Skip to main content

Perlu Ke Share Semua?

Sejahteralah ke atas kamu...


Satu hari, sorang ofismate aku yang bernama Asan*bukan nama sebenar* tegur aku, dia kata aku pakai baju nampak macam makcik. Aku tak ambik port sangat sebab aku macam dah disuntik dengan vaksin penyakit 'jiwa lemah kena kutuk macam makcik-makcik atau kena kutuk gemuk'. Tapi aku whatsApp suami aku, mengadu. Hahahaha... Lepas tu, laki aku reply, dia kata bak sini nombor si Asan tu biar dia marah skit budak Asan tu. Aku reply dengan ketawa golek-golek je la. Kita pun kenal la pasangan kita. Antara gurau dengan serius. 

Sambil berbalas2 watsep dengan Mat Azghul, aku bagitau Asan, "Hei, Asan, laki aku mintak nombor tepon ko".

Pastu Asan dengan muka berubah berkata, [mungkin sebab malu dengan laki aku] "itu pun ko cerita kat laki ko?". Asan ni untuk makluman, masih bujang dan insyaAllah akan menamatkan zaman bujangnya tahun depan.


Aku nak tanya korang, korang yang ada pasangan la... korang cerita semua tak aktiviti  korang dengan pasangan. Ataupun bagi yang single, korang rasa korang suka tak nak cerita semua kepada pasangan bila korang dah ada pasangan nanti? 

Dulu aku pernah single. Aku rasa macam aku memang jenis suka nak cerita semua benda pada pasangan bila aku berkahwin nanti. Ternyata suami aku juga jenis macam tu. Padahal setiap hari pun tanya benda yang sama, "makan apa?", "dah sampai ofis ke belum", "dah sarapan ke", "dah lunch ke" dan benda2 remeh yang lain seperti, "ari ni saye naik tangga nak pegi ke tingkat 8 parking". Dan sebagai contoh topik yang aku cerita "tadi Asan cerita pasal dia nak beli kereta baru". Semmmmua ok? Semua. Kalau ada yang tak dicerita tu pun sebab lupa.

Then bermula la episod mati kutu si Asan bila semua orang di sekeliling meja aku membantu memberikan jawapan dan semuanya memihak kepada aku. Bukan pasal aku pakai macam makcik-makcik tu. Tapi pasal semua benda nak cerita kat pasangan. Rupa-rupanya bukan aku sorang je yang suka bercerita semua benda kepada suami aku. JekJan, Ida malahan Izwan pun. 

Pastu si Asan ni mula la kata, dia rasa dia bukan macam tu. Sebab tu dia rasa aneh bila gf dia cerita pasal ofis gf dia, sampai Asan rasa dalam hati, "apsal le ko nak cerita benda tak penting ni". Berbeza pulak dengan izwan. Oleh sebab izwan dah kawen, maka pendapat dia, kalau gf mungkin takpe tak cerita semua, tapi bila dah kawen, kita cerita semua benda tu bukan pasal kita gedik nak mengadu atau nak mengumpat. Cuma saje nak dijadikan topik perbualan. Habis tu kalau tak cerita pasal aktiviti harian, atau pasal berita terkini hiburan sensasi yang berlaku di sekeliling kita pada pasangan, mati kutu la jadinya. Nak cerita apa lagi kan? Takkan nak diam je ko tengok muka aku, aku tengok muka ko. Dannnn... izwan pun dah bocorkan rahsia kat Asan yang kisah pasal Asan nak beli kereta baru pun dia citer gak kat wife dia. Hahah.. Boleh? Dan rupa-rupanya, Jekjan pun cerita kat suami dia pasal Asan nak beli keta dan Ida pun cerita. 

Apa yang menyebabkan Asan confuse pasal habit bercerita semua benda kepada pasangan ni sebab dia kata, satu hari tu dia pegi kenduri sorang lagi ofismate yang lain. Masa bersembang-sembang, tetiba suami kepada salah seorang ofismate kami tanya dia, "jadi ke nak amik keta tu". Terus Asan rasa pelik. Rasanya dia macam baru first time jumpa suami ofismate ni. Cemana dia boleh tau plak pasal dia nak beli keta. Hahahah... Sian Asan. Takpe. Nanti dia dah kawen, sedikit sebanyak dia kena jugak lalui perkara tu semua. Kalau dia tak cerita semua pun, mungkin wife dia yang akan cerita je macam2 kat dia. 

Tapi aku yakin, tak semua orang macam aku dan ofismates aku ni. Aku tak kata plak wajib cerita semua benda pada pasangan. Terpulang kepada cara masing-masing la kan. Yang mana kita selesa, kita praktikkan la dalam rumahtangga kita. Betui tak?

Comments

  1. Hehehe...kami pun jenis citer sume, kecuali lupa/penat. So, jangan pelik kalau suami saya kenal nama Lyd & geng blogger lain. Saya pun tau citer geng opis dia. So, kita tau kehidupan pasangan kita.

    Hari2 pun kerap sms..dah naik tren, sms. Dah sampai opis, sms. Pastu sibuk tanya saya dah bfast..dah lunch..tido ke.. :D

    ReplyDelete
  2. Sama la ujie. Suami saya plak baca blog saya. So sesape yang komen tu dia agak familiar la. Kalau saya nak kongsi pasal blog contents orang yg selalu komen, dia biasanya akan kenal la... mcm saya ckp, "ari ni saye baca kat blog ujie dia cite pasal...bla..bla..". Heheh..

    ReplyDelete
  3. biasanya hubby yang suka bercerita, akak lak tengok keadaan, jika tak melibatkan sensitiviti, ok jer tapi jika perlu simpan kerahsiaan, insya allah akan pegang amanah itu sampai bila2. Jgn le sesapa dok tnya bertubi2, pastinya tak dpt punya..

    ReplyDelete
  4. Betullah lyd..suami isteri mmg tiada rahsia..wpun dok umah takder byk gosip luar..sll jgk citer psl rkn2 bloggers.berITA2 yg bc kat tenet..dia pun sama gak.sll citer psl hal2 kat tpt keje...hehe

    ReplyDelete
  5. betul-betul.. biasalah tu cerita apa yang berlaku kat pasangan.. kalau tak, nak borak ape lagi.. husband saya pun baca blog yang saya follow.. boleh kata dia tau lah apa yang saya tau.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Lyd...rin pun citer semua bnda jgk tp mesti psl perempuanla mostly..klu citer psl org laki tu org laki ni..kompem hubs rin bt muka xsuka sbb dia seorang yg sgt cemburu..haru x..so mmg xd la cerita psl org lelaki lain kt dia

    ReplyDelete
  7. mula-mulakan masa belum kawen memang lokman tak suke aku cerita semua benda...

    tp sejak 5 bulan macam dah berubah, die pulak nak tau semua benda yang jadi kat aku...

    aku memang akan cerita semua benda kot kat laki aku.

    one of bullet untuk suami senang buat keputusan atas kite.

    yelah, pemimpin rumah tangga kan?

    ReplyDelete
  8. ha'ah..samalah, sayapun suka bercerita kat hubby hingga semua kenalan saya, hubby kenal. Tiada rahsia. Yang berat ker yang remeh ke kami kongsi bersama...

    ReplyDelete
  9. samalah kak lyd, ema balik dr kerja...apa yg buat hari ni akan bgtahu suami...

    ReplyDelete
  10. harus la cerita, kalau dia tak nak dengar pun citer jugak, dah kata soulmate kan...
    pasangan2 yang kurang komunikasi ni la yg buat hubungan tu jadi dull ok, kang bila dah tua sikit mula berubah hati kang bercerai berai...

    kena cerita, walau kadang sang suami takde pun citer semua kat isteri standard lelaki la kan..tp yg diam seribu bahasa tu lagi bahaya

    ReplyDelete
  11. ASan...asan. Tunggu lah ko dah kawin nanti...hehehe

    Saya pon mcm tu LYd. Mesti nak citer ngan somi.

    ReplyDelete
  12. Aku kat rumah malas nak bercakap...
    mungkin sebab di ofis dah jenuh bertekak
    mungkin sebab topic yang kurang kena
    mungkin sebab berahsia... err..?

    ReplyDelete
  13. Aku pun share. Kena ngorat pun, share jugak! Hahahahah! Poyo tak? Laki kite jelah bff yg kite ade. Cite suka org cite duka, kat dia jelah....

    ReplyDelete
  14. sama.. saya pun jenis cerita semua kt suami..tp kan.. klu benda yg boleh buat suami gaduh dgn org lain..contoh ada org bagitau yg ada sedara mara suami duk jaja buruk suami kita kt orang.. ha tu mmg fikir byk kali nk cerita ke tanak.. sbb kang gaduh plak..tp klu tak cerita mula rasa tak senang duduk je.. alahai..

    ReplyDelete
  15. Saya pun selagi sempat dan ingat memang nak cite semua kat suami. Hehe. Cerita2 pasal kawan ofis pun sekali la.

    Suami kan bestfriend kita jugak, so pada dia la tempat kita berkongsi cerita. Hehe

    ReplyDelete
  16. cerita...kadang tu pakwe koi yg suka mnyakat ni siap rakam diam2 aksi koi tgh bercerita ni...pastu gelakkan
    mama kalau bercerita..dgn kaki,,tangan..kepala..semua amik part.
    henpon bos masuk toilet bowl pun cerita
    kat pantry ada cicak besar pun cerita

    ReplyDelete
  17. fiza pun sama macam akak..semmmmuuua cerita..kalau tak cerita tu terlupe..hihi..seronok apa at least ade topik nak dibualkan mengeratkan hubungan gitu..semua pun share bersama kan :)

    ReplyDelete
  18. sama la. suke citer jugak. ayat utk nyembang. hikhik

    ReplyDelete
  19. mmg pn. dah smp tmpt keje wajib la bgtau. kalo jdk apa2 sng kita tau. mmg sekecik2 bnd cite. kecuali time mrh2 syg. msg2 bercerita thru anak2. blh gitu? naknya psgn tahu apa cerita ari ni tp mls nak ckp dpn2. mrh la katakan. cittt...

    ReplyDelete
  20. Bila dah kawen of kos la akan bercerita segalanya dengan suami kan :)
    Sekurang2nya suami kita tahu aktiviti kita dan elakkan dari cemburu..

    ReplyDelete
  21. Dah kawin lain kot kaedah dia. haha. Biasa la single ni nak bebas. Takkan semua benda nak ceritakan.

    ReplyDelete
  22. aku ngan wife aku pun slalu share jugak hal2 mcm tuh. cuma kalo mmbr aku ada sruh aku rahsiakan, aku x citer la kat wife aku.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya