Skip to main content

Misi Mencari Acuan Telur Comel

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku suka bajet macam aku ni orang Jepun. Boo!! Kalau makanan nak buat yang comel-comel kalau boleh. Masa baru kawen dulu, aku rajin jugak potong sayur carrot buat bentuk bintang la, bentuk hati. Feeling macam dalam telenovela la kan. Sekarang takde masa dah nak potong bentuk-bentuk ni, kalau anak dah peluk kaki time aku masak. Semua nak buat cepat2 asal boleh je. Lagi haru selalunya sayur pon dah tak masak dah sekarang. Masak lauk utama je.

Nak diikutkan memang tak sempat nak berseni-seni kat kat dapur, tapi minat tu tetap tak padam. Tu sebab aku nak cari egg mould atau acuan telur yang comel-comel bentuknya. Selain dari gunakan untuk goreng telur, boleh juga guna untuk buat pancake yang aku suka makan tu. Semalam aku dah google, jumpa satu website ni, BentoCraft. Ya ampun, comel-comel sangat tools yang dijual kat situ. Macam-macam jenis. Acuan sosej, acuan telur rebus, acuan pancake, acuan nasik. Shommelllll shangatshangat tau. Aku terus je rasa tak sabar nak tunggu Luth masuk skolah, aku nak buat Bento kat dia. Tu pon kalau dia ikut perangai papa dia, suka dan tak segan bawak bekal gi skolah. Kalau dia mengikut aku, dulu aku malu nak bawak bekal gi skolah. Hishh... perangai tah hapa2 masa kecik. Tak pandai nak hargai bekal yang mak nak bagi. Satu lagi ada aku jumpa kat Facebook. Acuan Telur Comel. Harga dalam 20an. Yang acuan silikon kat Bento Craft dalam RM6.00. 
Ini sauce container. Comelnya.

Boleh le buat telur bentuk comel2. Baru semangat nak makan. *tak comel pun selera kus semangat ni, kalo comel double la kussemangat dia.


Bayangkan pagi-pagi, buat nasi goreng, pastu buat bentuk beruang, bagi Luth bawak bekal... Sampai skolah, dia berlari dengan bekas bekal tu, bila buka bekal time nak makan, Bento dah jadi Beto Khusyairi. Huhuhu... Tutup muka.
Ko mampu?


Sebelum aku beli online, aku nak gi cari kat Daiso IOI Mall dulu. Kot-kot ada jumpa yang best-best kat situ, boleh la aku beli. Harga satu mesti la lime hingget je. Kalau dah confirm kat Daiso takde jual tu, baru beli online.



Comments

  1. arghhh.. sepatut tekan publish button.. saya tertekan sign out button.. abis komen berjela2 tadi.. :P

    tak per la.. nak bajet org jepung ka.. orang asli ka.. janji bahagia.. kalau anak sulong saya dia bajet jadi org korea.. wakakaka.. peha pun cam ayam goreng kan.. nak jadi org korea.. kakakak.. >> oppss ngumpat anak sendiri lak<<
    >> comel kan acuan2 gini.. sesuai untuk bekal anak2.. tapi kalau haikal takde acuan2 dah.. boh je dalam bekal dia yang ada 2 bahagian tu.. 1 letak roti dan 1 lagi letak buah.. or mama goreng nugget ka.. sosej ka.. ok lah tu kan.. :) sbb haikal rehat kul 3 pm.. dia skolah sesi petang.. mama siapkan bekal haikal seawal 7am.. so mama letak benda2 yang tak cepat basi lah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, penat je taip tapi tersign out.

      kalo camtu kinah suka makan kimchi dgn tobokki la ye? Heheh.. Peha ayam goreng takpe, sebab tak jadi penyanyi MPop. Org tak nampak. Hahaha.

      Roti dgn sosej boleh buat bentuk2 apa. Tapi haikal mesti malu kalo mama dia buat bento utk dia, sbb dia dah besar. Dia kan macho man skrg. Tapi still dia bagus sebab dia mahu bawak bekal.

      Delete
  2. Untunglah Luth, belum merangkak ibunya dah merancang bagaimana persekolahannya nanti. Masa anak2 saya masih kecik2 dulu saya tak sempat merancang tentang masa depan persekolahan mereka. Maklumlah ada 6 anak, kebanyakan pula lahir setahun seorang, jadi cuma sempat pikir penyelesaian masalah semasa....

    ReplyDelete
  3. Memang comel ada pelbagai bentuk kan..
    maybe sebab ada anak kot tu yang seronok dok cari yg comel2 :)

    ReplyDelete
  4. wah!, kalau macam bentuk-bentuk ni macam tak kenyang je..hahaha

    ReplyDelete
  5. Dear, cari kat kedai kek. Dell jumpe kat kedai kek sri damansara. tersorok gak kedai tu,

    ReplyDelete
  6. selalu daiso murah kat aeon ipoh section 18 perak ada..cuba cari sana dulu selu ada jer

    ReplyDelete
  7. comel2 plak acuan ni semua..boleh beli untuk tarik minat makan si kembar ni...diorang sekarang payah nak makan la...minum susu je...

    ReplyDelete
  8. nak kena cari jugak ni...mana tau boleh tarik minat si kembar tu makan...xde la duk lantak susu je...

    ReplyDelete
  9. Kalau diikut saiz aku, tak puas mkn yg comel2 nih...haha

    ReplyDelete
  10. Wah..kreatifnya mama luth nie...kalau kawan2 dier tengok tuh mau fengsen balik umah suruh mak mereka buat jgk...maulah fengsan jgk mak2 mereka nak berkreatif gitu...hehehe..
    kalau dak2 pompuan lak mseti sayang nak makan kan tengok shomel2 tuh...hhehe

    ReplyDelete
  11. cute memamg cute

    teringin memang teringin

    tp tak tau bile nak pakainye...

    hehe!

    ReplyDelete
  12. Woww kreatifnya .. tapi rasa tak sampai hati pula nak makan .. hehhe

    ReplyDelete
  13. sy beli utk qisya yg utk cookies punya...itu pun dh geram tgk, ada rabbit, ada doremon..comel sgt..utk roti pun beli gak...konon nak wat homemade rusk..telur je blm beli lg..sbb xajar lg qisya mkn telur..lyd kat kedai DIY byk kot.

    ReplyDelete
  14. Orang Jepun ni memang berseni, kan. Banyak masa terluang kot mak-mak Jepun ni. Kalau di pejabat ni, bila dapat hadiah dari boss sukanya alahai...memang berseni-seni bungkusannya, makanan seciput aje kat dalam tu :)

    Sukalah mould yang comel2 ni tapi malas nak buat bekal anak sebab dia cerewet yang amat. Cantik ke tidak, takda menjadi kehairanan buatnya. Eh, nama anak kita tersama pulak!

    ReplyDelete
  15. wah makin berseni la nanti mama lyd. cepat dapatkannya.

    ReplyDelete
  16. Sy pon tgh obses berbento jgk utk anak. Hihi. Nak share jugak kat mana sy beli acuan bento murah online. Sy dah compare www.bentocraft.com tu memang mahal berganda-ganda. Cuba cari page ni https://www.facebook.com/BentoCraftAccessories :)

    ReplyDelete
  17. Myra dok cari jugak acuan2 gini Lyd, tak kiralah ada anak ke belum ke, boleh apply kat anak sedara yang susah bebeno nak makan.. :)

    Memang kena rajin la kan klau nak berbento..

    tapi hat lawak bila Lyd cerita Luth bawak bekal beruang, jadi Beto Khusyairi.. Adehhh gelak keras perut :D

    ReplyDelete
  18. Comei gile...baru nak berjinak2 dgn bento. Xsbr nak g daiso cari acuan comel2

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya