Iklan! Iklan! Sila Click!

07 January 2014

Yang Tertinggal

Sejahteralah ke atas kamu....


Pagi tadi, masa driving gi ofis, dalam keadaan jem, pandangan aku tertancap pada kasut baby yang sangat comel tersidai di tepi jalan[penjodoh bilangan apa yang sesuai untuk aku guna kat sini memandangkan kasut ni hanya sebelah.]. Kasut tu la yang comel. Baby tu pun aku yakin mesti comel sebab dia baby kan. Baby kan semua comel. Kasut tu kasut baby girl. 

Fikiran mula melayang. Terfikir, mesti mak ayah baby tu bawak baby tu naik motor, sebab tu kasut boleh tercicir sebelah. Pastu aku teringat pulak, zaman aku kecik dulu aku pon selalu jugak naik motor dengan abah dan tercicirkan selipar masa atas motor yang tengah bergerak. Kalau aku sempat bgtau abah, abah akan pusing balik untuk kutip selipar tu. Kalau tidak, babai je la kat selipar tu, beli baru. Itu baru satu nostalgia masa kecik. Ada banyak lagi kenangan yang terlintas di kepala aku.... Diantaranya;

Mandi Air Telaga

Masa tu aku kecik sangat. Nak angkat cebuk pun tak larat. Cebuk plak bukan jenis yang plastik warna-warni macam zaman sekarang ni. Itu memang takde harapan nak buat mandi perigi. Cebuk ni buat guna tin milo atau tin minyak masak. [Dulu minyak masak letak dlm tin besi hokey. Sekarang je minyak dijual dlm botol plastik sebab besi mahal la kan.]. Tin tu nanti akan dipakukan kayu kat tengah-tengah tu pastu ikat dengan tali. Relevannya buat guna tin besi, sebab masa campak dalam perigi tu, nanti baru la cebuk tu tenggelam dan boleh ceduk air. Kalo guna yang plastik, lama mana nak dapat air ye dok? The best part of mandi perigi ialah..... aku berdiri belakang abang, atau kakak atau mak atau abah, pastu masa derang siram air kat badan derang, air tu pon kena kat aku. Macam ala-ala air terjun gitu. 

Gambar daripada Jakionline. Tak la sama sangat dengan cebuk air perigi yang aku guna masa kecik dulu, tapi lebih kurang la. Bayangkan je ada batang penyapu yang dipotong sama-muat dengan diameter tin tu.

Gembira Waktu Banjir

Aku dulu masa kecik, memang sangat excited bila banjir. Apa aku ingat air banjir tu macam air kolam kat taman tema?! Padahal banjir tu bahye, tapi sebab budak kecik selalu je fikir positif. Yang bahye2 semua tak de dalam fikiran. Kalau ujan lebat, bila arwah mak kata "hujan ni macam nak banjir je", aku mula la kejap-kejap jenguk belakang umah tengok dah naik air ke belum. Dari pagi sampai ke malam aku jenguk air dah naik ke belum. Bila dah malam, sebelum tidur siap berdoa moga-moga banjir. [bengong kan?]. Pastu pagi esoknya bila bangun pagi, tengok2 air dah penuh kat belakang umah.... hati rasa berbunga-bunga. Termakbul doa aku rupa-rupanya. Rasa bahagia dan indah bila tengok air banjir saujana mata memandang. Padahal air banjir warna macam teh tarik. Itu pon dah cukup buat aku gembira. Cerita ni, kalo orang Sg Isap baca ni mesti makan hati. Kot, ada budak2 kecik kat Sg Isap yang doa macam aku dulu tak? Huhu.... Bila dah besar ni, baru le aku faham banjir tu sebenarnya musibah dan bukanlah perkara yang menyeronokkan seperti berhibur di taman tema air.

 

Cicah-mencicah

Makan keropok keping cicah dengan air teh 'o' kalau takde sos cili. Makan bahulu cicah dengan air sirap. Memang suka mencicah aku ni. Patut amik aku berlakon dalam iklan ABC saus manis 'boleh juga dijadikan sos penciciah ganti chef Zam. Coklat yang femes masa dulu ialah jenama 'Kandos'. Kalau nak yang best skit coklat 'Crispy'. Selain tu keropok jagung disaluti coklat 'Gaga'. Paling best, 'O-ya'. [lebih kurang macam Super Ring, tapi peket kecik harga seposen je masa tu.]. Oya ni iklan dia yang paling aku suka. Dipakainya Oya tu macam cincin kat setiap jari. Pastu makan daripada jari satu demi satu. Seronok weh dapat makan Oya. Pasal Dindang dan Tora tu takyah cerita la. Aku paling hobi sekali pow abah aku Dindang kalau aku ikut dia gi kedai. Sampai pakcik aku panggil aku Dindang. Heheh.


Over-Excited Dapat Baju dan Kasut Baru.

Bila sekolah nak mula je tiap-tiap tahun, aku akan terlajakkk gembira sebab dapat kasut baru. Baju baru aku tak kisah sangat. Tapi dapat kasut baru aku memang beriya skit. Sehari tu agaknya dalam 24 kali aku cuba pakai. Sejam sekali. Amboih, takkan aku tak tidur kerjanya nak mencuba kasut je. Kadang-kadang sampai bawak tidur. Selagi mak aku tak tegur, selagi tu la aku pakai kasut sekolah baru tu masa tidur. Oooo... Patut le mak aku biasa beli kasut sekolah lagi sehari 2 je sebelum sekolah buka. Kalau mak aku beli awal, aku rasa mak aku yang tak tahan nak menengok aku try kasut baru sampai sebulan. heheh. Ye lah, dulu kan susah. Kasut pun hanya kasut skolah je la yang ada. Hari2 biasa pakai selipar je. Gi jalan pun pakai selipor jugek. Itu yang hepi sangat tu.  Tapi dulu.... walaupun dapat kasut baru setahun sekali, belanja sekolah pun 50sen je sehari, tapi takde rasa down pon. Sebab boleh dikatakan semua kawan-kawan pun macam tu. Semuanya membesar di dalam suasana yang bersederhana sangat. Time tu, mana-mana kawan yang ada pensel warna Luna yang 24 batang tu, dah kira mewah la. Kalau kawan-kawan lain nak pinjam warna-warna cantik yang ada dalam kotak 24 batang tu, hanya selected friends je yang boleh guna. Lepas guna, kena susun ikut susunan asal dalam kotak tu. Punye la menghargai pemberian mak abah. Padahal last skali lukih sawah padi berlatar belakangkan gunung yang ada matahari malu-malu nak keluar tu jugak la over and over again.



Botol Air Bentuk Henfon

Tahun 90-an dulu, masa mobile phone baru diperkenalkan, saiz dia besar lengan. Lengan aku masa kecik dulu la. Bukan besar lengan aku yang sekarang. Heheh. Nak beli memang tak mampu la, harga masa tu memang mahal terbabas alagapas. Jadi, bagi yang berangan nk pakai henfon masa tu, beli je la botol air berbentuk henfon. Memang trendy la sape yang ada botol air bentuk telefon ATUR tu. pepepeperghhh...



Okay la. Aku nak gi perhimpunan ni. Bukan perhimpunan haram ye. Kupai.













22 comments:

  1. Assalamualaikum...
    hohoho... panjang citer kisah silam ni.. kebanyakkan nye semua hampir sama dengan yg saya alami... hehehehe.. have a nice day.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg panjang ni nak mengungkit kenangan silam. Biasanya lebih kurang je pengalaman kita.

      Delete
  2. Mmg bestkan kenangan ms kecik2 ni esp rin ckup suka merayap..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh, ooo suka merayap rupanya rin ni. hehe.

      Delete
  3. senyum baca n3 ni..KA rindu sgt nak BW, apakan daya kudrat masih x daya sgt. buat2 sihat & kuat ajelah kan. TQ singgah blog KA yer!

    ReplyDelete
  4. Siannya kan kalau terjatuh selipar yg baru2 lagi tuh..:)
    Sy ade gak memori mandi air telaga..sejuk tuh..kalau pepagi mmg tak larat nak mandi nak pegi sekolah..
    rsnya semua bebudak sukakan banjir..sy dulupunsuka...tp umah kami tak kena sbb atas bukit..turun bwh bukit sikit dah leh nampak banjir...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih, kalo nak mandi pagi2 tu yg bercinta tu. Time mandi perigi tu saya tak skolah lagi. So, selamat le drpd kena mandi air sejuk2.

      Delete
  5. nostalgia betul..
    saya pernah guna cebuk camtu, mandi kat sungai semantan bila time kat rumah takde air, dah serupa gi berkeloh dah rasanya dulu..
    suka juga kalau time banjir, tapi bila dah remaja tak suka sebab baru perasan air tu campur ngan air jamban tapi bila dah dewasa insaf dan kesian tengok mangsa banjir malah berdoa moga tak berlakunya banjir...
    saya ada botol air macam tu masa kecik dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman dulu kita buat apa2 mcm tak cover2 pun kan. Berkemban selambe je kat sungai. Heheh.

      Delete
  6. eh, kenapa aku tak sempat rasa mandi perigi ek..memang waktu aku kecik blakang umah aku ade perigi lg..tp air paip pon dah ade..ko lahir 70an ke lyd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. weh, aku lahir tahun 80an. Waktu tu dah ada air paip tapi selalu je takde air. So, sama ada mandi perigi atau mandi sungai depan rumah la. Biasanya pilih mandi perigi sebab privacy skit.

      Delete
  7. tempat saya selalunya banjir paras buku lali jer . part yg paling x blh nak fikir bila nampak segala jenis cacing mengeluarkan diri dari dlm tanah , heeeee . byk sgt kan kenangan terindah zmn kanak2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan cacing je awak, lipan kala jengking semua keluar. Time ni la nak jumpa spesis pelik2. Siput besar tempurung kelapa la.

      Delete
  8. Waaahhhh...cool la pulak tgk cebuk tin milo tu...
    Keropok keping cecah teh o saya tak pernah buat..tapi botol air bebtuk henfon tu, rasa rasanya saya ada dulu..

    ReplyDelete
  9. Bab mandi tu, sbb aku membsr kat berek polis...maka takdelah mandi air telaga tetiap pagi melainkan klu blk kampung (dulu kmpg kt Perelih).

    Aku dr dulu smpi la ni, takde experience banjir. Tatau nak rs macam mane. Tapi bila dah tua2 mcm ni, klu boleh elaklah.

    Bab cicah mencicah. Aku tak nak komen bab cicah tp nak komen bab jajan. Umur aku ngan ko boleh kata lbh kurang je (ececececeh). Seme jajan yg ko sebut tu, aku cam tp Oya je aku mcm bingung2 sket. Oya? Serius aku tak igt lgsg. Sobs...sobs...

    Disebabkan org tua aku pun bkn jenis org senang, nak dpt baju kasut baru tu sket punye susah. Tp klu dpt, sygnye bebenor. Tapi aku ni jns susah sket nak dpt apa yg aku idam sbb saiz aku yg terlebih dr org lain ms kecik. Sedih....

    Botol air henpon? Bab yg ni, org tua aku pun dok melayan gak. Tapi beli jenis murah. Plastik yg ade bau petrol kuat gila tu. Sekali je bwk g skool. Sbb tak thn bau, terbuang gitu je.

    Ouh, aku rindu zaman kekanak.

    ReplyDelete
  10. wah bahulu cicah air sirap..betul2 nostalgia tu....dah lama pulak tak makan bahulu,nak tunggu orang belanja ni

    ReplyDelete
  11. kenapa kisah silam nko sama dgn koi nih.../??sampaikan housemate koi cakap koi ni macam org tua takde gigi makan bahulu cicah ...

    ReplyDelete
  12. Teringat zaman tu sapa ada henfon memang orang tu sangat hebat dan kaya. Pegang henfon pun ada gaya tersendiri, maklumlah henfon sebesar anak gajah....

    ReplyDelete
  13. bab mandi perigi tu best. tetiba ciksu plak dok bayang tgh mandi guna air perigi. hihi

    pernah gak pi berenang dlm air coklat kt kebun getah lps hjan lbat. teruk benor. tak danya pikir takut ke apa.jnji dpt mdi. hahaa.

    lagi satu kan suka koyak tengah buku pastu buat kapal. pergi main kat sungai. msa tu ciksu dgn arwah adik. blk comfirm kena marah. tp x serik. nape erkk.

    byk kan kalau nk ingt satu satu

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...