Skip to main content

Hadiah Harijadi Untuk Suamiku ;D

sejahteralah ke atas kamu....

2,3 hari lagi besday mat azghul. aku tak beli hadiah yang mahal pon untuk beliau. takde la nak beli gadget yang terkini di pasaran. cuma barang yang dia perlukan untuk musim tengkujuh ni iaitu  baju ujan. jenama racing boy. mat azghul ni gi kerja naik moto je. 



gambar dari google


lagi satu aku belikan dia food thermos jenama endo. yang ini untuk dia bawak bekal nasik pergi ofis. nanti bila tengahari dia nak makan tu nasik dan lauk-lauk masih panas. kalau tidak, makan nasik sejuk je time tengahari.


kat dalam ni ada 3 bekas kecik. cukup la untuk letak nasik, lauk utama dan sayur. kemain hepi mat azghul bila dapat 2 hadiah yang bermanfaat ni.

tak lupa juga hadiah untuk si kecil luth. thermos untuk bawak bekal bubur dia ke rumah nenek. aku beli yang warna putih ada gambar isketambola tu.  pagi tadi untuk pertama kali aku gunakan thermos ni untuk letak bubur luth. sampai kat umah nenek, nenek suruh bawak balik bubur ni sebab nenek kata dia dah masak bubur untuk luth. huhuhu. sampai hati nenek. semalam masa amik luth pun nenek bekalkan jugak bubur nasik blend untuk luth. nampaknya, weekend je la aku masak bubur utk budak kecik tu.

Comments

  1. wahh.. untung luth.. belum birthday dh dpt hadiah... hehehe

    ReplyDelete
  2. yang no 1 je hadiah mat azhgul....

    yang lain kau punye sebenarnye...

    kuikui

    ReplyDelete
  3. Sanagt bermanfaaat hadiah yang diberi, eh I pun berkenan la thermos tu, siap ada tingkat2 tu yg menarik, papa JJ pun everydas bawak bekal, tapi nasi goreng jer dia suka, nasi berlauk2 dia takmo leceh katanya. Nnt boleh la dia hirup sup pepanas bukan sejuk beku macam selalu (birthday laki orang duk kalut citer hal laki kiter pulok) keh keh keh

    Selamat hari jadi bapa Luth, moga panjang umur murah rezeki, Allah bless u and family.

    ReplyDelete
  4. Selamat harijadi utk encik suami..Saya lebih suka cik isteri tak mengingati hari lahir saya, kerana diri semakin tua bila mengingati hari lahir...

    ReplyDelete
  5. baik beli yg bermanfaat lyd drp beli nak berhabisan tuk standard..
    hmmm bagusnya nenet tuh kan.untung luth..:)

    ReplyDelete
  6. Bagus3! Hadiah yg sgt berguna dan diperlukan.

    Food termos tu boleh tahan berapa jam ya panasnya? Berkenan..
    So, hari2 la lyd masak mcm2 pagi buta ya? Bagusnyaaa!

    ReplyDelete
  7. hahaha..pandai Lyd cari barang yang up to date..maknanya sekarang musim hujan,beli baju tu dan food warmer...hehehehe...kelasss kau Lyd...

    ReplyDelete
  8. Bagusnya nenek sediakan bekal lgik!

    P/s : tudung tu klu bli byk blh dpt 3 rm100 ikut design.yg mcm rin pilih tu 3 rm100.yg lelain ada jgk yg hrga 75 tp dpt 2 rm100.

    ReplyDelete
  9. hadiah sangat bermakna ni..sangat diperlukan..terbaik dari seorang isteri yang prihatin :)

    ReplyDelete
  10. dengan musim hujan tak menentu sekarang. baju hujan sangat penting

    ReplyDelete
  11. Sesuai hadiah baju hujan tu dgn situasi skang ni...hehehe...Bagusnya hubby mu lyd, nak juga bawa bekal yer. Bukan suma lelaki nak bawa bekal gi office. Cute nya thermos luth tu.

    ReplyDelete
  12. Hihi...hadiah besday in advance ya.. Bagus hadiah yg dibagi tu sgt berguna :)

    ReplyDelete
  13. hihi.ok la ni.bgus :-)
    ala. nenek ni kasik la chance mama lyd bg bubur.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya