Iklan! Iklan! Sila Click!

13 December 2013

Pertama Kali Makan Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu.....

Ini gambar semalam masa aku first time bagi dia makan sendiri.  Mari kita tengok apa jadi...


Langkah pertama : makan guna sudu

Langkah kedua : Gigit pemegang sudu billa dah bosan nak makan pada sudu.


Langkah ketiga : terbalikkan mangkuk.

Langkah keempat : sambung nakal.

Di Bawah Jagaan Papa

Tak tahu apa yang menyampuk aku, sehinggakan semangat aku untuk blogging semakin pudar. Mungkin sebab musim hujan ni, udara lembap, maka otak aku pun turut menjadi lembab.

Tengahari semalam aku kena ambil Luth daripada rumah nenek sebab nenek jatuh dan pengsan kena masuk hospital. Aku kerja separuh hari je la semalam. Hari ni, aku request papa Luth amik cuti. Biar dia plak jaga Luth. Cuti aku dah habis. Dah la aku baru je MC Selasa lepas. Rabu plak aku memang cuti. Khamis aku keja halfday. Dah tu apa je keja aku kalo aku asyik cuti je? Rosak la reputasi aku kang.

Sebelum pergi kerja pagi tadi, macam-macam la aku pesan. Mandi kul berapa, makan kul berapa, susukan dia, tidokan dia, bla bla bla. Heheheh.... Luth mana pernah tinggal berdua dengan papa dia dalam jangka waktu yang lama. Kalau setakat take turn masa aku masak ke, aku still ada kat situ. Itu pun tak lama sangat. Ini nak tunggu sampai rehat tengahari karang, aku berdoa papa Luth mampu handle. Aku yakin Mat Azghul boleh!

25 comments:

  1. Macam ni lah klo anak makan sendiri ☺☺

    Good luck lah papa luth.

    ReplyDelete
  2. cm besar je taman permainan dia..
    mmg best dpt main dalam tu.
    hehe..
    dh besar dh bleh makan sendri tu.

    ReplyDelete
  3. gitu lah ai pun dulu.. cuti habis ke dia jer.. semua pasal anak . hehe..
    samalah dak syukrii. mula2 je pgg elok sudu. pahtu gigit pemegang. haha

    luth, dok baik2 ngan papa.

    ReplyDelete
  4. Ms Aydin baya Luth, cuti mmg abs sbb dia. La ni je bila dia dah bsr2 sket, cuti stil ade g. Hahahaha~

    Klu tak diberi peluang pd en.somi jaga anak, takdelah diorang pandai nak menjaganya, kan? Bg peluang diorang jdk pandai. Hahahaha~

    ReplyDelete
  5. Time ni la nak bagi papa luth 'bermesra' lebih dgn luth. Bila lagi kan?? :D

    ReplyDelete
  6. Wah...dah pandai mkn sendiri...byk yg keluar ke yg masuk mulut tu...mama kena byk sabar ni...hehe...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum lyd...comel jer makan sendiri...:)

    ReplyDelete
  8. alahai luth.. papa dia suruh anak berdikari.. haha

    ReplyDelete
  9. comel nyer bakal menantuku nie..heheh dah pandai makan sendiri plak tuh..arissa skrang kalu kita pegang makanan dia asyik tarik tangan nak amek makanan tuh..
    takper papa luth mesti secara otometiknyer tuh akan pandai jg anak jantan dia..mama luth tak perlu risau...
    p/s - tak sabar nak nengok dagu mama luth yg berdagu belah ala siti tuh..hihih

    ReplyDelete
  10. insha Allah boleh . cuma sabar dgn idaknya tu ler ... heheheee

    ReplyDelete
  11. Salam kak.. Luth dh pandai duduk ke kak?

    ReplyDelete
  12. Salam kak.. Luth dh pandai duduk ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pandai dah duduk. skrg ni asyik duduk je. Orang pegang dia tepis sbb konon dah besar sgt le tu dia.

      Delete
  13. ala comel.. hehehe gitew ler kalau dibiar dia makan sorang2kan..
    Ala, mama jangan bimbang papa Luth ok jer, kan2.. ^_^

    ReplyDelete
  14. alaah...tomeynyer dia...kecik2 dah berdikari yer...

    ReplyDelete
  15. as-salam.
    la pulak. xpa la rehat dulu k.
    nenek sakit apa lyd. harap x lama x masuk spital. sian luth. mama luth juga.

    acaner papa luth jga anal bujang dia. ok tak?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.. Pandai nya luth makan sendiri.. Atleast.. Dari fiyya ni still bersuap kejor mengejor lak tu sekali nak bagi makan. .. Sabor jer ler.. Hahhhahaha sambung nakal tu best.. Comel je sambung nakal.

    ReplyDelete
  17. Bila dah selalu2 jaga anak, dah dpt banyak pengalaman, nanti si-papa pula akan rasa keseronokan dan keterujaan menjaga anak, kemudian keketagihan, percayalah.....(berdasar pengalaman sendiri..)

    ReplyDelete
  18. comel Luth! jangan risau kak..mesti papa luth jaga seperti akak :)

    ReplyDelete
  19. morning lyd
    mood ’L’ masih menguasai diri lg ke. hihi
    nenek camno. dah baik ke?
    sapa jaga luth?
    oh ya, brg yg sy kirim dh trima blom. riso pulak. huhu

    ReplyDelete
  20. Menjaga anak baya-baya Luth ni memang perlukan tumpuan yang lebih. Saya ni pun kalau cuti Sabtu Ahad, sure tinggalkan blogging sebab sibukkan jaga anak. Time kerja je boleh curi-curi masa time masuk awal.

    ReplyDelete
  21. Luth tengah belajar tu kak....hehehe..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...