Iklan! Iklan! Sila Click!

21 March 2014

Sticker Blackboard Is Awesome!

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku plan, nanti Luth dah besar sikit, aku nak ajar dia menulis menggunakan white board atau blackboard. Aku ni cecitenya nak jadik cikgu skolah. Tapi agaknya aku ni memang benak sangat jawab exam untuk masuk maktab pun 2 kali tak lulus, so biar le aku jadi cikgu takde tauliah je untuk anak aku. Mungkin aku boleh paksa husband aku sekali untuk meramaikan kelas. Hahah.

Aku dah survey harga blackboard yang datang sekali dengan stand [kaki ampu], harganya dalam RM70++. Agak mampu milik cuma masalahnya sekarang ruang yang terhad dalam rumah aku membuatkan potensi untuk aku beli blackboard atau whiteboard yang berkaki tu agak kelabu berasap.

Seperti roti dicita pizza mendatang bila aku ternampak ada promosi blackboard sticker di satu website ni. Bila aku kaji kegunaan dia, aku rasa macam sesuai je kalau aku beli untuk rumah aku. Padahalnya aku tak tau lagi sejauh mana ke'best'an makhluk tu. Aku ni cenggitu le. Selalunya aku tak pernah tahu dan tak pernah guna pun sesuatu benda tu, tapi aku suka cuba beli walaupun benda tu ada kemungkinan boleh merugikan aku. Selalunya memang betul-betul best la barang tu. Tapi ada juga aku rugi je sebab barang tu tak best. Ikut rezeki la. Mungkin aku ni ada sipi-sipi je sifat seorang 'risk taker' kot.

Macam ni la rupa kotak dia. Harganya RM39 termasuk pos.

Percuma 5 batang kapur kasut.

Tampal kat dinding. Dinding ni guna cat jenis kapur. Tapi sticker tu melekat kuat. Ini hanya separuh daripada segulung tu. Dalam 2 meter la panjang keseluruhannya. Actually, tempat aku tampal tu ialah tempat aku gantung satu frame lukisan. Maknanya aku tampal kat belakang lukisan. Nanti bila aku nak guna, lukisan tu aku alih letak bawah kejap. Lepas dah habis guna papan hitang ni aku letak balik frame kat situ. Jadinya, jimat ruang. Aku ni katanya kretiffff sesangattt nkauu. *Gambar dengan lukisan aku lupa plak nak amik. Aku terasa macam nak balik rumah sekarang jugak nak gi amik gambar tu. Tapi takpe la. Korang speculate je la sendiwi ye.



Ni la gulungan dia.

Eh, sama jek macam gambar atas cuma takde water mark.. Ko dah kenapa Lyd?!!

Cenggini le kaedah dia. Macam sticker katun-katun yang kita selalu main masa kecik-kecik dulu. Tak begitu tebal pun. Sebab kalau tebal nanti takut gam tu tak mampu men'setick'kan kat dinding lebih lama sebab kalau tebal, berat lebih. Menurut hukum fizik, jika isipadu bertambah bermakna jisim bertambah ceh ceh aku hantam saja ni bayam. Pakar fizik jangan ketawakan shaye ye. Malu la shaye.

Haa, tengok ni... Nak glemer sket. Letak nama alam maya aku.

Nak padam boleh gunakan wet tissue. Tapi kalau selepas padam tu nak menulis perkataan baru terus, padam guna kain kering la. Kalau guna wet tissue kena tunggu dia kering baru la kapur tu melekat. Time basah kalo tulis nanti dakwat dia tak keluaq baq hanggg.


Okay, itu aje la review produk aku untuk kali ni. Aku suggestkan benda ni kalau korang ada impian nak jadi main cikgu-cikgu kat rumah tapi rumah dah penuh dengan barang atau rumah sempit. Nak buka kuliah agama kat rumah pun boleh. owh, satu lagi... sticker dia tu aku tak sure la boleh melekat lagi selepas dibuka. Mungkin boleh kot. Cuma dia akan jadi tak cantik la berkedut2 bila sekali dah buka then nak tampal balik kat tempat lain.

26 comments:

  1. pernah beli whiteboard masa dania umur 3 tahun....sekejap jer conteng kat situ...after that x thrill terus dicontengnya dinding umah....now si kembar plak dah amik alih bakat dan kekreatifan si kakak dania....

    ReplyDelete
  2. haa bagusla benda ni lyd..sblm ni sy duk tgk je tp xtau nama apa..tq lyd untuk entry nie

    ReplyDelete
  3. tulisan tangan kita akan akan sama la....

    ReplyDelete
  4. Penah tgk dah ni Lyd. Ahkak ni tampal je sugar paper & kertas mahjong kat dinding. Sebab kapur2 ni hakim alergik habuk. Bila dah penuh ketas mahjong tu ngan hasil nukilan hakim, ganti je yg baru.

    ReplyDelete
  5. saya dulu pun nak beli untuk maisara,.tengok kat blog life101.tapi tak jadi sebab ada mikhail ni.suami kata bahaya habuk kapur tu.tunggu la dia besar sikit baru beli.

    ReplyDelete
  6. Masa anak2 saya masih kecik2 dulu, dinding rumah terutama di ruang tamu dan bilik tidur selalu dijadikan white board mereka. Bukan senang nak cuci, lagi pun lepas cuci atau cat lain satu dua lukisan lagi muncul. Lama-lama biarkanlah saja dinding itu sebagai muzium seni lukis...

    ReplyDelete
  7. Erkkk....murah lah lyd. Beli kat mana ni? Ada yg saya tgk mahal. Macam nak beli gak lah. Anak dara ku itu suka menyonteng. Sampai sarung bantal pon habis...ppfftttt...

    ReplyDelete
  8. wei I baru jer beli stiker ni untuk JJ last week, dah siap ambik gambar buat post semua cuma tak publish jer lagi. Apo ni apo ni muahahahaa. Tapi untuk JJ i lekat kat fridge dapur supaya dia ada kerja nak buat selain "tolong" I masak, and juga satu piece I letak higher untuk I tulis menu masakan kami. Best kan pakai ni.

    ReplyDelete
  9. Jap... I beli harga 1.50euro untuk 3 keping sizeA4 yang bila gabung tampal ke3 sekali, lebih dari cukup untuk JJ, tapi mama rembat sekeping. Jangan jeles kami punya lagi muwah (I kan kodokut) hehehee.

    ReplyDelete
  10. Lyd, nak copy pasal lipas tu copy lah ☺

    ReplyDelete
  11. Menarik tp kt umh dah ada white board kecik tu pun xdiguna..huhu...

    ReplyDelete
  12. Memang idea yang menarik. Alternatif untuk anak-anak yang suka menconteng dinding. Pakai blackboard ni senang nak padam-padam.

    ReplyDelete
  13. Bagus idea ni, pernah terfikir last last bagii buku latihan sorang satu, bila bawa jalan, bawa magnet board,.

    ReplyDelete
  14. Sesuai utk proses pembelajaran..
    Lama dah tak tengok kapur tu..
    Dlu masa sekolah je gelmer kapur2 ni :)

    ReplyDelete
  15. Rumah saya dah comel sangat dengan lukisan graffiti si Adik. Saya dah penat belikan benda-benda gini untuk si kecil kat rumah tu tapi minatnya lebih terarah kepada dinding rumah. Dah lencun I menangis you know....

    Saya pun selalu aje jadi cikgu tak bertauliah kat rumah tu. Kata Abang lagi garang daripada cikgu yang bertauliah kat sekolahnya. Maklumlah cikgu ni pakai sijil tadika masa apply kerja part time teacher :)

    ReplyDelete
  16. bagus beli awal2 utk luth..lagi pulak maknya kreatif tak cukup ruang lekat kt luksan dinding..sy ni dok membayangkan benda yg awk describe..yg lecenya pakai kapur..rosak tangan berdebu2..tak bagus juga utk pernafasan luth.eceh ada gaya cikgu sains tak?mau makan penampor kau pk..:)

    ReplyDelete
  17. Selalunya camnie plan kita makbapak tuh pembelajaran anak2 nie..awal2 dl kami bg aidan guna yg writng board boleh pegang dan padam tuh kan..kendian bagi kertas bagai..akhirnya kat dinding umah jugak jd mangsa...huhuh

    ReplyDelete
  18. menarik ni

    ada harapan le nanti luth x conteng dinding rumah mama & papa kan.sbb ada tempat khas

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Rasanya bleh cuba google, atau check di Lazada. MUngkin ada.

      Delete
  20. Hi, have anyone compared paint vs sticker? because i am currently using Chalkboard Paint from http://candypaintasia.com/ and it is performing well but I want to try the sticker also for my daughters room. Please advice, thank you in advance!

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...