Skip to main content

Resepi Nasi Arab Nasi Mandy

Sejahteralah ke atas kamu...

Nasi Arab ni ada banyak jenis. Ada nasi Mandy, nasi Khabsa, nasi Maqluba dan macam-macam lagi. Yang aku tahu 3 jenis tu je la. Sama juga konsep dia macam nasi-nasi Melayu ada nasi dagang, ada nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak etc. 

Setakat yang aku dah cuba masak nasi Arab menggunakan set segera yang aku beli daripada blogger Myra Jay, yang paling aku rasa sedap ialah nasik Maqluba. Maqluba ni nasiknya tu dimasak sekali dengan kentang, kubis bunga, carrot dan sesuka hati la sayuran apa yang ko nak tambah. Make sure sayuran yang tak mudah hancur. 

Dalam entry lepas, aku ada cerita yang aku tak berapa suka nasi arab kan. Sebabnya ialah aku rasa combinationnya terlalu kering. Lepas tu rasanya hanya masin dan masam. Ayam dan nasik, lepas tu takde sayur atau sup atau kuah. Sekadar sos Harrah dan timun dan tomato. Tak berapa boleh layan la. Jadi, aku cari cara untuk men'suka'kan nasi arab tu. Maka aku rasa perisa dia aku perlu tambah iaitu manis. Sos Harrah tu, aku buat manis. Bukan la manis macam pengat tu. Itu gile. Aku maniskan sos Harrah tu tambah gula skit supaya balance flavour dia. Hehe. Memandai je. Baru la aku rasa macam syok betul makan nasi arab ni bila sos dia tu bukan sekadar masam dan masin. Ayam dia pun, aku cuba maniskan sikit je. Biar seimbang skit. Aku ni lebih Kelantan daripada orang Kelantan rupa-rupanya.

Untuk resepi, aku hanya rujuk belakang kotak ni je.

Macam ni la rupa kotak tu. Dalam kotak ni ada beras dan rempah untuk tumis dan bakar ayam. Rempah dia tu agak tak cukup la bagi aku. Portion yang dicadangkan adalah untuk seekor ayam. Rempah untuk perap ayam tu dia berikan sepeket kecik termasuk untuk masukkan dalam tumisan nasik. Aku rasa tak cukup. Jadi, kalau nak sedap, rempah tu aku cadangkan lebihkan ke nasik dan untuk bakar ayam, letak je la serbuk kari ke apa ke sebab yang penting nasik tu rasa rempah. Ayam tu bakar le cemana pun, mesti sedap punye.

Untuk nasi Mandy sepatutnya saladnya [untuk dicicah dengan sos Harrah tu] ialah tomato dan timun. Tapi macam bosan je, aku membelot la ganti dengan terung dan carrot. Aku sumbat je skali dalam pemanggang ajaib.

Inilah dia nasi mandy tak cukup rempah. Next time aku nak letak semua la rempah dalam nasik.

Ayam aku bakar guna pemanggang ajaib. Pemanggang ajaib is the best.

Senang kan aku bagi resepi kat korang. Aku snap je gambar belakang kotak ni. Kehkeh.

Comments

  1. Sedap lah plak tengok. Pernah makan nasi mandy jer.

    ReplyDelete
  2. Menarik jugak resepi ni. Ingat nak try cari kot-kot ada jual kat Tesco ker set segera nasik arab ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. Kenal blogger tu, mudah sekarang ni, tak payah pergi kedai nasi arab. Dah ada nasi arab segera. Tengok gambar menyelerakan je.

    ReplyDelete
  4. fuhhh lyd...menariknya..nmpk mcm mkn dkt restoran

    ReplyDelete
  5. nampak sedap tu, but KA x brp minat nasi mandy ni rasa sikit2 tu oklah !

    ReplyDelete
  6. Dari permerhatian saya la... rasanya ermpah tu cukup buat kami kot sebab kami tak berapa suka berempah (papa JJ la ni). Tekak kita2 kan mmg nak bagi rasa rempah tu, takper la macam terpaksa saya merempah sendiri jer nanti ni. Pemanggang ajaib tu bak sini seketul. Ritu terpikir nak beli tapi malas, sebab rasa macam tak perlu, tapi skang macam perlu pulak.

    ReplyDelete
  7. Ayam tu nampak sedapnya.... :)

    Best kan masak sendiri ni.. boleh sesuka je nak menambah apa yg patut :D

    ReplyDelete
  8. wah nmpk sdap..sng jugakla nak buat klu siap resepi pastu siap rempah camni..sy makan je tak pernah inikan pulak nak masak.hehe

    ReplyDelete
  9. simple kn.cepat pulak tu. x yah gi kedai nasi arab le lps ni lyd.buat sndiri j kn

    ReplyDelete
  10. Yeah, tak payah beli. Buat sendiri aje Resepi dah bagi dah nih. Yang takda dan tak mau, kita skip aje. Pastu tukar nama sikit masuk dalam blog kita pulak!

    Lyd, Mat Azghul kan suka nasi Arab. Jadi sebagai isteri yang mithali kenalah menyukai gak nasi Arab ni. Kesian yek Pak Arab kat rumah tu sorang-sorang feeling ghairah makan nasi Arab hasil tangan isterinya. Ke awak yang menghabiskan semua nasi Arab tu walaupun tak suka?

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap lyd...sy tak biasa kot makan nasik arab nie..ygfebret sy cuma nasik bukhari jer..:)

    ReplyDelete
  12. Macam sedap. Wife pun mggu lepas makan nasi Arab. Orang yang buat tu pun guna rempeh segera jugak. Bolehla belikan yang ni pulak suruh wife masakkan utk saya.

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap. Boleh suruh wife masakkan guna rempah segera ni. Takdela remeh sgt kerja memasak

    ReplyDelete
  14. salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya