Skip to main content

Bye Che Ta, Hye Ziana Zain

Sejahteralah ke atas kamu....

Sebelum ni aku pakai Safi Rania Gold yang ini. [hari ni aku pakai nametag kat ofis. bangga taw.]


sesuai dengan kulit muka aku. dengan kulit badan pun sesuai hahahah. tetiba rasa cam gewdiks jew.. cam gewdiks jew nak tukar ke Safi Rania Diamond. terpesona kot tengok ziana zain dah jadi makin putih dalam commercial ad safi rania diamond tu. ko jangan la jual barang kat aku sangat. nanti aku beli. huhu.


compact powder ni aku beli satu percuma satu kat guardian. harganya rm19.90 je. murohh. sekarang beli je la yang jual kat farmasi. gudbye la MAC ke bobbi brown ke. sebab aku pakai hok mahal, muka aku gitu jugak. takdenya nak jadi extra cantik ke hapa. eh, tapi yang silky girl ni okay apa bedak dia. tak caya gi beli sekarang dan pakai. harga pun mampu milik ye. aku pakai satu bedak ni 2 tahun. kehkeh. so, kalo rm19.90 untuk  2 tahun maknanya rm19.90/24 bulan = rm0.83 je sebulan. ceh tak pasal-pasal buat kalikesyen plak kat sini. nak tunjuk yang aku pandai matemetik lettew.

apa yang aku merepek ni sebenarnya??

Comments

  1. Eh nak beli gak la bedak silky girl tu. 2 way cake kan. Akk pkai bedak miyami tu. Kalau buy 2 free 1 sangat la berbaloi.

    Akk beli gak serum safi rania tu tp asik x pakai je. Lupa. Mana la muka nak cun.

    Nanti hello hello la kalau nak gathering. Especially kalau dah cukup bulan n hari jumaat. Sesuai sgt.

    ReplyDelete
  2. Suma benda di atas tu saya tak pakai lyd. Pakai lipstick sajork.

    ReplyDelete
  3. ingatkan pasal ape dah tadi... hehehehe
    xpernah lagi guna silky girl 2... nk try jgk lah...

    p/s: lama jgk x dtg melawat sini... hehehehe

    ReplyDelete
  4. Hahaha...napa ya kalau masuk sini aje terbahak-bahak. Bila terbahak-bahak aje memang dah ada kat blog nih :) Sakit jiwa raga I ni ok dibuatnya....

    Sebenarnyakan Lyd, kita memang termasuk dalam golongan yang senang terpedaya. Bila tengok iklan TV memikat aje, tak dan-dan nak pergi membeli.Iklan pun tak habis tengok lagi tu. Kita pun sama gak perangai. Tapi tulah lepas pakai produk yang diiklankan tu, takdalah dalam masa 24-7 terus kulit putih gebus, licin lincau gitu. Confused tau kekadang!

    ReplyDelete
  5. Orang dulu2 cuma pakai bedak sejuk dibuat sendiri dengan beras yang diperam dan ditumbuk. Hasilnya: natural beauty.....

    ReplyDelete
  6. best eh pakai bedak silky girl..nak beli jugak la nanti..

    ReplyDelete
  7. akak pun pakai pencuci rania..nak tenguk leh melepak tak cam ziana zain

    ReplyDelete
  8. yg safi rania tu pernah pakai..sama je muka takde perubahan tu yg malas nak pakai dah

    skang ni lagi suka pakai bedak baby tampal kt muka.malas dh nak bercompact.lg takkeluar modal..share je dengan anak.haha

    ReplyDelete
  9. bagus bagus siap buat kalkelesyen bagai.
    lama benor tahan bedak nya lyd?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...