Skip to main content

Anak Soleh Berusia 9 Bulan

Sejahteralah ke atas kamu....

Sekejap je masa berlalu. Sekejap je aku rasa aku menikmati bau kulit baldu dan kepala baldu Luth masa dia baru lahir. Sekejap je aku merasa dukung dia dengan penuh berhati-hati sebab dia kecik sangat dan fragile sangat masa tu. Luth danh 9 bulan dah sekarang. Rambut baldu dah bertukar menjadi rambut keras. Kulit baldu dah makin tebal, daging dah makin pejal. Tulang pun dah makin keras. Progress tumbesaranLuth seiring dengan usia dia. 


Motor Skill
Luth banyak bergerak dan merayap dengan cara 'melaju'. Ada yang panggil mengesot. Dia belum merangkak walaupun dia dah boleh duduk, dah boleh berada dalam posisi untuk merangkak, tapi bila nak bergerak je, dia kembali melaju. Tapi dia bergerak laju tau walaupun dia tak merangkak. Kalau aku tinggalkan dia kat depan TV kejap, aku gi dapur untuk memasak, baru je seminit bila aku berpusing, tengok2 dia dah ada kat belakang aku sambil tersengih nampak gusi. Buat meremang bulu tengkuk aku je budak Luth ni. Sekarang dah mula nak meniti. Pantang duduk dekat dengan aku atau papa dia, dia akan berdiri sambil berpaut pada kami. 

Dia dah boleh pegang botol susu sendiri, pegang sudu, pegang apa-apa yang sempat dia capai dengan jari kecik dia pastu ketuk-ketuk kat lantai.


Bercakap
Dia hanya pandai panggil mama bila nangis nak susu atau nak tidur. Dengan nada yang sungguh menyedihkan dia sebut, "mammaaaaa". Kadang-kadang ada jugak dia sebut "papa". Biasanya waktu dia tengah buat nakal le. Time tu kalo ko ajar dia sebut mama pun jangan mimpi dia nak ikut. Hinsss... Aku kerap jugak ajar dia sebut "Allah". Walaupun dia belum ikut lagi, tapi aku tau dia dah register perkataan tu dalam otak dia. Perkataan-perkataan lain hanyalah bunyi 'yayayayaya', 'tetetetette', 'pupupupupu' kadang2 mulut menyembur macam muncung itik, kadang-kadang dia letak mulut kat perut aku, atau kaki aku pastu sembur sampai berbunyi prekkk prekkk... Sabar je la aku budak tu.


Makan
Aku memang bersyukur sangat sebab Luth memang dah makan tanpa perlu dipaksa. Paling kurang dia akan makan 2 kali sehari. Paling banyak 3 kali sehari bubur yang diblend. Selalunya nenek la yang masak. Aku hanya masak bubur on weekends je untuk Luth. Biasanya lepas dah habis makan bubur, baru aku bagi dia main dengan sudu dan mangkuk bubur tu. Memang bersepai la sisa-sisa bubur tu bila dia campak sudu dan mangkuk tu ke lantai. Tapi takpe. Aku rajin nak kemas. Wet tissue kan ada. Senang je nak bersihkan. Punye la nak bagi anak explore sendiri. Kalau tengok orang makan, dia dah pandai kunyah2 angin. Bila orang hulur ke dia, dia mesti buka mulut.

Sampai begitu sekali dia nak makan pisang kat tangan papa.
Yang aku perasan tentang Luth ni, dia suka sangat makan kaki. Kaki kipas, kaki kerusi, kaki meja, semua dia suka hisap. Bukan tu je, jari kaki aku dengan kaki papa dia pun dia hisap. Aih... Aku selalu je membebel kat dia, 'Luth tau tak, mama sendiri pun tak sanggup nak isap jari kaki mama, eeii...' Tapi macam la dia kesah kalo aku bebel ke dia pun.



Main versus Tengok TV
Mestilah dia pilih main. Tiap-tiap hari dia akan merayap je satu rumah. Semua benda nak dicuitnya. Tapi aku memang biar je selagi benda tu tak merbahaya dan menyepahkan rumah. Biasanya aku hanya akan angkat dia kalau dia nak main tong sampah atau tayar beskal papa dia. Lain-lain tempat, aku biarje tapi dengan pengawasan CCTV la iaitu aku la CCTV tu. Ceh. Lawak le tu konon. Dia hanya akan tengok TV kalau rancangan kat BBTV yang dia suka je. Itu pun lepas beberapa minit, dia sambung merayap. Kecuali kalau aku pasang Indahnya Iman, time tu memang terpaku depan TV.  Walaupun pakar kanak-kanak kata tak boleh bagi anak bawah 2 tahun tengok TV, tapi aku rasa aku memang tak mampu nak elakkan TV daripada Luth. Sebab sekeliling dia terdedah dengan TV. Cuma aku nak latih supaya dia minat dengan rancangan TV yang macamana kalau dia nak tengokpun. Setakat ni, kalau aku pasang rancangan menyanyi-nyanyi, memang dia tak tengok. Dia tengok pun hanya sesetengah jenis rancangan TV je kat Baby TV tu. Upin Ipin pun dia kurang minat.

Sambil-sambil je tumpang lengan kat Baby Seater Bumbo ni. Aku ingatkan dia tersangkut kat situ. Aku alih dia bagi dia duduk betul-betul. Seminit lepas tu aku tengok dia duduk balik camni. Last-last aku bior ke lantak je la dia. Janji dia buat hal dia. Aku boleh tengok TV dengan aman. Kehkeh.

1. Nak kastam skit apa yang ada dalam beg ni.  2. Macam menarik je. Macam cantik je.   3.  Ahahhhh.... Dah nampak dah apa benda dalam beg ni....   4.  Bosanlah diaper beg ni. Nak main kipas la plak.   5.  Apa plak mama ni amik gambar saye. Malu la saye...   6.  Mama dah la tu.. Takyah la amik gambar saye.




Respon
Luth ni yang paling ketara aku tengok ialah dia pandai membalas senyuman. Biasanya bila dia celik je mata daripada tidur [kalau aku atau papa ada kat sisi dia waktu dia bangun tu], aku akan senyum pada dia. Dia akan balas senyuman. Macam tu jugak kalau dengan orang2 yang dia jumpa. Kalau orang tu senyum, dia akan balas senyum. Selalu aku dengar orang akan kata Luth ni murah rezeki sebab selalu bagi sedekah senyuman kat orang. Ehehehe... Takyah jumpa orang kat luar la. Kalau dalam TV yang iklan 3 Ustazah tu pun dia mesti akan senyum dan ketawa bila tengok ustazah2 femes kat Malaysia ni bercakap sambil buat gaya dengan tangan. Yang tu mama ada sikit tak faham. Mama tengok macam tak kelakar pun. Tapi dia boleh plak ketawa bila tengok.  Kalau tengok katun yang dok ketawa-ketawa pon dia akan ikut ketawa. Macam dia faham je.

Senyum bila bangun tidur tu akan bertukar jadi tangisan kalau dia bangun tengok takde orang kat tepi dia. Hehehe... Pastu, kalau kat rumah nenek, bila aku datang nak ambil dia... bila dia nampak je aku, dia akan terkinja-kinja atas dukung nenek. Kalau nak tau, aku kat umah memang tak dukung dia. Tapi kat umah nenek, nenek yang rajin dukung. Pastu mula la dia tanak duduk kat bawah. Bila nenek tinggal je dia nangis. Mengada-ngada kan? Aku rasa nenek rajin dukung sebab nenek malas nak biar dia merayap dan main tah hapa2 kat dalam rumah nenek tu. Nanti penat nenek nak kemas. So, baik dia dukung je.....

Interaksi
Korang pun tau kan, permainan cak-cak dengan bayi tu sebenarnya bagus untuk tengok cara dia respon dan berinteraksi dengan kita. Aku main jugak macam tu. Tapi aku bajet USA, aku tak sebut cakkkk, aku sebut peek-a-boo.... Hahahah... serius aku rasa aku mcm mengada-ngada, tapi sebab dalam baby TV ada katun yang main macam tu dan sebut peek-a-boo, so aku guna je la perkataan yang sama. Biar Luth dapat relate TV dengan dunia sebenar.  Lagi satu, aku selalu main 'Where Is Luth' dengan Luth. Ini pon aku ikut dalam Baby TV, ada watak katun Yoyo The Magician tu sorok diri dia sendiri dalam kain, pastu dia sendiri tanya, "Where is Yoyo"... then dia sendiri jawab, "Hereee is Yoyo".. Maka, aku pun tukar la nama Yoyo tu jadi nama Luth. Aku selubung Luth dengan towel atau dengan kain lampin atau dgn bantal, then aku tanya "Where is Luth"???!!... Pastu bila dia tarik kain tu dari muka dia, aku dengan exicted dan beriya nak mamfuss akan jawab sendiri, "Heree is Luth" atau kalau dia jauh daripada aku, aku kata "There is Luth" atau ikut situasi. Luth mesti akan ketawa terkikik-kikik kalau aku main macam tu.

Ada sekali tu, aku terharu sangat. Masa tu aku baring tengok TV. Luth plak tengah main ntah mende-mende je sekitar ruang tamu tu. Tetiba aku nampak dia macam nak pergi dapur. Sambil nak ke dapur tu, aku perasan dia pandang je aku. Oleh sebab aku baring, aku hanya dapat nampak dia melalui bawah sofa. Aku tengok dia nyorok sebalik sofa then dia pandang aku. Aku buat tak tau je. Aku rasa dia nak suruh aku tanya where is Luth. Pastu bila dia jenguk je kepala dia kat tepi sofa, aku pun terus tanya kuat-kuat "Where Is Luth??!!" dia punye la ketawa. Aku macam nak nangis sebab aku tau dia nak ajak main. Sebab biasanya dia tau aku akan panggil kalau dia nak pegi dapur. Dia tau aku tak bagi dia main kat dapur sorang-sorang sebab ada tong sampah. Aku yakin anak aku cerdik sebab aku mak dia. Hahahah...


Itu je la entry yang panjang melampau cerita pasal anak. Harap2 korang terhibur la baca. Haha.. Perasan betul.

Comments

  1. Comelnya luth!!
    Still bg susu bdn ke?
    Semoga mmbesar dgn sihat..
    Senangla klu senang mkn..mcm aish pntg bg apa pun mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah still bg susu badan. tapi dia ni tak kuat sgt minum. taktau la nape.

      Delete
  2. Memang terhibur pon baca...hehehe...suka makan kaki erk ☺☺

    ReplyDelete
  3. Tengah gatal gusi nak tumbuh gigi lagi kot Luth ni. Hehe. Nanti time gigi dia dah penuh, dia punya gigit kaki tu rasa macam nak menangis dia punya sakit.

    ReplyDelete
  4. panjang entry . lengkap dan padat. haha. samalah.. syukrii bijak sebab ummi dia bijak. kohkoh..

    ReplyDelete
  5. wah bestnya... teringin nak rasa semua tu.. :-)

    ReplyDelete
  6. Memang ketika anak2 kecil adalah saat2 yg begitu seronok dan menghiburkan. Bila anak2 dah besar seperti saya, mereka mula meninggalkan kita seorang demi seorang kerana tinggal di asrama. Tinggallah ibu bapa menghitung hari2 sepi dan keceriaan cuma datang kembali bila mereka pulang cuti semester.....

    ReplyDelete
  7. Terhibur jgk bc kesah luth nie sebab mama dia pandai bercerita...:)
    suka bila baby dah pandai main cak aaa...arissa pun baru nak belajar2 jugak..mulakan dgn eye contact lah..kalau kat sini permainan tuh dipanggil 'i see'..
    yang dok landing dekat kerusi dia tuh tak tahannya...hehe takut plak auntie..kang terbalik kang luth..:)

    ReplyDelete
  8. hehehe bagus2 suka tgk baby2 yang cergas & aktif macm luth ni.. sekejap je masa berlalu yer

    ReplyDelete
  9. Luth dah explore macam-macam..lepas ni dpt kaki (berjalan)..jenuhlah nak kejarnya,

    ReplyDelete
  10. luth yg makin hari makin bijak ni yek...lyd...luth isap jari kaki ia sendiri jgk tak?hehe...xlama nk beradik la tu kot si luth ni....boring main sorg2....dh isap kaki sendiri mama xpedulik, tu yg isap skali kaki mama tu...hehe...

    *seronok tengok perkembangan diorg kan...hari2 akan ada je kemajuan yg lain2...

    ReplyDelete
  11. Suka masuk kaki dalam mulutnya ye...nak adik la tu..

    ReplyDelete
  12. cutie pie luth...comel je baca yang game where is luth tu...ehhehe

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum lyd...dah semakin aktif n membesar...:)

    ReplyDelete
  14. part last 2,sy yg baca pn rasa terharu... hehehe dah besar dh dia kejap jer rasa..

    ReplyDelete
  15. hihi. boleh byg mcm mana uols bermain. sronok kan. trrhibur je

    ReplyDelete
  16. Salam kak.. comelnye perangai die.. dah leh ajk bonda main main dah.. akk biarkan die main kt lantai ek? Lady x lg sb zahra xreti bergerak pun lg.. nanti kene biarkn jgk atas lantai sebab lady xleh dukung.. hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya