Skip to main content

Girls Be Careful. ‘Not So Girl’ Also Should Be Careful

Sejahteralah ke atas kamu.
 
Artikel ini daripada artikel berbahasa inggeris yang telah aku alihbahasa ke bahasa Melayu mengikut gaya bahasa aku.  Semoga bermanfaat.

1.    1.     Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang wanita jika sewaktu dia ingin menaiki lif berseorangan pada waktu malam gelap dan sunyi kemudian datang seorang lelaki yang mencurigakan nak naik lif yang sama.

Cadangan Pakar : contohnya, jika wanita itu ingin ke tingkat 13, sila tekan semua button floor yang lain 12, 11, 10..... sebab boleh membuatkan penjahat tu tak berani untuk menyerangnya jika lif yang berhenti di setiap floor.  

Pendapat aku :  tapi aku tak sure jugak penjenayah kat Malaysia ni semua hati kering, jahat bercampur bodoh. Kalau mereka nak buat jahat tu, mungkin dia boleh standby sebelum lif berhenti kat salah satu floor then ragut beg pompuan tu ke. Mana la tahu kan. Jadi cara yang lebih afdhol, elok la jangan keluar rumah dah malam-malam. Kalau terpaksa pun, ajak la teman. Huhu. Kalau tak ada cara jugak, sila la berhati-hati.



2.     2.    Apa yang perlu dilakukan jika penjahat menyerang sewaktu kamu berseorangan di dalam rumah sendiri, ialah pergi ke bahagian dapur.

Cadangan Pakar: Dapur kita, kita tahu kat mana kita simpan serbuk lada, serbuk kunyit dan pisau. [*huhu, bahyenya pisau]. Semuanya tu boleh dijadikan senjata. Kalau tak sempat nak ambil serbuk-serbuk tu, boleh gunakan pinggan, atau periuk belanga, baling kepada penjahat tu biar pinggan pecah untuk buat bunyi bising sambil menjerit. Perlu diingat bahawa bunyi hingar bingar adalah musuh utama kepada penjahat. Mereka takut tertangkap.

Pendapat aku : ~lagi sekali aku tak sure jugak cara ni akan lebih Selamat atau lagi bahaya. Dalam keadaan panic, sempat lagi ke ko nak ingat serbuk kunyit ko letak mana? Pastu nak ambil dalam keadaan yang ketakutan, pastu nak buka bekas serbuk tu lagi, ahhh buang masa. Pisau, pinggan pecah tu semua akan membuatkan penjahat naik berang je aku rasa. Takut senjata makan tuan je. Lagipun macam aku kata la, penjahat kat Malaysia ni jahat bercampur bodoh. Mereka lebih rela bunuh, kemudian mereka ingat mereka takkan tertangkap. Pendek akal tu la sifat yang paling bahaye bagi seorang penjahat. Sebab penjahat yang pendek akal ni akan buat benda yang akan buat mereka tertangkap.



3.     3.    Menaiki teksi atau kenderaan awam pada waktu malam.

Cadangan Pakar : Sebelum masuk ke dalam teksi, tulih no pendaftaran kenderaan tu. Lepas tu, buat panggilan telefon kepada kawan rapat atau ahli keluarga untuk ceritakan maklumat yang kamu sedang naik teksi tu, kat kawasan mana, no teksi, teksi warna apa. Biar drebar teksi tu tahu yang ada orang lain tahu maklumat pasal teksi tu, just in case kalau dia ada niat tak senonoh kepada kamu dia mesti tahu dia akan dapat masalah besar kalau dia buat perkara tu kepada kamu. Jadi, drebar teksi tu secara nak ke taknak, dia terpaksa bawa kamu ke destinasi kamu dengan selamat. Katakan kamu sudah membuat panggilan telefon, tetapi tiada sesiapa yang jawab panggilan kamu, takpe... don’t be khuatir. Kamu berlakon je, pura-pura macam tengah berborak dengan seseorang dalam telefon. Hehehe. Nak bagi real, buat-buat la lawak ke then gelak sorang-sorang takpun buat-buat macam tengah bergossip pasal artis bercerai ke. Baru le drebar teksi tu percaya yang kamu tengah berborak dengan orang.

Pendapat aku :  Tektik ni mungkin berkesan kot. Kalau nak lagi berkesan, call ramai-ramai orang skit. Ataupun bersembang je sampai le kita Selamat sampai ke destinasi.



4.      4.   Bagaimana pula jika pemandu teksi tu mengubah laluan yang kamu rasa kamu berada di dalam keadaan yang tidak selamat?

Cadangan Pakar : Waktu ni, kamu kena bertindak lebih drastic dan of cos, lebih dramatic. Kamu boleh gunakan tali henbag kamu kemudian sauk leher pemandu tu dari belakang dah tarik. Biar dia tercekik then kamu suruh dia lalu jalan yang betul semula. Pastikan kamu duduk di bahagian belakang ye. Kalau naik teksi, etikanya ialah kamu perlu duduk di belakang. Penumpang lelaki okay je kalau rasa nak duduk depan sebelah pemandu. Tapi bagi penumpang wanita, kamu HARUS duduk di seat belakang jika menaiki teksi. Ini pemandu teksi sendiri yang suggest ye. Nampak lebih sopan. [ingat wanita je ke yang takut dengan drebar teksi? Drebar teksi pun takut jugak dengan fitnah wanita ni tau. ]

Pendapat aku : Nak buat ni kena la betul-betul berani. Kot kalo time kita jerut leher dia, dia balas dengan grab kepala kita [tudung atau pun rambut], tak ke naya. Lagipun tenaga lelaki mesti la lagi kuat daripada wanita. Pastu, kalau handbag kamu tu jenis yang berjenama high class, Luwi Vutten je, Perada ke, Guci ke, tidak ke rasa macam sayang nanti kotor tali beg tu kena peluh atau air liur penjahat. Heheh. Eh, tapi nyawa dan keselamatan lagi penting.



5.       5.  Jika kamu diekori di waktu malam yang sunyi, cuba cari kedai yang masih buka atau kalau dah takde kedai buka, cuba cari ATM. Duduk depan tu. Sebab mesin ATM ada kamera litar tertutup.

Cadangan Pakar : Sikap berjaga-jaga dan berhati-hati adalah senjata utama yang kamu perlu ada. [Of cos selain doa kepada Allah]. Jadi berhati-hati la.

Pendapat aku : Oleh sebab penjenayah Malaysia bukan kira pun tempat tu ada CCTV ke tidak kalau dia nak buat jahat, maka pergi ke ATM ni hanya dapat membantu mencari penjenayah tu jika terjadi apa-apa kepada kamu. Ntah-ntah penjenayah ni tak tahu pun tempat tu ada CCTV.


Akhir sekali, demi keselamatan semua... cuba la elakkan bersendirian ke tempat-tempat sunyi. Bagi wanita, elakkan la daripada keluar waktu malam. Jika terpaksa nak buat cemana kan. Hanya perlu hati-hati.


Comments

  1. kalau tak ikut semua nyer pun, boleh la jadikan panduan dan peringatan, bahaya ada dimana2, yang pasal lift tu, kalau dah sorang sama sorang, takyah la masuk sama2, tunggu jer next lift bagitau mamat tu u tunggu member datang, nak tekan2 segala nombor dah macam satu hal pulak, plus melambatkan.

    Teksi kat malaysia mmg bahaya, ingat kan kes dulu yang penjahat ni bawak teksi curi.

    ReplyDelete
  2. duduk kurung diri dalam rumah pun bahaya zaman ni..nak kena korek tanah la.buat bilik bawah tanah...tapi saya takut anai2 pulak..

    ReplyDelete
  3. kalau kita sorang jer dalam lif pastu di tingkat lain tetiba ada orang lain pula yg nak naik..lelaki pula..rasa was-was..kita keluar jerlah dari lif tu.. kononnya kita dah sampai..boleh juga kan.

    ReplyDelete
  4. SA elakkan naik lift sorang2, jalan sorang2...sekarang ni bukan takutkan hantu..tp takutkan orang yang x serupa orng yang xde hati dan perasaan...

    ReplyDelete
  5. Selalu pesan dengan anak2, jaga2 bila berada di luar rumah kerana negara kita yang selalu dicanang dlm TV aman damai ini sangat tidak selamat!!!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum lyd...betul tu kena berhati2 yer...:)

    ReplyDelete
  7. yg bab jalan malam mmg x la kalau sorng2..
    bab dalam rumah tu.. skrg kn ciksu ddk sorng, pisau & gunting semua bawak masuk blik..

    tapi ttap trauma n seriau juga.. hukhuk.
    tak tau dh mana tmpat slamat skrg ni..
    kalau masjid pon siang j ada org, lewat malam dh xda..

    bab buat bising dlm rumah tu agak agak ada ke jiran yg nak dgr..

    mudah mudahan dijauhkan dari semua ni.. aamiin

    ReplyDelete
  8. assalam,

    perlu berhati-hati dalam tiap detik...

