Skip to main content

Aku Kecewa Dengan Malaysia Tapi Aku Taknak Pindah Singapore

Sejahteralah ke atas malaysia. eh. Ke atas kamu...

Aku kecewa Malaysia kalah Piala Thomas semalam. Tapi aku tak salahkan pemain-pemain Malaysia. Mereka semua dah main sungguh-sungguh, bukan sekadar menjadi lauk cicah budu je kepada pasukan Jepun. Bila tengok kemenangan Jepun, aku terasa macam tengok drama Jepun ala-ala Meoro Attack yang pasukan underdog dapat pergi final, lepas tu sengit lepas tu tadaaaaa..... menang. Memang sangat Jepun. No, actually aku kecewa sebab hari ni tak cuti. Hahaha.

Lagi satu aku kecewa pasal coklat Cadbury. Ko bayangkan le perasaan aku yang baru je promote pompangpompang pasal betapa sedaknya cekelet Cadbury yang dijadikan pencicah buah strawberry. Sekali harommmm plak dia. Sekali ada piggy piggy oink oink plak dalam tu. Dah berapa kilo dah babi masuk dalam sistem perkumuhan aku. The worst is, that oink-oink dah jadi darah daging aku. No wonder la aku....... [sila penuhkan sendiri]. 

Aku bukan kecewa pasal tak boleh makan coklat Cadbury tu. Tapi aku kecewa sebab pada label coklat Cadbury tu ada logo HALAL. Bukan halal Asia Pasific ke Republic China ke atau benua Afrika, tapi HALAL JAKIM. Betapa lamanya kita dok percaya yang setiap makanan berlabel HALAL JAKIM itu adalah halal tapi secara tak sedar sebenarnya tetap contain porcine, apatah lagi yang takde logo halal.

Setakat yang aku ambil tahu,  begitu banyak sekali produk yang ada logo halal JAKIM mengandungi bahan E470, E471 dan segala E yang dikatakan terhasil daripada babi [aku suka baca ingredients pada sampul makanan sbb konon-konon nak cuba buat sendiri kat umah. hahah.]. E merujuk kepada emulsifier atau dalam bahasa melayunya, penstabil/mengimbang. Ada E untuk pewarna, ada E untuk rasa tiruan dan sebagainya.Kekeliruan aku terjawab sekejap bila dalam rancangan Ejen Halal di TV Al Hijrah menjelaskan bahawa sebarang produk yang menggunakan bahan E yang dibuat di Malaysia adalah halal. Gitu pulak. Dah tu Dairy Milk Cadbury apa citer?

Aku yakin, banyak lagi produk yang kalo kita test guna mesin pengesan DNA tu akan mengesan DNA Cik Biba. Aku nak mencadangkan, pekata mesin pengesan DNA Cik Biba tu dipatternkan utk dijual kepada orang ramai. Biar orang ramai sendiri yang uji makanan mereka sebelum mereka makan makanan tu.

Comments

  1. kecoh pasal ni..cuba puasa dari bercoklat lah ye..

    ReplyDelete
  2. sejak kebelakangan ini banyak perkara mengecewakan dan mengelirukan berlaku. sampai bila ntah.majoriti islam nikan?????

    ReplyDelete
  3. Aku pun kuciwa jgk..bengang sbb cekelat tersedap itew..ada khinzir plak..phuiii

    ReplyDelete
  4. I cakap kat boss pagi tadi, countrynya menang Piala Thomas, dia tunduk-tunduk haitt, haitt ucap terima kasih tanda gembira. Pastu I tenung aje muka dia...Dia tanya kenapa, kecewa ke kalah semalam? I kata kalah tu I tak kecewa, tapi kenapa company tak bagi cuti sehari sebab menang? Kalau Malaysia menang, dah tentu-tentu Jepun yang bekerja kat Malaysia pun cuti gak kan .... Langsung takda semangat patriotik, I am sorry!

    Part Cadbury pulak .... I memang sedih sayu pilu habis. Mana nak cari cekelat best lagi? Cik Biba tu pun satu, kalau boleh dalam semua senarai ingredient kat belakang label makanan dia nak tertera sama. Melampau betul nafsu kepopularan Cik Biba ni. Rasanya terpaksalah berhenti beli Cadbury. Oh, sedihnya... tukar ke Oat Chocolah tapi yang itu pun buatnya di PRC.

    ReplyDelete
  5. Campuran tu ikut batch. Mgkn batch sblm ni dari sumber halal tapi batch yg tu dia org source dr lain tapi tak inform...cadbury takde pegawai yg pantau sourcing ke? Atau kena overulled dgn org atasan sbb tekanan cost?

    ReplyDelete
  6. setuju!ntah ntah kat luar tu belambak lagi kot ade cik vavi tuh..

    ReplyDelete
  7. pada pendapat sayalah, JAKIM akan test produk2 tu dari semasa ke semasa.. yang ada DNA porcine tu dalam batch tertentu..mungkin tercemar.. batch sebelum2 ni mungkin tak ada.. mungkin, JAKIM nilai semula produk2 ni bila sijil halal syarikat akan tamat tempoh..sebab tu baru sekarang dapat tahu, sebelum ni mungkin tak ada..sebab tu diorg boleh dapat sijil halal.. apa2 pun kalau was2, jgn makan.. (hanya pendapat)

    ReplyDelete
  8. Selama ni fikir coklat diperbuat drpd koko je...tak terfikir pun pasal lemak tonyok tu dalam coklat. Lebih-lebih lagi coklat yang dikilangkan di Malaysia dan ada cop halal. Baru je beli berpeket peket Cad-buried utk buat hantaran adik. Bagi jiran non Muslim la nak nampoknya

    ReplyDelete
  9. sy mmng dh lama tak makan sejak ada isu kod E tu..rsa was2 plak..

    ReplyDelete
  10. kan..bagus kalau ada alat cmtu..sy baru je beli cadburry yg bulat ada nut dlm tu..1 balang kau..sempat mkn 4 bijik,..alih2 masuk berita,,..jebon betullaaaa

    ReplyDelete
  11. Macam ada yg tak kena aje, mengapa lepas 3 bulan buat ujian makmal baru Kementerian Kesihatan nak sahkan ada DNA babi?? Mengapa sembunyi fakta...ada ape-ape tak nak kasi tau ke??? Yg Jakim pula...adoooiiii..tak nak komen panjang2 takut terkeluar macam2...

    ReplyDelete
  12. aku pun kecewa tak dapat cuti. hahaha...

    ReplyDelete
  13. Ok. Aku gelak2 guling baca entri ni. Tapi aku nak bgtau ko yg aku pun turut terasa tempias keciwa sbb cadbury mmg sedak nokss!

    ReplyDelete
  14. Yg sy perasan logo halal tuh sewenang2 nyer digunakan..kalau kat sini byk produk yg kita tgk chop tuh walhal takder pun certified dr mana2 jabatan ag am dlm negara atau luar..
    tak dpt makan cadburry takler keciwa sgt tp sedey jgk lah sbb termakan dna makhluk tuh...huhuh

    ReplyDelete
  15. Mmg x suka cadburry sejak dulu. Entah apa yg sedap entah. Haha... Suka vochelle sbb rs antara susu dgn coklat tu seimbang. Tp bkn x pnh consumed cadburry. Pnh. Samak je la dg air zam2. Huhu...

    ReplyDelete
  16. kat rumah ni masih ada sekotak besar coklat jenama cadbury tak terusik...

    ReplyDelete
  17. Kan Lyd.. Sedih sebab rasa macam kita ni tertipu + tak selamat dengan makanan dari negara kita sendiri..
    Dah berapa banyak ianya mnjadi darah daging kita selama ni.
    Patutla sedap dari yg lain Cadbury ni

    ReplyDelete
  18. memang takkan pernah habis kalau nak cakap isu halal haram utama bab makanan ni, tu yang kadang2 bila orang asyik persoalkan halal haram our food di jerman ni, i selalu jawap "bukan jakim jer yang Islam" muehehehe. ok tak kelakar, tapi I meant it.

    ReplyDelete
  19. mmm, apa nak dikato.
    baru ni pi tesco, smua coklat cdbury hazelnut, tulis label non halal. dh siap masuk dlm troli di asingkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya