Iklan! Iklan! Sila Click!

29 May 2014

Cerewet Membeli Baju Untuk Budak Yang Dah Toddler Ni

Sejahteralah ke atas kamu...

Nak gossip pasal Luth ni skit. Luth ni halus je budaknya. Dia bukan spesis sedobok macam mama papa dia. Lengan kecik je, betis kurus je. Selama ni kalau nampak dalam gambar besar, tapi for real dia kecik je. 
 
Budak Hingusan
Baju-baju dia kalo ikut ukur bahu, dia muat lagi pakai baju umur 6-12 bulan. Baju yang 0-6 bulan pun masih muat badan, tapi masalah dia ialah baju-baju tu senteng la. "Nampak pusyat shaye la mama". Pastu kalau seluar pulak bahagian cawat memang kat getah pinggang memang bawah pusat dah nak sampai ke bird dia dah. "Shian shaye mama".

Aku harus membeli baju baru untuk Luth. Tapi, dalam tak sedar baru aku tahu yang aku ni cerewet kerawit sangat. Dah 2 hari aku gugel nak beli online baju untuk Luth, tapi semua aku tak berkenan. Kalau masa dia baby dulu aku banyak je berkenan dengan baju2 comel. Ye lah, dulu boleh la pakai romper. Pastu pilihan pun corak yang sweet2 je kartun pada baju tu. Warna pun warna suci je.

Sekarang bila nak cari baju untuk si toddler ni sikit punya susah sebab mostly baju-baju yang ada di pasaran  berunsurkan; 

1.  Super heroes

2.  Yang ada logo branded besar-besar - Sedebok logo adidas sebesar-besar laman pada baju. Ataupun logo sulaman Polo [lelaki berkuda], atau Guess, atau GAP.

3.  Logo Kelab Bola sepak - Tak kira la Elephant Army ke, JDT ke, Brazil ke, Italy ke, Liverpool ke Chelsea ke dan lain-lain.

4.  Set baju dengan seluar pendek. - Walaupun anak aku kecik lagi, aku macam kurang berkenan tengok dia berseluar pendek. Nampak tak kena. Mungkin sebab kaki tak putih gebu. Heheh. Dulu masa baby tak pe la.

5.  Karektor kartun - seperti minion, sponge bob, upin ipin, boboi boy dan seumpamanya.

Kalau baju tu ada salah satu daripada  elemen yang aku senaraikan kat atas ni, memang aku tak beli le baju tu.

Aku nak mencari pakaian yang paling neutral sekali untuk Luth, supaya dia tak nampak seperti cenderung kepada apa-apa sekali pun. Aku nak cari t-shirt lengan pendek biasa, kalo boleh yang kosong atau corak yang minima bersama seluar panjang. Seluar 3/4 pun aku tak suka.  Tapi aku perasan, baju Luth banyak belang-belang dan warna oren ke kuning. Minat sangat makan tempoyak kot aku ni. So, sape ada jual baju seperti kriteria yang aku nak ni boleh la cuba promote kat aku.

TAPI... Kalau orang bagi, aku pakaikan je kat anak aku. Yang aku cerewet ni kalau aku beli sendiri. Benda yang dah ada aku takkan membazir dan sia-siakan. Hahaha.
 
Haaahh.. Kemain cerewet aku ni. Belum lagi part nak pilih menantu nanti. hehe. Takpe, menantu aku dah ada calon.

19 comments:

  1. Gigih giler memilih. Aku pulak masuk je kedai baju budak terus jadik giler. Bawak sepoloh hengget nak beli selai baju t shirt je cekononnya tapi balik habes lapan puluh hengget. Nanges! Jemput singgah: Resepi Rendang Pedas Wan Dolly

    ReplyDelete
  2. jgn kala lyd. lya pon gitu. tp cabaran kat lyd sbb baby boy, mmg terhad sgt patern baju dia..kalo girl, walaupon beso b'design-design. tp lya sndri ssh nk cari bju asya, y bsr2 susah nk cari y bkenan di hati..x mcm time kecik, smua tgk bkenan.

    lya, klo bju2 y unsur mcm lyd nk tu biasa byk kat reject shop, F.O.C, branded outlet.. lya pon klo t-hirt asya mmg beli kat kdai2 ni.. kalo msuk pasaraya, mcm brand disney, bum dll..mmg design dia camu je la..dgn kartunnya.

    ReplyDelete
  3. Sama lah kita lyd. Agak cerewet gak memilih baju. Dah lah baju budak lelaki tak banyak choice. Design lebih kurang sama jewr.

    ReplyDelete
  4. Teringat anak saudara saya yg masa kecik2 sangat halus, nak dukung dia pun risau, takut tulangnya patah sebab kecik sangat. Sampai mula masuk sekolah rendah masih kecik juga, tapi bila masuk darjah 4 dah nampak perbezaannya. Sekarang umurnya 14 tahun berat dah berkali ganda dari berat saya, hehehehe (semuanya akibat sayang anak, bagi makan siang malam...)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum lyd...hehehee mak nyer yg cerewet yer....sama mcm anak mama kalau nak beli baju Awisy mmg x suka yg ada katun2...suka yg simple tapi kalau baju tidur tu x apa juga ada katun sikit2kn..:)

    ReplyDelete
  6. uitt cerewat betoi hang ni lyd!kaler sendiri dan jahit sendiri ler cenggitu..jgn marah aaaa...heehehehehe..(^_^)

    ReplyDelete
  7. Hihihii..taste kita sama la Lyd. Saya pun pening tgk baju superheroes @ yg tak berapa hero tu. Sila la rajinkan diri gi soping kat sogo atau soping oomplex lain. Susah cari baju toddler online nih..

    ReplyDelete
  8. huii dah ada menantu pilihan ;p less is more gitewww

    ReplyDelete
  9. kat pasaran memang banyak gambar kartun bagai baju budak..sebab mereka tahu budak memang suka macam-macam karekter kartun ni. amboii, dah ada calon menantu si Luth ni...bukan main lagi yer.

    ReplyDelete
  10. Memang nampak cerewetnya di situ. Hehe. Jangan Luth dah besar jadi cerewet jugak dah la.

    ReplyDelete
  11. Amboi, dah ada calon siap-siap. Tak kasi pre-book ler tu :)

    Memang comel si Luth ni. Sebiji ikut Mamanya (jangan perasan dulu ikut muka mama bukan Luth comel macam mama ....) Kriteria yang you nak tu, memang susah sikitlah Lyd. Tetiba teringat kat HD. Kalau beli baju dia mesti takda tulisan di depan, takda gambar, plain sesaja pastu boleh pulak nak demand warna -hitam, putih atau biru je. Warna-warna ceria macam kesukaan isteri mithalinya ni langsung tak minat.

    I tak ada online biz jual baju kanak-kanak. Kalau ada dah lama I promote kat sini tau!

    ReplyDelete
  12. Ala lyd...cari kat pasaraya cantik2 gak baju budak lelaki ni...saya suka pakaikan baju berkolar sama seluar panjang. ...nampak macho sikit...maknya yang cerewet sangat ni...anak main sauk je baju tu....hahaha

    ReplyDelete
  13. saya pun tak suka baju tu besar gedabak GAMBAR kat depan..kalau boleh nak yang corak petak2 ke,belang2 ke,,dan berkolar,..seluar paling masalah nak cari..tapi sekarang ni saya jumpa dah satu kedai jual baju dan seluar yang berkenan kat mata ni....seluar panjang jeans dan ada yang kaler blocking lagi..memang tiap2 bulan situ je kedai kalau nak beli baju2 mikhail.

    ReplyDelete
  14. setuju yg no 4 tu.saya pon x berapa berkenan dgn sluar pendek.. walaupon utk usia anak sekecik ini..

    ReplyDelete
  15. sampai dok atas lantai sbb tggu mamanya beli baju tapi tak terbeli2 yer luth ... ha ah , cerewet lah tu . heheee

    ReplyDelete
  16. Hehehe..dah ade calon menantu tuh..heheh.."adakah orng lain lg selain sy auntie"?..heheh
    rsnya taste kita lebih kurang kot..tp cam kami particular bab2 baju ..prefer ygtakbergambar..tak elok kan..malaikat tak masuk dekat...tp tuhlah susah nak carik yg ikut standard tuh..terpaksa jgk longgarkan syrt kdg2..:)

    ReplyDelete
  17. Bj bdk lelaki xde byk plhn. Balik2... itu le. Kalau bdk pompuan syok hbskan duit. Keh3...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...