Skip to main content

WishList Aku

Sejahteralah ke atas kamu....


Aku ada impian yang ingin aku capai sebelum aku 'pindah ke lubang kecik 4 segi tepat'. Diantara impian-impian tu ialah;

1.  Nak menulis buku. Aku teringin nak menulis buku at least sekali seumur hidup aku ni. Aku belum ada idea lagi nak tulis buku pasal apa. Yang pasti bukan novel la. Sebab aku tak pandai nak buat cerita, buat konflik pastu selesaikan sendiri konflik tu. Mungkin buku pasal parenthood, atau pasal kewanitaan ke. Hehe.. dengar genre pun dah bosan. Kalo keluar buku tu sok, lagi le bosan sampai terkeluar bijik mata sape yg baca. Ahh tapi aku tak pedulik, buku tu bosan ke tak, aku nak tulis buku bukan utk keuntungan. Tapi kepuasan. Sama macam kepuasan seseorang wanita memiliki berlian. [Ingat lagi tak iklan habib jewel dolu2?]

2.  Nak keluarkan produk perniagaan sendiri. Produk yang takde orang pun dalam dunia Malaysia ni buat. Produk yang aku menjadi satu-satunya pengeluar. Produk berkualiti yang aku boleh jual dengan harga murah. Tapi aku masih lagi sampai sekarang takde idea nak keluarkan produk apa. Kehkeh. Tiap2 hari aku berfikir tapi aku tak dapat idea jugak. Cemana tu?

3.  Jadi sukarelawan. Yang ni memang impian aku sejak sekolah. Orang kata kalau nak seribu daya, kalau tidak berjuta la dalih dia. So, aku rasa mungkin aku ni banyak sangat dalih sebab tu masih tak dpt nak jadi sukarelawan seperti yang aku idamkan tu. Ntah la, aku rasa ruang untuk aku berkhidmat untuk masyarakat belum terbuka. Setakat bantu-bantu bagi derma tu belum cukup untuk memuaskan hati aku. Aku kalau boleh nak membantu orang susah dari segi tenaga, masa dan harta sekali. Masa banjir kat Pahang baru-baru ni, aku nak sgt turun Kuantan untuk tolong sedara mara cuci rumah. Tapi..... oo..ok... lebih baik aku stop sebelum aku beri dalih aku yang ke sejuta tu.

4.  Pergi haji di usia yang muda. Aku ni pun dah hampir nak jadi tua. Taun depan, usia ahli syurga aku ni dah akan bertambah setahun. So, dah tak sama dengan usia ahli syurga lagi la. Maknanya dah tua. Tapi turn lambat lagi. Buntu di situ.

5.  Terer menjahit tahap tertinggi. Hahaha... nak terer kena la belajar. 

Apa lagi eh? Itu je la kot buat masa ni.

Comments

  1. Bab tunaikan haji usia muda dan menulis buku tu memang best. Buat haji time muda ni, lebih selesa berbanding bila usia kita dah warga emas nanti. Masa muda ni lah kudrat masih kuat lagi.

    ReplyDelete
  2. Yang nak tulis buku style bkn buku citer tuh myabe perlukan byk research ngan pengalamanlah rsnya..tulis novel jer blh merepet2..heheh..
    yg bukak bisnes sendiri tuh mcm ala2 inventor lah lyd yer..heheh
    yg nak pegi haji tuh ..keep making doa n put some effort..jejimat duit byk2 ..inshaalllah
    pepun semoga tercapai ceciter2..:)

    ReplyDelete
  3. hat no 5 tu kita sama. hehehe. tp macam bila ntah. huhu

    ReplyDelete
  4. mudah² wishlist awak tercapai ye..aminnn

    Jemput singgah ke blog
    Blog Azhafizah.com

    ReplyDelete
  5. awak nak tahu Lyd.. impian saya sama jer cam awak cuma no 2 tu lain sikit. saya teringin nak berniaga tapi sampai sekarang dok terfikir perniagaan apa..??

    Semoga impian awak akan tercapai..Aamiin..

    ReplyDelete
  6. moga tercapailah apa yg dicita2kan yer.. KA pulak berangan2 nak jadi penulis tamu kat mana2 majalah or paper yg meletop hehehhe

    ReplyDelete
  7. Aku doakan moga segalanya tercapai. Impian ko kat atas ni, hampir nak sama dgn impian aku. Salah satu, haji tu. of cos la, aku pun nak pegi tapi turn tu. TURN!!!! Buku? Aku pun nak menulis dan terbitkan buku tapi aku tak ckp knowledge utk menulis psl parenting skills atau hal2 wanita. Kalau bab imaginasi novel pulp fiction (bukan cinta hokey), Inshaa-Allah. Nak jadi inventor, mungkin sukar sbb aku tak punya daya pemikir sehebat The Jobs. Huhuhuhu~ Klu jual kek atau biskut yg dah org len dah berzaman bt bisnes, Inshaa Allah. Sukarelawan? Dr ms sukan komanwel 98, aku berangan nak nak jdk sukarelawan gituhh. Hahahahahah! Tapi aral melintang di mana-mana. Sekian.

    ReplyDelete
  8. Wow..semoga sgla wish list dpt dilaksanakan..inshaAllah

    ReplyDelete
  9. Mcmn klu akk bukukn penulisan akk kt blog ni.. edit sikit sikit.. hihi

    Ps: akk.. zahra pndai meniarap jer.. pusing telentg blik die x reti.. hihi.. kdg2 wktu die meniarap tu nmpk die pent.. ld tlg pusingkn..

    ReplyDelete
  10. Buat buku adalah satu dari cita2 saya juga...dan ia belum tercapai, walau pernah memulakannya dulu. Cuma buku yg menjadi cita2 saya bukan novel, bukan dokumentari, tapi biografi tentang diri sendiri untuk dilihat anak cucu akan datang...

    ReplyDelete
  11. bab buku tu, aku akan nantikan...

    hahaha.

    ReplyDelete
  12. moga tercapai apa yg dihajati yer kak..

    ReplyDelete
  13. in shaa Allah
    pasti ada nanti.
    semoga dipermudahkan ye lyd

    ReplyDelete
  14. same here. haha... buka tu mmg teringin nak tulis. dah ada idea tp mood tu tak smp. member pn dh pnt srh tulis buku. entah mampu ke tak buat x tau la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya