Skip to main content

Yang Ke Number Five

Sejahteralah ke atas kamu...

Menunaikan haji apabila mampu. 'Apabila mampu' atau 'setelah mampu' atau 'wajib mencapai mampu'?

Ibu dan pak dah kembali ke tanahair daripada menunaikan umrah pada hari Ahad lepas. Kami sambut ketibaan mereka berdua dan sempat la jumpa mereka sekejap sebelum mereka terus naik bas rombongan makcik Normah, balik ke Kuantan. 

Pertemuan yang sekejap itu..... memberi kesempatan kepada ibu untuk berpesan kepada aku, "awak orang ni semua, kalau ada rezeki, pergilah haji masa masih muda ni. Senang nak beribadah, tubuh badan masih sihat, masih kuat".

Bengkak kaki Pak sebab banyak berjalan

Walaupun Pak bukanlah orang yang gemuk, kaki bengkak jugak. Rasanya kaki ibu pun bengkak. Bukan mereka je, kaki Pakcik We pun bengkak. [Pakcik We tu jiran seblah umah ibu. Dia pun ikut serta juga dengan rombongan umrah ni.]

Jika mengikut kefahaman aku yang lama, menunaikan ibadah haji apabila mampu ni, maksud dia, kalau takde duit takpe, takyah buat, bila dah mampu baru la buat. Ternyata salah pegangan tu. Maksud apabila mampu di sini ialah, bila cukup syarat, cukup duit, cukup simpanan, maka kamu memang WAJIB pergi haji, kalau tak pergi bila cukup syarat tu maka berdosa. Manakala kalau tak berduit lagi, maknanya perlu berusaha-struggle-sedaya-upaya untuk mencukupkannya, bukan menunggu duit tu secara tak sengaja menjadi cukup. Tak faham angkat tangan. 

Aku harap aku dapat pergi haji semasa aku masih muda ni. Aku pun dah nak hampir masuk ke usia tak muda lagi. Tinggal beberapa tahun je lagi ni. Tapi simpanan ni aduhaiii....

Comments

  1. SAYA PUNN KALAUA DA DUIT SEKARANG NAK PERGI SEKARANG JE.DAH TUA NANTI TAKUT MENYUSAHKAN ORANG PULAK.ORANG PUN NAK BERIBADAT JUGAK NI KERJA NAK NGUSUNG KITA JE..

    ReplyDelete
  2. mak aku pun pernah pesan benda yg sama. sruh pergi haji time masih muda nih.

    ReplyDelete
  3. SA pun sama...kalau cukup duit memang nak pergi...insyaallah sampai masa nanti pergi la kita ye...usaha sampai boleh pergi...

    ReplyDelete
  4. harap juga dapat pergi ke sana.. syukur emak dan ayah dahpn balik ke sinikan..sama ngan masa emak dan apak akak juga gamaknyer..

    ReplyDelete
  5. Teringin sgt nk pergi umrah..membuak2 keinginan tuh

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah selamat sampai, InshaAllah doakan sama-sama dapat ke sana kan.

    ReplyDelete
  7. salam lyd, sori lama tak dtg melawat besan nie..byk sangat halangan..
    btul kata bapak mertua lyd tuh..nak buat haji ker umrah ker..waktu mudahlah paling bagusnya...marilah kita sama2 menabung dr sekarang ..inshaallah

    ReplyDelete
  8. Betul Lyd...kalau nak seribu daya tak nak je yang berdalih-dalih...duit boleh cari,kesihatan makin hari akan menurun,jadi rebut peluang sewaktu badan sihat

    ReplyDelete
  9. Betul tu. Masa muda ni lah syiok gi. Tapi tu lah, duit simpanan tak berapa nak cukup nih.

    ReplyDelete
  10. Arwah Atok I kan, dari awal2 dia cakap dia kalau boleh nak mati kat Mekah sebab mak dia pun meninggal kat Mekah jugak, pastu rezeki tuhan bagi dapat la finally dia pergi buat haji, and sahabat karib dia yang turut serta meninggal, menangis2 pulak arwah atok I tu nak balik tak nak meninggal kat sana hehehehe kelakar pun ada. (again, komen tak konsistensi dengan topik).

    ReplyDelete
  11. semua memang inginkan untuk melaksanakannya...tapi memandangkan isi $$$$ masih juga kecil.... kena usaha lebih utk kumpulkan..

    ReplyDelete
  12. Siapa yang tak teringin nak menjejakkan kaki ke tanah suci? Memang teringin sangat. Ada aje kengkangan yang nak dijadikan alasan. Mungkin belum sampai seru, ada ke cam gitu? Kalau dah cukup segalanya, memang terus nak jejak kaki ke sana. Nak tunggu bila lagi kan ...

    ReplyDelete
  13. bukan setakat cukup duit je kan..kna cukup syarat juga..Insyaallah sape yg tk nak jejak kaki ke tanah suci..teringat allahyarham pak sy bila lyd sebut pak..sbb sy pun pggil pak jugak..:)

    ReplyDelete
  14. Besnye dgr cite ibu.. insyalllah kita pegi nanti ye kak :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya