Skip to main content

Keresahan Yang Tidak Mampu Disukat

sejahteralah ke atas kamu,...

aku orang pahang. orang kuantan. pada waktu air mula naik bermula hari isnin 2 disember 2013 yang lalu, aku dengan keluarga kecik aku iaitu mat azghul dan encik luth bergerak pulang ke kuala lumpur. jam 7.30pagi. tengahari tu aku dapat berita, jalan charu - sungai lembing sudah tak boleh lalu. 


jambatan ni tiap2 tahun banjir. tapi inisiatif pihak berkuasa tempatan untuk naiktarafkan jambatan ni supaya jadi tinggi dan tak terkena banjir anymore. maka, dibina satu laluan alternatif kat sebelah jambatan ni sementara nak tunggu jambatan ni siap. aih, sekali tak sempat pun, jalan alternatif dah hancho berkecai dulu.

ni pulak gambar pekan sungai lembing. 
kalau sungai lembing banjir, memang tiap2 tahun paras ni. aku boleh buat kesimpulan, banjir kat sungai lembing tahun ni tak teruk pun. tahun 2001 lagi teruk.

TAPI..... tahun 2013 ni banjir di bandar kuantan yang paling teruk dalam sejarah. sg lembing yg aku kata tu tak masuk dlm bandar kuantan. lebih teruk daripada banjir 2012. cuba bandingkan dua gambar ni, diambil dari tempat yang sama, depan berjaya megamall.

ni gambar tahun 2012

yang ni plak tahun 2013. lagi pekat airnya.

depan kolej shah putra, indera mahkota.

sungai isap

sungai isap jugak
kak long aku, abang Di dan abg chik aku terkena musibah ini. umah abg Di di cenderawasih, rumah kak long di sungai isap dan rumah abang chik di bukit rangin. semuanya dinaiki air. rumah kak long paling teruk. dengar khabar air sampai ke paras bumbung. 

aku turut bersedih dengan kehilangan yang mereka terima. bayangkan hanya tinggal sehelai sepinggang. air naik dengan begitu pantas. aku nak tolong banyak pun tak mampu jugak. sikit-sikit tu boleh la. namun aku bersyukur kerana keselamatan mereka masih Allah pelihara. rencana Allah tiada siapa yang tahu. apa sebenarnya di sebalik kejadian ini Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Comments

  1. Semoga fmily u dilindungi Allah..
    Dan semoga bersabar dgn dugaan Allah ni..
    Semoga urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. sedih melihatkan keadaan banjir n mengenang nasib mangsa2..ujian yg dijanjikan Allah..

    'Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.' (2-155)

    semoga mereka semua ttp tabah..inshaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedih. syukur la ada kakak lain yg rumahnya tak kena banjir. jadi abang dan kakak yg terlibat dgn banjir tu boleh menumpang rumah, tak perlu ke pusat pemindahan.

      Delete
  3. Smoga mereka semua sentiasa dibawah lindunganNYA. Simpati dengan nasib mangsa2 banjir.

    ReplyDelete
  4. Kat Malaysia ni tiap-tiap tahun kita banjir, pihak berwajib still macam tak tau nak atasinya macam mana. Rakyat kebanyakan macam kita jugak yang selalu jadi mangsanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kan... tiap2 tahun banjir. kalau tak tau cara nak atasi, paling kurang kena la pandai hadapi. kena la sedikan teknik yg berkesan semasa pemindahan mangsa.

      Delete
  5. turut bersimpati...
    semoga semuanya cepat pulih seperti sediakala dan diberi ketabahan buat mereka untuk menempuh dugaanNya....

    ReplyDelete
  6. sedih.
    moga tabah.
    moga dipermudahkan semuanya.
    moga selamat.


    .

    ReplyDelete
  7. Sgt2 simpati dgn yg terlibat banjir teruk ni, bayangkanlah hal tu jadi kat kita. So, kak & abg lyd dok pusat pemindahan jugak ke?

    Pekan sg lembing yg saya pegi hari sabtu, lps2 tu banjir jugak ya..Ya Allah..
    Yg jambatan tu pulak...mmg ada lalu 2 tempat kalau tak silap sdg under construction.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujie, terima kasih kerana bersimpati. kak dan abg saya pindah rumah kakak yang sorang lagi. rumah dia tak terlibat dgn banjir.

      ye ujie. pekan sg lembing tu la... tiap2 tahun mmg banjir. sebab tu kalau ujie perasan, bangunan2 kat pekan sg lembing tu kena naik tangga dibuat tinggi. sbb banjir la tu.

      Delete
  8. semoga mereka bertabah.. dan dilindungi ALLAH hendaknya.. hati galau kan lyd bila pikir sedara mara yg terlibat..

    ReplyDelete
  9. musibah yang melanda adalah untuk peringatan kita semua.. Ya Allah... gerun jer nengok airnya tinggi sampai ke dada, and ur sis' house sampai ke bumbung? Ya Allah... moga banjir ni tak berlarutan. My sister pun kat pahang tapi so far takder apa kat tempat dia, bercuti la skang.

    ReplyDelete
  10. tak dinafikan, banjir kali ini adalah yg paling teruk yg melanda kuantan.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah.
    semoga keluarga lyd baik baik aja di sana
    in shaa Allah.sama sama kita doakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya