Skip to main content

Spaghetti Sup Berdaging Dengan Telur Puyuh

Sejahteralah ke atas kamu...

Nama masakan kalau tak diva memang tak masterchef la kan. Aku tengah diet tak makan nasi during weekdays. [Tapi tidok le kurus pun sebab tak makan nasi tapi aku dok melantak coklat tiap2 hari.]. Semalam suami aku ada meeting sampai malam. Memang selalunya kalau dia balik lambat maknanya aku pun tak perlu masak nasi untuk dia.

Punye la aku kerah otak aku nak masak apa untuk diri sendiri makan berseorangan, akhirnya resepi ini juga yang aku pilih. Spaghetti, rebus seperti biasa. Lawannya aku pilih untuk buat sup daging batang pinang yang aku beli Ahad sudah. Bahan-bahan lain cincai boncai je la; aku hanya ada park choy [biasanya orang letak sawi], fish cake atau fish ball pun takde, tauhu pun takde, carrot pun takde. Rasukan ablasa saja la, janji boleh makan, kenyang perut gendut suka hati sambil bergendang dan bermain tali kecapi.

Telur puyuh aku beli dengan harga RM2.80 [15 biji].

Sempoi je masakan aku. Takyah beriya sangat sebab sendiri mahu makan kan. Lagipun aku bukan reti masak pun. Setakat nak bagi kenyang tu bleh la. Kalo untuk hidang kat orang, memang buat malu je. Bleh jatuh reputasi sebagai wanita anggun.

Spaghetti nya dah terselindung disebalik sayur dan daging. Spaghetti tu aku rebus tak la 'ala-dente' sangat seperti yang standard piawaian untuk orang makan spaghetti. Sengaja aku rebus terlebih masak sebab aku suka spaghetti tu lembut dan takyah kunyah beriya [aku ni kan sangat tak rajin mengunyah].

Sambal kicap cili campur bawang putih tidak harus dilupakan. Ini adalah mandatory kalau aku nak makan any mee yang bersup. Tak payah kata mee la. Aku makan Domino Pizza pun dgn kicap cili ni. Sedap ya amat ko tau. Ni kalau founder Domino dapat tahu ni, silap-silap dia amik idea tu untuk serve kicap cili kat semua rangkaian restoren Domino kat Malaysia.


Resepi ni aku rasa tak perlu share pun sebab sup yang aku buat tu memang simple sesangat. Resepi ni kalau nak kata mee sup versi Terengganu pun boleh juga cuma tak cukup bahan. Resepi asal perlu ada fish ball [yang buat gentel sendiri lagi meletopss yuolss], kena pecahkan telur dalam sup tu [tapi aku tak mo makan banyak sangat telur, nanti kuntuit bau tulur hakhakhak].



Comments

  1. Melting weyhh..
    Sat g nk g kantin..
    Lapo dah nih weyhh

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan....x pernah lg try buat sup spaghetti...sesekali nnt nak try ler...hihih

    ReplyDelete
  3. uitt sedap nya..telur puyuh tu yg sedap..

    ReplyDelete
  4. ya allah...terliur SA ha....Lyd...mana ada Lyd gems la...ok je masa terserempak hari tuh....saje je lyd ni tau...

    ReplyDelete
  5. Makan Domino dengan sambal kicap Lyd?
    1st time dengar ;)

    Tp tengok tang sup tu memang terbaik!! :)

    ReplyDelete
  6. hahahaha .. bijak² ganti mee dgn spagetti mmg blh jadi menu diet

    ReplyDelete
  7. walau tak dapat rasa....tapi kan ...tgk gambar macam sedap..sebab sup daging tu Nampak 'very kaw'!

    ReplyDelete
  8. Kat rumah ni semua tak mkn spaghetti. ..mkn mi kuning pandaila

    ReplyDelete
  9. hehehe mmg nampak sedap sgt. Samalah kita hantu sambal kicap pedas!

    ReplyDelete
  10. baru kelmarin masak spageti...tp akak tuang sos prego ja haha...

    ReplyDelete
  11. mmg telan liur lah tengk gambar pun...sedap lyd ..cuba kongsikan resepi sket weyyyhh

    ReplyDelete
  12. Dah telan air liur ni...terliur sungguh nengok fotonya. Makan nasi kosong berlaukkan foto resepi Lyd ni pun jadilah....

    ReplyDelete
  13. ntah kenapa, semalam tetiba mengidam apa-apa yang bersup dan daging. terus keluar rumah, pegi keta and cari kedai yh ada sup daging.heheheh
    and coincidentally ada pulak dikongsi kat sini jugak.hahah

    ReplyDelete
  14. Mee kuoh kampung Pek yang femes di kelantan, macam ni la I bayangkan masa baca ilustrasi kamu ni Lyd hehehehe. I pun mulai sekarang nak buat stok sambal kecap tu la sebab nak blacklist budu and belacan buat sementara pantang nnt hihihi. thanks for the ilhami.

    ReplyDelete
  15. sedap ke tak sedap ni kak? sekarang banyak pakai spaghetti dr mee...mcm ema semalam makan laksa johor pn dari spaghetti...

    ReplyDelete
  16. amboi...sedap juga tu...cincai pun asal ada daging....sedappp

    ReplyDelete
  17. sedap ni mkan sensorang pon layan sbb ada sambal kicap tu.
    blom pernah lagibbuat spaghetti bersup.ceng gini :)

    telur puyuh lama dah x mkn ...

    ReplyDelete
  18. Boleh buat sup rupanya spaghetti ni, biasanya orang buat letak sambal je.

    ReplyDelete
  19. klu dah suka kicap , mkn dgn apa pun sodap ... telur puyuh tu mkn dgn sup mmg mengancam .

    ReplyDelete
  20. Makan dengan telur puyuh memang best. Tapi nak kupas tu yang malas. hehehe

    ReplyDelete
  21. bunda belum pernah jumpa lagi...nampak cam sedap jer..

    ReplyDelete
  22. Bkn ke telur puyuh banyak kolestrol? Hik3...

    ReplyDelete
  23. lyd, cmna na ckp erkk. tahu tak bangunan miyc ke myc ntah lupa la. dpn bngunan tu ada petron. msuk dlm sikit nmpk 7e. sederet tu je.

    ReplyDelete
  24. Lyd, ni kata tak reti masak untuk orang kahwin? Hahaha... Terliur sekejap. Nasib baik tak baca hal spaghetti sup ni minggu lepas. Kalau tidak, dah tentu kuhentam keromo buat kat rumah. Oklah spaghetti sup cicah sambal kicap tapi part pizza cicah sambal kicap ni.... I tak tahu ler kalau Domino nak cilok ini idea....Hehehe....

    Kalau tak makan nasi, kita hentam lain-lain carbo kira alright ek? Nak buat cam gitu jugalah nanti :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya