Skip to main content

Secara Fitrahnya Bayi memang Suka Dengar Zikir Dan Azan

Sejahteralah ke atas kamu...

Tanya la mana-mana ibubapa, pasti mereka akan mengakui bahawa anak mereka yang masih bayi akan tertarik mendengar azan yang berkumandang sama ada di TV atau di radio atau mungkin dapat dengar terus dari masjid.

Aku rasa benda ni memang fitrah. Jiwa bayi yang suci itu akan lebih tertarik kepada bunyi-bunyi yang merupakan zikir atau kata-kata memuji Allah dan Rasul. Luth sekarang berada di peringkat ini. Kalau pasang lagu-lagu dia mula la nak merayap ke merata-rata dalam rumah. Bila orang azan kat surau berdekatan, dia mula terberhenti dan mencari dari mana suara azan. Maka mama dia ni pun tukar channel yang siarkan azan. Luth yang dah berada di dapur ni terus berpusing 360 darjah pastu menggelupur pergi cari bunyi azan. Comel sangat aku rasa. Suci sangat. [Dah yang aku pasang siaran lagu-lagu tu kenapa? Heheh.. Waktu itu nak tunggu waktu Isyak, aku pasang baby TV. Sebab aku nak gi makan, aku nak suruh Luth diam2 tengok TV. Sekali dia tak minat. Dia lagi minat mengemop lantai guna perut bojei dia. Kebetulan dalam Channel Baby TV tu pasang lagu klasik].

Aku memang terkesima kejap bila tengok reaksi macam tu daripada seorang bayi yang sepatutnya dia belum mengenali siapa Tuhan dia dan apakah kaitannya azan itu dengan Allah. Selama ni aku memang tahu.... Bayi memang suka dengar azan dan nyanyian memuji Allah. Cuma bila aku tengok reaksi anak aku sendiri lagi la aku terkedu 4 saat. Pastu bila letak depan TV pasang channel Astro Oasis dengar zikir-zikir, elok je dia duduk tengok TV tak beralih walaupun seulas jari kaki. Memang minat sangat dia dengan zikir-zikir. Aku yakin anak-anak kecil yang lain juga begitu.

Jadi.... persoalannya sekarang..... kenapa.... bila anak makin besar, semakin dia melupakan apa yang pada mulanya dia suka secara fitrah. Secara semulajadi Allah beri dia rasa suka terhadap pujian kepada Allah, tapi bila makin besar makin minat lagu-lagu? BerApa pendapatan ko? Hehehe.. Rasanya kita semua tahu kenapa jadi begitu kan? Kalau bukan kerana persekitaran yang tak menyokong minat sebegitu terus terpahat dalam hati anak, kenapa lagi. Kalau kat rumah mungkin kita sebagai ibu bapa ni yang boleh control. Tapi bila dia keluar. Pergi shopping mall bersama kita contohnya. Atau bila ke sekolah tadika. Persekitaran yang berlumba-lumba mencemarkan pemikiran anak kita dengan perkara-perkara yang boleh menjauhkan minat dia untuk terus mengenali Yang Maha Pencipta. 

Banyak tugas kita ni untuk memastikan anak-anak kita, generasi akan datang terus berada di landasan 'suka mendengar azan dan zikir' ni.


Comments

  1. betul..setuju lyd..sama mcm anak sy..kalo dgr zikir, qasidah memg dia bg tumpuan..dia lg suka dr tgk cite kartun..dia boleh duk diam je dgr alunan qasidah..tp btlkan kenapa makin membesar anak2 tue..makin dia xsuka dgn seme nie..bagus utk renungan bersama..mencari apa yg kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangkan? Itu la kita ni kena mencari jalan supaya minat bayi terhadap lagu2 qasidah ni akan berterusan. Kita la kot kena berterusan kena sumbat pendengaran mereka dgn lagu2 zikir ye tak?

      Delete
  2. Anak kecik ibarat kain putih, suci fitrahnya..terpulang kpd kita bagaimana mencoraknya..
    rsny persekitran jugak lyd..sblm didik anak2 kita kena didik diri kita jgk tuh hidup dekat ngan tuhan..
    cam si aidan sy awal dl sy latih dia dengar quran, nasyid zikir dsbnya..bila sy exposed pd katun, nampak dia makin cenderung pd katun bila semakin besau...huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu ummuaidan. Bayi suci yang ibarat kain putih tu, minat dia juga pada yang suci yang berkaitan dgn al Khaliqnya. Nampak benar ajaran Allah itu agama yang benar.

      Delete
  3. salam kak :D..
    sory dh lama x jenguk sini.. huhuhu
    lady update gune autopublish skrg kak..
    x berkesempatan nk blogwalking, update blog.. huhuhuhu..
    lady skrg jual rempah lak.. hahaha.. kelakar lak :P..
    akak.. bebi lady x mcm tu lagi.. msh duk diam jerk.. skrg br belajar nk meniarap, angkat2 punggung.. kaki x reti lg nak angkat.. :D.. hehehe.. huhuhu.. td br jatuh dari buaian.. baru jer psg buai sehari lepas.. hr ni dh makan tuan.. :(..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum masanya lagi kot Lady untuk dia fokus dgn zikir2 ni. Atau mungkin dia fokus cuma lady tak perasan.

      Laa... nape bleh jatuh? Dah pergi check ke tidak? Akak doakan semuanya selamat utk zaraa.

      Delete
  4. betul tu sayapun perasan... anak2 saya masa kecil dulu cam tulah, arwah baby Aiman dulupun macam tu dia boleh berhenti menangis bila saya berzikir.
    Macam Asyraf pula masa kecil dulu kalau tinggal solat dia menangis sekarang ni nak suruh solat dia menangis.. adoi makin besar makin susah nak bentuk...berdoa agar anak2 jadi anak yang soleh dan solehah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin besar, makin la mencabar nak pastikan dia di landasan yang betul kan? Saya doakan anak2 kita semua akan menjadi anak soleh.

      Delete
  5. sempat sukat berapa lama terkedu..hahaha..

    ReplyDelete
  6. Dulu kan, kalau I nak dodoikan JJ senang jer, zikir jer terus lena dia. Pastu kalau dia nangis sakan serba serbi tak kena, I buka jer zikir, terus dia diam sampai bapak dia pun letak faverourite la zikir munajat yg satu tu. Tapi kan.. tak tau la, fault on my part yg tak bersungguh dan berterusan alunkan zikir ni semua, skang bila pasang jer dia pandai2 request kartun. dah besar kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i ni tak tau la sampai bila i mampu mangawal minat Luth ni terhadap zikir2 tu. Banyak sgt dugaan dtg dari setiap penjuru kan. TV pun, nampak mcm keanak-anakan, tapi penuh dgn lagho2.

      Delete
  7. Dia masih terngiang ngiangkan bahasa syurga...bahasa para malaikat memuji muji Tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya begitu la En Nizam. Bahasa yang dekat dengan dia dan dia faham.

      Delete
  8. Replies
    1. kalau tak sempat nak mainkan, lagi senang baca sendiri. :D

      Delete
  9. Memang fitrah bayi suka sesuatu yg lembut. Tak percaya cuba pasang lagu hard rock dgn volume maksimum, bayi pasti menangis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah try lagi mainkan lagu hard rock tu. Kalo dah JR kata pasti menangis, tak mo la try. Nanti susah plak nak pujuk.

      Delete
  10. Itu mmg KA setuju. Pengalaman sendiri ni. ALong & ANgah bila besar sikit KA dah asingkan bilik tidur tapi Adik sebab dier selalu sakit memang tidur bertemankan KA saban hari sejal kecil. Sebelum tidur mmg banyak KA akan bacakan dier ayat2 alquran mahupun zikir, dan Adik pasti akan minta KA lalukan tanpa pernah terlepas even sekali pun. Hingga dier boleh ikut & baca sama. Satu yang KA perhatikan, Adik ni memang extra bijak, terlebih cerdik berbanding abang & kakak dier.. Even x dinafikan along & angah hebat juga, tapi Adik memang lain sikit ler ...

    ReplyDelete
  11. sebab die dah jumpa Allah SWT dalam dunia yang lalu...

    ReplyDelete
  12. betol,,,anak saya 7bulan++ pon same,,,macammane nak didik anak tuk terus begini..Allahuakbar

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya