Skip to main content

Supplement Untuk Kanak-kanak Berasaskan Makanan Sunnah

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku ni selalu je poyo ala-ala yang macam nak bagi makanan-makanan sunnah kat anak aku. Ubat-ubat moden ni macam bo-layan la konon. Padahal kalau anak demam, bawak pegi hospital jugak. Sebab tu aku kata aku poyo. 

Aku selalu bagi anak aku makan kurma. Korek isi lembut kurma tu, suap kat anak. Alhamdulillah dia memang suka. In fact, anak aku sedang dalam waktu dia nak merasa semua benda. Semua benda yang orang sua ke mulut dia, dia nganga je. 

Selain kurma, aku ada juga bagi madu. Dalam masa yang sama, aku nak jugak bagi dia makan kismis, badam, buah delima, makan sayur, buah tin, habbatus sauda dan banyak lagi la. Tapi tak kuasa aku nak suap satu persatu. Buang masa. Hahaha. Melampau plak aku rase bila aku ckp buang masa ni. 

Jadi, aku decide untuk bagi anak aku makan satu produk all in one. Yang semua sekali dah ada. Aku belum pernah cuba sebelum ni, ini kali pertama nak try. Barang ni pon baru je sampai ke tangan aku pagi semalam. Qaseh Gold Junior. Tak tau la cemana hasil dia. Aku hanya nak mencuba je.

Nampak tu ada gambar astronaut pada kotak. Kot-kot bila minum ni anak aku jadi astronot macam Sheh Muzapa ke kan.

Yang paling menarik aku rasa dalam produk Qaseh Gold Junior ini ialah ia mengandungi GAM ARAB. Aku ni kan suka sangat apa-apa yang ada unsur keARABan. ;p


Gam Arab ni katanya merupakan unsur prebiotik yang baik untuk usus. Di dalam bahasa Arab, gam arab ni dipanggil Manna. Ada dalam surah Al-Baqarah yang menceritakan tentang makanan terbaik daripada syurga yang Allah turunkan kepada kaum Yahudi tetapi mereka tidak bersyukur, manna dan salwa.

Sumber gambar
Harapan aku agar produk ni berkesan untuk si soleh baik taat, Luth aku tu.

Comments

  1. kitalah yang membentuk peribadinyerkan.. makanan memang wajib dijaga untuk kebaikan masa depan mereka...

    ReplyDelete
  2. anak ema langsung tak makan kurma... nak try jugalah nanti.

    ReplyDelete
  3. insyallah.
    nama pun nama nabi..
    mesti jd anak soleh.

    genius kan mak ayah dia letak nama Luth..

    mmm

    ReplyDelete
  4. Ada bahan pengawet? Jenis apa pengawet tu? Takut khasiat itu tak jadi seberapa berbanding bahaya bahan pengawet kpd budak kecil...

    ReplyDelete
  5. anak dara SA susah bab2 supplement ni...nak kena paksa...

    ReplyDelete
  6. Qaseh ni popular la jugak sekarang. Dulku bg budakw dua beradik ni jus tok guru.

    ReplyDelete
  7. boleh try jgk ni bg pd anak...makanan yg baik membantu minda anak2..

    ReplyDelete
  8. bagus ni... pentingnya amalan pemakanan yng baik untuk membentuk sahsiah anak2 kan !

    ReplyDelete
  9. sy pun biasa jugak bagi acicha makan kurma biasanya letak dlm oats lah sebab nak bg rasa manis sikit kan tanpa letak gula..
    yg manna tuh cam menarik..teringin nak cuba jgk tuh..

    ReplyDelete
  10. Tak pernah pulak mencuba produk ni. Kalau makan ni taknak jadi angkasawan pun ok gak kan...

    Selalunya beri kurma aje. Superheroes di rumah ni kalau beli yang cam dalam gambar ni, mereka minum macam tiada esok bagimu. Licin tak ikut peraturan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya