Skip to main content

Kenapa Begini Akhirnya? Please Keep Praying For MH370

Sejahteralah ke atas kamu...



*Di dalam hati masih lagi berharap agar mereka semua selamat. 

Kenapa Amerika tak bantu cari guna satelit sama yang mereka guna untuk jejak Osama Bin Laden? Bukankah satelit itu canggih sampaikan Osama dalam rumah pun mereka boleh cari? Kenapa tak nak tolong?

Kenapa begitu lama masa yang INMARSAT British ambil untuk buat analisa data daripada  'ping' dan bacaan Doppler effect tu? Kenapa lambat sangat nak tolong? Mentang-mentang la Malaysia ni negara tak femes.

Kenapa jauh sangat tersasar sampai ke lautan Hindi sana?


.............

I'm not happy. Aku pernah kehilangan insan yang paling aku sayang seumur hidup aku, arwah mak aku. Perginya meninggalkan jasad, yang dikebumikan di pusara yang jelas tempatnya, yang boleh aku lawati bila-bila aku mampu. Itu  pun aku dah cukup sedih. Sangat sedih. Rindu.

Inikan pula..... kehilangan orang yang disayangi, tanpa pusara. Tanpa jasad. Tanpa diketahui pun di mana. Sedihnya. 

Aku tak begitu mengikuti setiap inci berita tentang MH370. Yang aku tahu, aku hanya nak MH370 ditemui dengan selamat. Itu je. Ternyata Allah lebih tahu.

Comments

  1. InshaAllah..sesama kita doakan spy Allah dpt beri petunjuk sebenar...amin

    ReplyDelete
  2. dia org kata kes ni unprecedented event...
    eh, betul kut aku eja...

    ReplyDelete
  3. hanya berakhir di lautan Hindi...Allah lebih mengetahui apa yang sebenar-benarnya terjadi. memang kita semua berkongsi kesedihan yg sama. sesedih sedih kita sedih lagi ahli keluarga mereka yg terlibat.

    ReplyDelete
  4. selagi tak jumpa..kita terus mengharap ye

    ReplyDelete
  5. banyak sangat agenda...

    entahla... sedih tak habis lagi ni...

    :(

    ReplyDelete
  6. Banyak sangat teori mengapa ketidak tentuan dan kekeliruan itu berlaku. Tak dapat menjangka jika kita berada di tempat mereka bagaimana reaksi kita....?

    ReplyDelete
  7. Selagi ia belum ditemui.. belum ada penemuan yang 100% maka kita sebagai orang islam kene terus berdoa.. Kekuasa Allah itu melebihi pengetahuan manusia.. Moga terbaik untuk mereka..

    ReplyDelete
  8. selagi tak jumpa kotak hitam, selagi itu persoalan kita x terjawab. apa pun, takziah kpd keluarga mangsa yg terlibat.

    ReplyDelete
  9. Yg saya faham, pihak2 berkenaan dari awal lagi dah membantu,baik secara langsung, ataupun tak langsung..dan proses menganalisis data memang mengambil masa..Bukan mudah utk come to conclusion bahawa MH370 paling akhir penerbangannya, ialah di Indian Ocean..silap buat pengumuman, kredibiliti negara kita juga yg tercemar..Itu pandangan saya ..kenapa ambil masa..

    ReplyDelete
  10. Saya kan...sejak isnin malam ada PC tu jadi mudah nangis. Pagi td pun baru nangis, masa tengok tv psl hal ni.
    Saya masih anggap mereka blm meninggal sbb takde bukti sahih. Tambahan lagi, kata pakar kat MHI...data satelit pun boleh diragui. Betul ke data tu kepunyaan MH370?
    Pd akhirnya...kita kena terus doa dan bergantung pd kuasa Allah

    ReplyDelete
  11. yes, never give up. Lets keep praying.

    And talking of US, hmphh, propa jer lebih dorang tu.

    ReplyDelete
  12. Think positive. Masih mengharapkan perkhabaran yg gembira.

    ReplyDelete
  13. siapalah kita utk menidakkan takdir allah stw, tpi sebagai umat islam teruskan doa kita, mudah2an ada sinar harapan lg !

    ReplyDelete
  14. selagi xjmpe serpihan atau mayat mangsa kita masih boleh mengharap lg kn.. apa2 pon kita sntiasa berdoa...

    ReplyDelete
  15. Ada sesuatu yg kita tak tahu tp Allah lebih tahu.

    ReplyDelete
  16. Masih berharap ianya hanya mimpi..huhuu

    ReplyDelete
  17. susah nak tulis utk gambarkan kesedihan..sy sudah kehlangan kedua2 org yg sy paling syg..mak n pak..tak salah mengharap n berdoa..tp klu sudah takdir kena redha

    ReplyDelete
  18. persoalan yg sama juga yg dipikir
    hanya pada Allah kita berdoa.smga diberi petunjuk

    ReplyDelete
  19. Betul tu Lyd. Yang kita tau kuburnya pun boleh sedih tak hilang inikan pulak yang tak tahu di mana jasad dan kuburnya. Yang penting tak tahu apa pun yang berlaku sebenarnya. Hari ni dah 27 hari kan... Kasihan pada ahli keluarga walaupun mungkin mereka dah menerima takdir yang tersurat tapi jauh di sudut hati for sure masih mengharap lagikan...

    Kalau baca buku cerita omputih atau tengok filem action thriller diaorang ni, oh alatan bukan main canggih....satelit siap leh detect sampai dalam toilet gitu. They all ni memang ada alat canggih sebegitu ke or tipu orang banyak sangat dalam filem mereka?

    ReplyDelete
  20. Itu yg sy pun tak paham, naper inmarsat tuh lambat sangat kuar analysis..agaknya susah sangat kot..
    skrang nie plak tak konpom2 lg debrisnya..lglah tidak menentu pkiran & perasaan ahli keluarga terutamanya kan...moga cepatlah dpt jumpa kapalterbang tuh..inshaallah

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya