Sejahteralah ke atas kamu...
Aku pernah makan nasik goreng pattaya [yang berbungkus telur dadar tu], sampai ke suapan yang terakhir baru aku perasan di sebalik telur tu ada seekor lalat dalam nasik goreng tu. Gulp. Aku terus berenti makan.
Selain itu, aku sangat-sangat kerap jumpa rambut dalam nasik atau lauk aku. Selalunya, aku hanya ketepikan rambut tu, dan sebahagian yang di sekelilingnya, then aku sambung makan. Aku agak pengotor di situ. Hehehe... Aku pun tak tau le. Aku ni sebenarnya penggeli. Tapi aku tengok keadaan jugak. Kalau dalam makanan tu ada jenazah cicak pastu badan dia dan tahap hancur2 seperti tergoreng sekali dengan makanan, memang la tak sanggup nak telan. Tapi kalau setakat kat tepi je, aku masih boleh maafkan. Betapa toleransinya aku kan. Haa. pastu kalau keracunan makanan sape yang susah??! Alhamdulillah setakat ni, aku belum pernah kena keracunan makanan dengan teruk.
Itu satu hal. Lagi, aku nak cerita, kalau makanan aku jatuh atas lantai, aku akan cepat2 kutip dan makan. Ada orang yang terus buang walaupun jatuh tu kejap je, dah tu atas lantai yang bersih [maksud aku bersih daripada tahik atau lumpur ke].
Ada satu kisah yang aku dengar daripada rancangan Al Khawater kat TV al Hijrah. Pengacaranya menceritakan tentang Nabi Muhammad yang mengutip roti dari lantai dan dibuang bahagian yang terkena kotor, lalu dimakannya roti tadi. Kata Nabi, rezeki ini adalah nikmat daripada Allah. Sekali kita membiarkan nikmat ini pergi, mungkin ia takkan datang lagi. Aku yang dengar cerita tu, memang rasa sebak la. Sebab itu Nabi. Nabi yang paling mulia daripada seluruh umat manusia yang pernah hidup di muka bumi ni. Nabi. Bukan orang-orang kaya VVIP, anak raja, Paris Hilton atau Donald Trump. Betapa zuhudnya keperibadian baginda. MasyaAllah. Tak tau nak explain macamana.
Meh aku share sikit hadis ni. Ko kena la rajin membacanya. Baru afdhol.
Mengambil Makanan yang Jatuh
Dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika makanan salah satu kalian jatuh maka hendaklah diambil dan disingkirkan kotoran yang melekat padanya, kemudian hendaknya di makan dan jangan dibiarkan untuk setan” Dalam riwayat yang lain dinyatakan, “sesungguhnya setan bersama kalian dalam segala keadaan, sampai-sampai setan bersama kalian pada saat makan. Oleh karena itu jika makanan kalian jatuh ke lantai maka kotorannya hendaknya dibersihkan kemudian di makan dan jangan dibiarkan untuk setan. Jika sudah selesai makan maka hendaknya jari jemari dijilati karena tidak diketahui di bagian manakah makanan tersebut terdapat berkah.” (HR Muslim no. 2033 dan Ahmad 14218). Dari blog Muhsin Baharrudin
Baru-baru ni, aku makan nasik goreng. Aku beli kat bangunan sebelah ofis aku ni. Baru je 2 suap, tetiba aku rasa ada macam batu kecik berpasir-pasir je rasa dia. Aku bawak keluar, tengok-tengok ini dia...
Aku saspek, tukang masak tu bergurau senda masa tengah masak, sekali tah macamana dia tak perasan gigi reput dia terjatuh dalam nasik goreng. Euwww... Aku terus je berenti makan, aku buang nasik goreng tu walaupun baru 2 suap aku makan. Gelinya la aku rasa. Sampai sekarang tekak rasa kembang kempis lagi. Ada pengalaman yang lagi geli tak dari ni? Ce cite meh.
Itu tu atau gigi?
ReplyDeleteMungkin batu kelikir dalam beras pada asalnya...
*BAtu
Deletepengalaman sendiri pulak..jumpa rambut dlm roti, najis tikus dalam bihun goreng yg siap packing kat petrol pump.. serangga melekat kat ayam goreng.. yg terbaru.. lalat dalam air milo panas,,,
ReplyDeleteEiiii..gelila lyd kalau gigi..rambut tu tgok keadaan jgk..klu dlm kuah mmg xmkn
ReplyDeletekoi makan sate kat kedai...cicah punya cicah...ada seketul daging lemak sate dalam kuah tu...nak kuatkan lagi itu adalah daging sate...aku cuci dengan teh O ais...yes...itu daging sate yang gagal hancur setelah dikunyah...dan si pemakan sate luahkan dalam kuah...kuah itu kendiannya digunapakai semula oleh si penaiga sate. Korang rasa macam nak hak tuih tak kat peniaga sate tu...nasib baik laki koi ni cool...suruh sabar/...lain kali jgn makan kat sini lagi...tu je. Ikutkan baran koi...koi nak je simbah tokey kedai tu dgn air...hampuras jas perangai. waa... aku maki orang pagi2...untuk benda yang dah basi? sabar je lahhahahaha
ReplyDeleteYang last tu tak tahan. Gelak² haku kat office ni. Gigi ker tu lyd? Ker batu. Klo gigi memang kembang tekak lah wei.
ReplyDeleteTerasa pengotor gak. klo rambut dan kawasan² yg sewaktu dengan nya, memang buang lah. Selebihnya makan. Rezeki tu. Tapi klo dah ada jenazah binatang, memang buang terus lah.
Owwhh mmg geli giler kalau gigi masuk dalam makanan..eeeiii kalau sy mmg takkan makan jugak..nak tak lalulah makan nasik goreng tuk seketika..
ReplyDeletedrp pengalaman rsnya takder kot lagi..ntahlah ker lupa..heheh
alamak,. baca n3 ni pun rasa nk terkeluar dah isi perut KA ..
ReplyDeleteada maggots kat ayam nasi beriyani. aku makan part yang tak kena je. mihmihmih
ReplyDeletesib baik ko tak telan gigi tu...kot tak xray tetiba ada gigi manusia dalam perut kau..
Lyd, maybe bukan gigi tak tu? Kadangkala bila makan nasi ada ketikanya macam tergigit benda keras. Bila tengok macam beras tapi keras. Entahlah tak tahu apa ke bendanya but then I teruskan ajelah suapan.....
ReplyDeleteTapikan...kesemua contoh yang diberikan dalam senario di atas tu, memang tak sanggup rasanya. Kalau ada cicak mati terbakar kat atas dapur gas dan takda kena mengena dengan isi makanan dalam periuk bertutup pun, saya surrender. Tak lalu nak makan dah....
kalau boleh boleh dipertimbangkan lagi....yerkkk, akak jumpa gigi dalam nasi?...
ReplyDeletemmg tak lalu pun.
ReplyDeleterezeki, I mmg payah la nak buang2 makanan atau tak habiskannya, so far belum ada kejadian jenazah cicak dsb dikebumikan sebalik nasi goreng apa, tapi pernah kena kat my fren tarik2 ingatkan rambut jer, sekali hambek kau.. lipas besarrrrr punya muahaha. Kitorang suruh jer dia makan bayangkan udang (tapi tak gi lagi la cafe tu). I pun kalau takat jatuh kejap terus ambik, makan jer.. even JJ pun I ajar kutip balik makan.
ReplyDeletetang gigi tu, kamu menang. tak terlawan.
kembang pulak tekak ni...hehe..saya paling tak boleh rambut. taktau la nape.kalau terjumpa rambut dalam makanan memang takkan ada selera dah nak menyuap makanan.erk, tengah tulis ni pun kembang tekak. ok baiii
ReplyDeleteoh tidak.. oh tidak... adaker gigi..oh tidak... tak boleh nak bayangkan...
ReplyDeleteakakpun takat sikit2tu memang akak bedaljer... takat jatuh ke lantai (rumah) dan meja (kedai) akak boleh jer makan.. anak2pun gitu.. sekali makan ngan orang lain.... anak akak selamba kutip semua pelik.. pelikker.. takat jatuh kejap cepat2 angkat bolehjer kot...
setakat ni x pernah jumpa gigi lagi. unik kes hang nih.
ReplyDeleteooo.. no.no.no
ReplyDeleteblom pernah lagi jumpa yg seteruk begini.
rambut biasa juga. just buang rambut dan kawsan sekitar yg lain makan jga.
mcm btu tu pernah la jga.
rasanya pernah la makan kat kedai ada mcm anak lipas je kot. kecik j la. tapi cik abe perasan.dh separuh mkn. pastu bgtau kat org kedai, dia ganti baru & yang tadi dia x ckp x pyah bayar
adoii rase mcm kelakar! geli pon ada! uwekk nak muntah pon ada
ReplyDeleteadess macam-macam risiko bila makan di luar ni ..tapi tu la kadang terpaksa ku relakan tanpa menyalahkan si tokey kedai itu huk..huk ..hulkk