Iklan! Iklan! Sila Click!

17 March 2014

Aku Pelik Bercampur Menyirap

Sejahteralah ke atas kamu...

Rakyat Malaysia ni asyik bergaduh. Ntah ke benda yang digaduhkan pun aku tak faham. Kadang-kadang pasal perkara remeh, Fasha Sandha tak pakai stokin masa berpantang pun nak bergaduh. Walaupun tak bergaduh secara fizikal, tapi bergaduh dengan method yang dikatakan lebih tajam daripada mata pedang. Perang mulut. Perang statement. Berbalas-balas komen. 

Kemudian Allah 'menegur' rakyat Malaysia. Allah beri bala, banjir. Banyak tempat yang tak pernah kena banjir pun dibanjirkan. Rakyat Malaysia masih bergaduh.

Allah beri ribut yang musnahkan banyak rumah. Rakyat Malaysia masih juga bergaduh. 

Tak insaf-insaf.

Lepas tu Allah beri lebih lagi. Allah beri jerebu. Masing-masing menuding jari tuduh-mentuduh. Bergaduh lagi. Makin parah. Berbalas-balas kenyataan akhbar.

Tak cukup lagi 'teguran' yang Maha Segala tu bagi. Ish....ish...ish....

Mungkin rakyat Malaysia ni nak peringatan yang lebih 'keras'. Allah tarik balik hujan, Allah kemaraukan sebahagian bumi Malaysia. Air kering. Air kena catu. Alih-alih dia bergaduh lagi. Tak mau jugak berdamai.

Vat iz rong vit u pipel? 

Allah dah gandakan lagi peringatanNya. Allah sorok sementara MH370. Alhamdulillah.... Yang bergaduh tu dah makin lupakan persengketaan. Dah mula menumpukan berdoa memohon perkara yang sama, agar MH370 selamat. Solat hajat juga sudah sepakat, beramai-ramai tanpa mengira pasukan manchester united atau liverpool. 

Dan..... berita positif tentang MH370 telah memberi sinar harapan kepada yang berdoa dan mengharap.....

Rakyat Malaysia pula? Ye, mereka kembali bergaduh. 

Korang nak tunggu sampai bumi Malaysia ni merekah dan seorang demi seorang jatuh ke dalam gaung dan mati atau ko nak tunggu langit runtuh atas muka sorang demi sorang baru korang nak bersatu ke apa ni? Ce cite. Aku terlalu tepu nak paham.

32 comments:

  1. inilah kesan bila komunikasi tanpa sempadan. Lebih senang bergaduh walau tak bersua muka.

    ada masa..takmo buka fb, sbb terdorong baca komen gaduh2 org.

    ReplyDelete
  2. Mari kita doakan agar rakyat Malaysia bersatu hati..Kembali kepada fitrah..Islam i the only way of life..fahami dan aplikasi..

    ReplyDelete
  3. entah..pelik la..sampai kadang2 saya malas nak ambik tahu dah apa yang jadi.rasa nak block je semua kat fb tu .asyik bergaduh macam tak de kehidupan sendiri nak di kesah kan>??baju dah basuh ke belum,anak dah balik sekolah ke..laki dah makan nasik ke..alahai..sedih.

    ReplyDelete
  4. dia org perlukan sesuatu untuk direbut...

    ReplyDelete
  5. Ceritanya, sekarang ni rakyat Malaysia majoritinya poket semakin mengempis. Harga barang makin mahal. Gaji tak bergerak-gerak jugak. Kerja bagai nak rak.

    Nak lepaskan tension?

    Bergaduh komen kat Facebook la jawabnya. Haha

    ReplyDelete
  6. Nauzubillah..semoga Allah membuka pintu hti mereka2 semua.peringatan utk diri saya jgk..tq ye lyd

    ReplyDelete
  7. Ntah lah lyd. AKu pon tak faham ngan dorang ni. Tumpang baca jer lah dorang meroyan. Org mcm ni elok lenyap mcm MH370 pon bagus gak kann. Tak pon kasi penampar kokodal...hahaha...

    ReplyDelete
  8. Manusia semakin ramai yg mengidap sakit mental agaknya. Mungkin kerana masalah terlalu banyak, bangun pagi dah sakit hati beratur dalam jem, di tempat kerja selalu kena marah dengan boss, balik kerja kena leter dengan pasangan pula di rumah, pergi kedai tengok harga barang makin mahal tak baloi dengan pendapatan. Akhirnya bila duduk depan laptop masing2 lepas tension dengan menulis macam-macam. Biarkan mereka, yang penting bagi kita yang masih waras jangan terjebak dalam kesakitan mental itu...

    ReplyDelete
  9. Dah baca dah pagi tadi post ni tapi tak sempat nak komen, well... orang kita kan macam takder better things to do other than tunjuk hebat, depa gaduh2 pasai nak tunjuk saper lagi pandai, saper lagi terror, dah macam puak jahiliah pun I tengok.

    Pst...Polenta adalah suji yang diperbuat dari jagung, kira anak suji la polenta ni. Your other questions, kalau rajin I jawab yer, kalau u rajin google la sendiri muahaha.

    ReplyDelete
  10. entah la kan...macam2 manusia nih. kita perhati aje lah, sambil mengambil iktibar. gituuu..

    ReplyDelete
  11. Dah ramai sgt yg cerdik pandai bercakap dari membantu...hatibusuk hati batu pun ramai..dh tau bencana dari allah x pnh nk sedar...

    ReplyDelete
  12. memang berbisa kak..tp memang betul apa yg akak kata... dah di tunjuk baa..masing-masing menuduh satu sama lain...semua benda nak dipolitikkan..

    ReplyDelete
  13. Entahlah apa ke hal agaknya dia orang ni. Sejak azali lagi suka bergaduh. Keluar-keluar aje masa baby memang kerjanya nak cari gaduh. Sampai la ni. Apa-apa isu pun nak ajak gaduh. Itulah bila salah orang aje nampak, salah sendiri dok rapi simpan bawah ketiak. Eh, dia orang tu sapa ek? Kita termasuk samalahkan sebab kita pun rakyat Malaysia bumi bertuah. Bertuah lagi ke bumi kita ni? Eh, bertuahlah kan... Lebih baik kita tengok ajelah mereka bergaduh. Nak join kang dapat dosa sama ...

    ReplyDelete
  14. dah tak ada kerja. bergaduh pulak pasal konsert yg sebabkan 6 org meninggal tu pulak.

    ReplyDelete
  15. pahaman yg macam2..kepentingan pun berbeza2 ..sbb tuh dorang nie sikit2 nak bergaduh..tuding menuding...sedangkan lidah lg tergigit kan..lglah manusia yg kita takleh nak kontrol nanti..bila kat padang masyar nanti lglah bergaduhnya tuding menuding..:)

    ReplyDelete
  16. Macam2 pe'el manusia sekarang ni kan..
    Sentiasa tak puas hati..

    Apapun kita kena bersyukur + kembali pada-Nya..

    ReplyDelete
  17. entah la kak saya pun menat nak melayan.suka sangat sensasikan cerita, bab tokok tambah no satu.janji sedap orang baca katanya la.canang cerita tak betul.. tu kat salah satu bentuk fitnah.grrr tak fikir mati btol!

    ReplyDelete
  18. Vat iz rong vit u pipel? <--- ingat ayat vietnam td

    ehem... rakyat Malaysia mmg sker berbalah agak nyer. kalo berbalah, x aman rasa nyer mereka.

    ReplyDelete
  19. memang akan bergaduh lagi dlm tempoh terdekat ni...nak PRK kat Kajang...alahaiiiiiii

    ReplyDelete
  20. mula mula kemain lagi solat hajat sama sama...kejap je...dah mula balik sekarang...

    ReplyDelete
  21. bila tiada rasa bersyukur dan rasa ingin menguasai punca segalanya

    ReplyDelete
  22. rambut sama hitam, hati lain2 beginilah jadinya.... kdg2 susah nak faham !

    ReplyDelete
  23. Air rili don no dud.
    Apa yang nak digaduh pasal fasya sandha.

    Bala ni datang tak pilih orang..semau kena Cuma tengok macam mana tiap orang hadapi je..

    ReplyDelete
  24. Apa pun yang terjadi, kita doakanlah yang terbaik untuk penumpang MH370. Elakkan bercakap perkara yang kita tidak tahu atau was-was.

    Ni kak link blog personal saya www.adarain.com.

    ReplyDelete
  25. Laaa... uncle ingatkan 'menyirap' tu Sirap...

    Patot la tak jumpa cerita sirap! haha

    ReplyDelete
  26. Kita yang tengok pun naik meluat jadinya..

    ReplyDelete
  27. Tapi sekarang dorang gaduh buat andaian pulak.

    ReplyDelete
  28. baca dan dgr jer lah..rasa mcm dh mls dgn mcm2 spekulasi..just pray for them

    ReplyDelete
  29. nak baca dan dengar pun malas..depa nak gaduh biaq kt depa..doa jelah semoga depa insaf..boleh gitu?haha

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...