    ReplyDelete
  9. kadang-kadang terpaksa berseorangan (tak dapat elak)...masa tu berdoa banyak2 je lah pada Allah semoga Dia melindungi. btw, cadangan Ema Johari kat atas ni boleh la saya praktik bila rasa tak selamat ;)

    ReplyDelete
  10. mmg kuncinya klu boleh kena elakkan keluar bersendirian..skang ni mana2 tmpt dh tak selamat..tak kira la siang ke malam..klu dh panic tak sempat dh nak fikir buat macam pakar kata.hehe

    ReplyDelete
  11. penjahat kat malaysia ni memang berhati kering. diorang akan buat mcm mana sekali pun, janji dpt apa yg diorang nak, kena tgkp atau x, tu belakang punyer citer.

    ReplyDelete
  12. dunia sekarang,,,kna sntiasa bhati-hati..mahupon didlm rmh sendri

    ReplyDelete
  13. btl2...memg kena alert..tp sy tgh bygkan kalo naik lift tingkat 15, jenuh nak tekan 1-1..hehehe

    ReplyDelete
  14. skang ni kat mana2 pun kena lebih hati2, x kisahlah dalam & luat rumah kitakan !

    ReplyDelete
  15. lyd.. ingat ingat dh baca entry tu dlu.hihi.
    kat entry tu jugakk kan sy gtau pasai glang kawin sy hilang tu.hihi

    hahaha.. teliti org perempuan ni mmg len macam.nak nak bab susn baju dlm lemari.xda satu pon sy perasan.kiki

    boleh ketegori cerewet jugak ke?
    klu bolh nk sgt tafsir tu..inshaa Allah ada rezeki dpt la nanti aamiin

    ReplyDelete
  16. masa kecil2 takut hantu. skarang msia lg jaht dr hantu.
    ntahlah lyd, rasa nga kederat perempuan ni kalau nak melawan sushlah.. lebih baik kita elak tmpt bahya, mcm yg lyn ckp..kalau dah terpaksa..hati2..berserah kat tuhan..bnyk2 berdoa.

    ReplyDelete
  17. bagusnya info akak ni..tapi yelah keadaan panic apa pon takleh wat..tapi klu dok dalam teksi...elok kita gayut dalam tepon untuk keselamatan dan bagitahu maklumat kat kenkawan

    ReplyDelete
  18. Saya dari dulu suka tumpangkan colleague atau tanya rakan sekerja nak turun ke parking ke tak, jadi saya ikut sekali. Tapi tak mudah nak berteman selalu. Berdoa. Berhati-hati. Baca ayat kursi. InshaAllah.

    ReplyDelete
  19. memang penjenayah kat msia ni hati kering plus bengong.

    ReplyDelete
  20. Myra setuju dengan semua pendapat Lyd, penjahat sekarang semakin berani, kita yg kena lebih berhati2..
    Tp yg no 3 setuju, call semua kenalan bgtau info psl teksi tu

    ReplyDelete
  21. Sebenarnyakan Lyd, kalau katakan orang penakut macam saya nih, bila dalam situasi begini memang takut nak react apa-apa pun sebab lebih berfikiran negatif dari positifnya. Contohnya, ambil pisau kalau ada pencuri masuk rumah. Dahlah saya sendiri takut nak agah orang dengan pisau, inikan pulak nak cucuk si pencuri bedebah tu. Buatnya pencuri tak takut tengok pisau yang saya pegang, camna agaknya nasib saya lepas tu? Nak baling pinggan mangkuk periuk belanga? Oh, kang dia datang lagi dekat pastu tekap mulut saya sampai tak leh bernafas, lagilah susah....eh entahlah...kalau boleh elak lebih baik elakkan, ya tak? Kalau tak boleh....yang itu kena fikirlah nak wat camna....

    ReplyDelete
  22. Salam kenal..

    Betul tu ..kena more careful..skrg jenayah bertambah..org jahat makin ramai..kdg org yg kita percaya pun sbnrnya boleh jadi suspek.

    Jom ke blog akak kiranya sudi. Thks

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  23. Yang pentingnya kalau takder keperluan sangat tuk keluar malam ataupun berada ditempat sunyi sorang2..elakkan jer...lagi selamat..islam kan suruh kita sll keluar ngan mahram..tutup aurat..

    ReplyDelete
  24. Lyd pi keje cam mana. Tinggal kat mana

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya