza ikut suka anak tekak. Eh, apa ke...! Kayu sugi pun HD yang biasa guna, isterinya ni selalu aje mandi pagi kejar masa, mandi malam pun kejar masa jugak :(
ReplyDeletetak pernah lg try yg ni..biasa guna ubat gigi safi atau mukmin je..hihi
ReplyDeleteBagus ek.. Tp tula sy pakai yg topi itam tu jer..
ReplyDeleteSaya pun pakai colgate..sekarang pakai colgate fazura,..heheh..lekat nama colgate fazura sebab fazura dan iklan colgate optic white tu..heheh
ReplyDeletenanti saya bagi gambar2 nye ye..saya emailkan je boleh??saya ni tak pandai pilih gambar..apa lagi ambik gambar..tak banyak gambar yang cantik..:p
ReplyDeleteweh ada yer produk ni.. KA x pernah cuba lagi... bersugi2 ni mmg malas lah LyD
ReplyDeleteHurmm dekat rumah ni tak pernah kekal.. mana yg ada promotoin itu lah yg kita beli huhuu :D
ReplyDeletehttp://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/sehari-di-kawasan-pendalaman-termeloh.html
singgah malam.. :)
ReplyDeletemcm air gula plak warna nye . hehe
ReplyDeletesalam singgah dr
http://afasz.blogspot.com
a.ah kan..ada tanda hitam pulak..
ReplyDeletesy dr dulu pakai safi je...xperasan tanda apa..nti balik cek
Pasal ubat gigi ni saya tak memilih. Kalau ada, saya gosok gigi. Kalau takda, selamba je bangun pagi kumur-kumur terus pegi kerja. Hahaha
ReplyDeleteape da...aku dah bace link yang ko bagi..cube bace betol2 smpai habis...
ReplyDeleteLooks pretty convincing, doesn’t it? Well, it’s an urban legend. Here’s the truth about those stripes
The story on the meaning of the stripes is this: They have nothing what-so-ever to do with anything that would even vaguely interest a consumer. Long story short, it only relates to packaging and the stripes can be read by a scanner.
The urban legend grew out of someone having way to much time on their hands and probably loves throwing a scare into people.
Here’s a great way to find out what really is the make-up of your toothpaste: READ THE INGREDIENTS ON THE SIDE OF THE PACKAGE!
Read More: Beware of Toothpaste Tubes With Black Stripe on Bottom | http://929thelake.com/beware-of-toothpaste-tubes-with-black-stripe-on-bottom/?trackback=tsmclip
hahaha, tajuk main peranan..padahal nak promote ubat gigi tu..
ReplyDeletesaya kureng suka sket tukar ubat gigi..asik ngan colgate jer lah..tp kat sini fatwanya kat halal...yg bersugi lak mcm best jer cr lyd describe tu..cam nak cuba jgk..
ReplyDeleteSblm ni darlie. Lps tu safi. Tp dua2 tu label hitam. Sekarang pakai colgate. Tp kdg2 tkr jgk. Ikt sdp la.
ReplyDeletewakakakaka..best laa penyampaian cik lady bird nim...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletePenulisan perkongsian santai yang sangat menarik. Kejujuran mesej dapat dirasakan. Penulis berpotensi menghasilkan bahan penulisan berimpak. Tahniah .
Saya dulu pengguna tegar safi kayu sugi. Sejak zaman student lagi dah guna.. But now 2018 saya dah tak gunakan dah..sekarang guna ubat gigi jenama MISMIS.Produk baru yang betul-betul produk orang melayu dan islam kita. Dijamin HALAL. Gigi pun rasa bersih. Tak ada bahan kimia (chemical) ni yang penting. Sebab MISMIS adalah ubat gigi NATURAL based yg ada KOKO di mana ia natural antibacteria. Ada juga cengkih, sirih dan daun pudina. Semua tu untuk kuatkan gigi dan gusi balik. Now dah tak ragu-ragu nak guna ubat gigi. Berangin dan nyaman. Korang kena cuba..lagipun kat pasaran sekarang terlalu banyak ubat gigi yang ada florida yang sebenarnya amat berbahaya terutamanya kalau adik-adik atau anak-anak kita tertelan. Saya dah berubah, korang bila lagi!
ReplyDeleteHALAL. Gigi pun rasa bersih. Tak ada bahan kimia (chemical) ni yang penting. Sebab MISMIS adalah ubat gigi NATURAL based yg ada KOKO di mana ia natural antibacteria. Ada juga cengkih, sirih dan daun pudina. Semua tu untuk kuatkan gigi dan gusi balik. Now dah tak ragu-ragu nak guna ubat gigi. Berangin dan nyaman. Korang kena cuba..lagipun kat pasaran sekarang terlalu banyak ubat gigi yang ada florida yang sebenarnya amat berbahaya terutamanya kalau adik-adik atau anak-anak kita tertelan. Saya dah berubah, korang bila lagi!
ReplyDeleteCuba korang tengok link Kat bawah ni.
https://www.instagram.com/_makeitsmile/?hl=en
https://www.facebook.com/mismistoothpaste/
ReplyDeleteSaya dulu pengguna tegar safi kayu sugi. Sejak zaman student lagi dah guna.. But now 2018 saya dah tak gunakan dah..sekarang guna ubat gigi jenama MISMIS. Produk baru yang betul-betul orang melayu dan islam kita punya. Dijamin HALAL. Gigi pun rasa bersih. Tak ada bahan kimia (chemical) ni yang penting. Sebab MISMIS adalah ubat gigi NATURAL based yg ada KOKO di mana ia natural antibacteria. Ada juga cengkih, sirih dan daun pudina. Semua tu untuk kuatkan gigi dan gusi balik. Now dah tak ragu-ragu nak guna ubat gigi. Berangin dan nyaman. Korang kena cuba..lagipun kat pasaran sekarang terlalu banyak ubat gigi yang ada florida yang sebenarnya amat berbahaya terutamanya kalau adik-adik atau anak-anak kita tertelan. Saya dah berubah, korang bila lagi!
Cuba korang tengok link Kat bawah ni.
https://www.instagram.com/_makeitsmile/?hl=en
https://www.facebook.com/mismistoothpaste/
Betul ke ubat gigi biasa ada tulang babiun... risau jugak teman nih
ReplyDelete