Skip to main content

Susu Susut

Sejahteralah ke atas kamu....

Masa Luth masuk wad minggu lepas, dia tak makan hanya menyusu. Waktu itu susu aku banyak sampai berlebihan plak. Sehinggakan aku terpaksa pam dan buang susu tu supaya tak bengkak. Agak kufur nikmat aku ni. Bila balik rumah selepas Luth discharged, susu terus kering. Cemas plak aku. Ni la kita ni manusia. Susu banyak salah, susu sikit pun salah.

Ada masanya sekarang aku rasa Luth macam kelaparan je bile waktu malam sebab tak cukup susu. Sedih aku tahu. Nk bangun masak bubur rasa cam tak logik plak kul 2 pagi nak masak bubur.

Aku yang cemas terlebih ni pon mula la nak cari formula milk untuk menampung keperluan Luth. Aku buka majalah Pa&Ma, ternampak iklan susu yang diformulated menggunakan susu kambing, Karihome. Ye aku tau susu ni mahal. Aku pun belum decide apa-apa lagi, cuma sebab aku jumpa iklan tu di awal muka surat. Aku buka website yg disertakan dalam iklan tu. Aku baca sikit-sikit then aku isi borang untuk dapatkan sample.

Sehari selepas tu, aku dapat balasan email daripada Karihome. Emailnya begini....



Malu muka aku setepek. Heheh. Tak dapat la aku nak bagi sample tu kat Luth. So, biarlah aku terus bersabar dengan rezeki susu yang Allah beri kepada Luth ni. Banyak mana yg ada, hanya itu sahaja la keperluan Luth. Be strong ye anak..

Comments

  1. salam lyd, aku baru tahu ada polisi macam ni which is baguslah kan. aku pun lately rs macam susu kurang sebab kasyah kerap bangun waktu malam, ni baru 4 bulan..hadeh. mudah-mudahan adalah rezeki anak-anak kita ye.

    ReplyDelete
  2. betul kata karihome tuh lyd..breasfeedlah yg terbaik..mungkin kena amalkan minum susu kambing ker..minum koko ker tuk tambahsusu..tp lagi byk baby isap lg byk kuar...

    ReplyDelete
  3. Laaaa...sayangnya LYD, Napa buang? Ni mesti luth tak minum frozen EMB erk. Luth suka susu fresh ☺☺

    ReplyDelete
  4. Bagus jugak dorang ni kan still ada etika kemanusiaan menerang secara elok dan damai. Insya Allah keep giving to him, nnt akan datang balik la more milk, I myself dulu pun since JJ start makan solid food, mmg susu kurang jugak, tapi cukup la for her, tapi masalahnya nnt depa nak selalu kan.

    ReplyDelete
  5. Jadi, sekarang memang akak tak pernah bg susu tepung ke Lut ke?

    ReplyDelete
  6. bagus kan..dia nak ibu tmibu terus susukan bby. in shaa Allah smga dipermudahkan buat luth dan lyd amiin..

    lyd, makan kurma x?

    ReplyDelete
  7. Saya tengok entry ni terus buntang mata sbb saya pengedar shaklee..hehe..kalau ikutkan saya nak promote set bajet menyusu shaklee. utk booster kan susu n bagi susu pekat..tapi kalau tak silap saya sapa2 yg susu merudum boleh try habaussawda..mmg bg susu byk..tapi kena bg baby isap susu la..xpun kna pam..arap boleh bantu luth minum byk susu..:)

    ReplyDelete
  8. baus polisi karihome ni..sokong betul bf..mmg bila anak dh start solid food susu kurang sikit..pastu klu period pun susu kurang..nasib sy ni kerja shift,kadang lama tak hantar afia ke pengasuh mula la malas nakperah..hari pertama kadang2 terpaksala afia minum sebotol susu beku..hehe

    selagi kita bg anak hisap,selagi tu susu akan ada..org kata takde istilah susu tak cukup..

    ReplyDelete
  9. karihome ni memg agak mahal lyd..tin kecik je dh rm49 kalo xsilap..betul azie penah jd mcm nie, masa susu byk, kdg2 bila yg xabis tu buang je..memg terasa tau, lps tu susu makin susut. jenuh nk pam...tp mujur sbb dia dh mkn,kurg sikit dia minum susu..

    ReplyDelete
  10. kena ambik supplement jugak lyd. tmbh2 la mana yg ptt.

    p/s: cerpen tu pendek je sebab dia nak pendek. itu pun dah terpaksa potong2 idea. kalau tak jdk novel pulak. haha... saudara dia tu ikt pemikiran pembaca. abg, adik, sepupu pun boleh.

    ReplyDelete
  11. InsyaAllah Lyd, teruskan memberi pasti ada :)
    Teknik Supply n Demand

    ReplyDelete
  12. Oh, baru tau ada polisi macam ni rupanya! Bagus juga ada company macam ni. First time dengar Karihome ni. Tapi anak kita dah besar, dah tak heran tengok susu lagi dah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya