Skip to main content

AWAS!!!! Entry Ini Mengandungi Gambar Lubang Hidung

sejahteralah ke atas kamu...


kalau ada yang ternampak aku pakai penampal hidung macam yang Robbie Fowler pemain bolo pasukan Liverpool seperti di bawah ni, silalah jangan pelik. ramai yang bertanya kerana kekonfiusan bila tengok penampal kat atas hidung aku ni. 'kena tumbuk ke', idung patah ke', 'selsema ke' dan soalan2 mengambil berat yang lain. mekasih sebab ambil berat. 


penampal hidung ni namanya Breath Right. breath right ni bukan plaster berubat yang ada rasa berangin atau nak bagi hingus kering. dia adalah plaster semata-mata. fungsi dia adalah untuk membantu meluaskan lubang hidung supaya dapat bernafas dengan normal. aku pakai ni sebab lubang hidung aku bengkak kat belah dalam. lebih kurang macam ini;

okay, idung aku tak la semancung mat saleh ni.

tak tau le kenapa tisu kat bahagian dalam tu macam membengkak di kedua-dua belah. mungkin sebab resdung. gi klinik pon bagi ubat titis yang tak membantu pun. kalau biasa tak pakai breath right ni, aku mesti selalu semput. sebab tak cukup oksigen. dalam entry lepas2 kan aku ada cerita pasal aku pening tu kan. aku tanya doktor, doktor kata mungkin ada kaitan juga dengan tak cukup oksigen yang sampai ke otak. sebab lubang penafasan sempit.  jadi, bila pakai breath right ni, seolah-olah seperti dia menarik kulit di atas hidung tu supaya jadi lebih luas. maka, dapat la aku bernafas dengan lebih lancar. bila tanggalkan masa nak mandi ke, nak wuduk ke, memang semput jugak.


bagaimana ia berfungsi, pada plaster tu ada spring yang diperbuat plastik. spring leper je. bukan yang bulat toinyoinyoin tu. bila ditampal di hidung, gam plaster tu melekat pada kulit hidung sedangkan spring plastik tu seperti cuba utk luruskan jadi berlaku 2 fungsi berlawanan.


ini cara-cara nak tampal breath right ni. 



untuk kanak-kanak pun ada. saiznya lebih kecik dan bercorak-corak.

siapa yang ada masalah sukar untuk bernafas boleh la cuba pakai ni. kot-kot membantu.

Comments

  1. Replies
    1. rin ada masalah penafasan jugak ke. kalo ada kena tengok jugak masalah yg cemana.

      Delete
  2. jerawat tumbuh dalam hidung ker? sakit woo kalau jerawat.. membantu gak alat ni kan.. biasalah.. org kite mmg suka amik berat. hehehe

    ReplyDelete
  3. Aku pnh suh laki aku pki menda alah ni tp nape tak jalan eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia placing too low or too high. atau pun masalah dia tak dpt diselesaikan dgn cara ni.

      Delete
  4. Ok, I masukkan ni dalam list untuk dibawa pulang ke Berlin muehehe. Kat sini udara mmg buatkan hidung selalu berhingus, sekembang-kembang hidung I ni pun boleh jadi sempit jugak. nnt I try and error benda ni.

    ReplyDelete
  5. Saya juga menghadapi masalah hidung sejak lebih 15 tahun dulu. Pernah dpt rawatan di HKL, mula2 diberi ubat titis, tapi tak berkesan. Kemudian dibuat minor operation (masukkan besi panas dlm hidung) yg sangat menyakitkan, tapi cuma berkesan sementara. Doktor syorkan dibuat major operation, tapi saya tak mahu. Minor operation pun begitu sakit, darah tak henti2 selama lebih 24 jam, apa lagi jika major ops. Sekarang saya tak kisah bila hidung kerap tersumbat. Yg penting jaga jantung supaya tak tersumbat!!

    ReplyDelete
  6. Baru fes time tau pasal fungsi bntu tu..huhu

    ReplyDelete
  7. rasanya cik abe i pernh guna. mslh tido berdengkur
    smoga cpt baik ye lyd

    ReplyDelete
  8. Sejak ada resdung ni, tidur saya sering berdengkur. Padahal masa dulu elok je tidur normal. Mungkin saya boleh cuba pakai Breath Right ni kot.

    ReplyDelete
  9. aku pernah baca pasal ni...

    tpi aku nak tye soalan (ko ibrt je diri kau doktor skang)...

    doc, boleh ke nak ubat org yg suka ketap gigi time tido?

    sekian terima kaseh.

    ReplyDelete
  10. klu idung tersumbat sbb selesema leh guna x bnda alah nih...?
    P/s: gambr pertama 2.. wah hensemnya.. tiba2 masuk gmbr ke2 erkkkk lobang hidung!!!... hahaha

    ReplyDelete
  11. kalo pakai breath right nih, baru tdo x berdengkur.

    ReplyDelete
  12. Mcm mne nak dapatkan ye ....beli kat mne farmacy ade jual ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya