Iklan! Iklan! Sila Click!

19 May 2014

Kenapa JPJ Tak Bagi Tinted Cermin Kereta Sampai Betul-betul Gelap?

Sejahteralah ke atas kamu....

Semalam aku terrrr'tengok' rancangan Keeping Up With Kardashian, satu rancangan lagho yang memang takde fekdah langsung untuk kehidupan aku, tapi main tekan-tekan remote tetibe terpaku kejap tengok tambut baru Kim Kardashian. Dia dah buat rambut blonde yuollzz... Lagipun Kim dah makin berisi aku tengok. Nak lawan aku ke Kim? Hooonooo... 



Dalam episode yang aku ter'menonton' tu semalam, Kim keluar dengan mak dia dan seorang lagi kawan dia. Tapi bila sampai di shopping mall, Kim tak keluar pun daripada kereta. Dia menyorok daripada paparazi di dalam kereta yang bertinted penuh, gelap zulumat tiada cahaya keimanan langsung pun. Jadi, paparazi yang sibuk mengejar dia, memang langsung tak nampak dia ada dalam kereta tu. [Eleh, ntah2 berlakon je semua paparazi tu. Puih!]

Setakat itu, aku terfikir.... betul la.. ada la bagusnya tinted gelap ni [untuk retis femes macam Kim Kardashian.]. Boleh lindungi dia daripada gangguan peminat. Itu positive side cermin bertinted gelap. Tapi aku fikir jugak..... Cara yang sama juga penjenayah yang bertaraf 'WANTED' boleh nyorok daripada polis. Kan? Bagaimana kalau ada penjenayah yang sangat-sangat berbahaya, menyorok di dalam kereta bertinted gelap, polis dah ada di luar kereta tu tetapi tak nampak penjenayah tu? Maka penjenayah tu akan terlepas. Bahaya juga kan?

Aku sempat lagi merasai hidup zaman 90an. Seingat aku, bermulanya akta larangan memasang tinted gelap pada cermin kenderaan ni berpunca daripada satu kes culik dan rogol yang mana mangsa tu cuba meminta tolong daripada orang ramai yang ada di luar kereta pada masa tu, tetapi orang tak nampak mangsa sebab cermin kereta yang digunakan untuk membawa mangsa itu ber'tinted' gelap. Aku pun dah lupa-lupa ingat details kes tu, tapi lebih kurang gitu la jalan cerita dia. 

Memang, aku tak nafikan ramai yang bertaki di laman sosial tentang isu cermin tinted gelap ni sejak isu ni ditimbulkan semula oleh pihak media baru-baru ini. Aku faham betapa pentingnya cermin kereta di'tint' sampai gelap demi keselamatan dan menahan cuaca panas. Ramai yang bagi contoh, kalau perempuan memandu kereta berseorangan pada waktu malam dan sunyi, sekurang-kurangnya, penjenayah tidak akan nampak mangsa dengan begitu mudah sehingga boleh dijadikan sasaran untuk merompak/merogol/meragut. Betul la tu. Aku pun setuju. 

Kalau pasal cuaca pun aku setuju cermin kereta bertinted, tapi tak perlu sampai terlampau gelap. Aku rasa limit yang JPJ tetapkan untuk gelapkan cermin kereta tu dah mencukupi bagi melindung kulit putih gebu rakyat-rakyat Malaysia ni daripada sinaran matahari. So, kalau alasan nak tinted cermin gelap pasal cuaca, itu namanya memang lebih straw daripada air oren.

Bagi pendapat peribadi rakyat kuli macam aku ni, isu cermin gelap ni, aku setuju je dengan peraturan yang JPJ dan tetapkan tu, cuma aku agak tak setuju kalau peraturan macam ni hanya dikenakan kepada rakyat biasa sedangkan pembesar negara dibolehkan pula memasang tinted gelap cermin kenderaan mereka. Ini tidak adil. Takkan la keselamatan orang atasan je yang penting, keselamatan rakyat tak begitu penting? 

Aku ni rakyat Malaysia yang mematuhi undang-undang, tapi aku sangat tak setuju kalau seseatu undang-undang itu ada kelonggaran untuk 'sambadi'. Dah tu, nak buat sangat peraturan, tapi ada pilih-pilih bulu hidung dalam perlaksanaan. Apa signifikannya peraturan itu dibuat? Ini bukan pasal tinted kereta je. Boleh dikatakan semua peraturan dan undang-undang kat Malaysia ni, orang besar yang ada kuasa, tak perlu patuhi pun, contohnya seperti saman, denda, kompaun dalam apa-apa jua institusi. Jadi, aku hanya mampu memandang tanpa suara dan berdoa di dalam hati agar fenomena sebegini akan berubah, iaitu setiap peraturan jika ingin dilaksanakan di negara bertuah khazanah kita ni, perlu dipatuhi oleh semua golongan tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Ye, aku tahu, harapan ini semua adalah lebih palsu daripada bulu mata Cik Ta dan tak mungkin akan berlaku pun keadilan seperti yang aku harap ni. Tapi aku harap je la. Berharap tak kena bayar.

14 comments:

  1. Kat Malaysia ni undang-undang pakai ikut kasta. Kalau kasta tinggi, banyak je benefit, kalau kasta rendah macam kita ni, banyak yang tak boleh lagi daripada yang boleh.

    ReplyDelete
  2. pakai la cemin mata hitam ;p yg nk tinted hitam gelap tu sebab bila dia bawak skndal org tak nampak ;p

    ReplyDelete
  3. Tp rin punya cermin tinted xgelap sgt..tinted biasa..xbest sbb pns..haha..suka yg gelap.sikit tp.nti jpj kacau

    ReplyDelete
  4. hari tu ada terjumpa satu kereta yang cerminnya hitam gelap gelimat
    boleh pulak lepas bebas kan

    ReplyDelete
  5. kalau drive sorang2 perempuan rasa selamat sikit tinted yang orang tak nampak sape kat dalam keta tu...tapi keta saya tinted biasa2 je...masih jelas nampak sape dlm keta ahahah

    ReplyDelete
  6. apa lagi yang nak ku kata, sangat setuju belaka dengan kata2 mu ini, and tak perlu risau, kim takkan boleh lawan u punyer. hek hek hek

    itu hari masa I nampak sekonvoi polis kat isni berhenti kat trafik light merah, terus I terfikir sejenak, kalau polis kat malaysia yang segerombolan macam ni, depa benti ker trafik light? macam tak pernah nampak jer. ok tak seiring topik perbuialan, tapi masih bersangkutan,,, no?

    ReplyDelete
  7. aku pun masih ingat yg kes tu. pendapat aku, apa regulation yg dikeluarkan oleh JPJ tu dah memadai. tp kalo orang still nak tinted gelap drpd tuh, aku no hal sbb yg amek risiko tu diorang. bukan aku. hehehe...

    ReplyDelete
  8. undang2 pilih bulu namanya.mentang2 la bulu kita tak berapa kelass...huhu

    mmg cermin hitam ni ada pro kontra,tp dah dimaktubkan peraturan ikut je la

    ReplyDelete
  9. limit ketelusan cahaya yang ditetapkan 50% tu tidak memadai. masih panas dan silau kalau kereta belakang follow. elok diturunkan sikit ketelusan cahaya tu kepada 40-35% dan tahap ni masih lagi nampak orang di dalam tu.. apa yang ramai tak puas hatinya, kebanyakkan anggota jpj main tahan dan terus keluar saman or notis tanpa buat pemeriksaan menggunakan alat pengukur cahaya tu. asal nampak tinted je terus tahan. mana2 yang terlalu gelap tu memang patutla kena saman sbb sudah tentu melebili limit dibenarkan. tapi yang tak berapa gelap terus je keluarkan notis pemeriksaan semula di jpj. buang masa dan terpaksa ambil cuti. kalau datang pagi tu petang baru settle. last2 lulus ketelusan cahaya tu.. menyusahkan orang..

    ReplyDelete
  10. saya setju.hihi
    ala kim mana ada nak lawan mommy lyd pon..

    *cikgu tadika kemas ramai sebab kat sini dok ada 6 kelas. murid 6 tahun & 5 tahun..
    **so, pembantu pon dok ada 6 la jga. satu kelas seorng pembantu :)

    ReplyDelete
  11. Org lain punya angkara orang lain jadi mangsa. Malaysia kan panas skrg ni. Sbb tu la kena pakai tinted gelap

    ReplyDelete
  12. Letih tgok diorg bertekak pasal tinted gelap ni...mls nk baca..keta SA mmg tinted tp ikut procedure yg sepatutnya la....

    ReplyDelete
  13. I bukan Kim K mahupun Che Ta, maka cermin kereta kita tinted ikut peraturan ditetapkan. Malaslah kalau kena stop pastu nak bargain-bargain , bagi duit kopi bagai. Letih den. Ada baik buruk sebenarnya cermin tinted gelap ni. Kalau pasangan kekasih tu memang suka lagi gelap tak nampak apa dari luar ler :)

    I tengok Lyd ngan Kim K sama aje. Cuma dia tak tutup aurat ler. By the hi-way, apa yang best sangat pasal Kim K ni? I lansung takda sanjungan pun kat dia nih ...

    ReplyDelete
  14. Sekarang ni guna tinted perodua bg je. Tp nnt nak tmbh skt je lagi sbb ada tinted free kedai kete bg. Hehe..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...