Iklan! Iklan! Sila Click!

12 November 2013

Lelaki India, Tempang

Sejahteralah ke atas kamu...

Waktu lunch semalam, aku pegi makan sorang2 kat The Chicken Rice Shop. Bawak duit doploh hingget. Siap makan, bayar, balance duit ada singgit tujuh posen. Korang selalu ke pegi makan sorang2 kat kedai? Nampak cam loser je takde kawan, tapi aku selambe je. Tak jadi masalah pun nak gi sorang2.

Masa berjalan nak balik ofis, tetiba ada sorang lelaki berbangsa India, datang ke arah aku. Kakinya tempang. Dia tenung aku, dia buat isyarat mintak duit sikit pastu dia buat aksi makan [suap tangan kat mulut]. Aku ni kalau ikutkan aku memang tak kisah nak bagi belen duit aku yang sikit tu, tapi oleh sebab aku terlampau paranoid, aku rasa nyawa aku terancam, aku rasa sangat takut dengan stranger, sampaikan aku hanya boleh geleng kepala pastu aku belah macam tu je.

Nampak tak betapa seriusnya ketakutan yang aku dan aku rasa kebanyakan rakyat Malaysia alami akibat daripada jenayah yang bersambung-sambung setiap hari berlaku kat Malaysia ni. Huhu...

Bila dah berlalu lelaki tu, baru aku terfikir, apa la salahnya aku bagi je dia. Bukan banyak pun. Malahan, kalau dia nak tipu pun pura2 jadi peminta sedekah, aku tak kisah pon. Yang penting dia mintak duit dan aku ada duit tu. Tak munasabah kalau aku tak bagi. Tapi itu la aku kata. Oleh sebab aku takut, maka aku lari. Buatnya peminta sedekah tu adalah krew rancangan realiti 'Cubaan' yang Akil Hayy punye tu ke, saje je malu muka aku masuk TV sebab tak bagi sedekah. Kuheh2.

50 comments:

  1. macam comel je..macam comel je..hahaha..1st!!yahoo!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... lama tak nampak cikgu. macam comel je, betul2 1st. Tahniah.

      Delete
  2. Itulah reaksi kita mula2 bila orang mintak duit..jadi takut kang..rs tak rasional..bila pikir2 blk mungkin dia btul2 memerlukan rs kesian pulak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, rasa kesian bila dia dah berlalu pergi. Nak kejar, rasa mcm malu plak.

      Delete
  3. kadang kadang nak memberi pun jadi serba salah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, kita ni terlalu banyak fikir. itu jadi gitu.

      Delete
  4. zee pon slalu makan sorang2 jer... memula rasa malu jugak tapi dah lama2 tak kesah..lantak la orang nak pandang ke apa..selamba badak arrr..

    bab sedekah ni pon bukan kita kedekut tapi beringat kan..lagi la sekarang ni rasa cam tak aman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ada geng rupanya yg selalu jalan2 sorang2. Tpi kalo kat tempat2 sunyi jgn jalan sorang2 tau zee.

      Delete
  5. xper,,
    x bagi sbb ada sebab,
    shark maybe kasi kot kalu terjadi kt shark,
    sbb dia tempang,
    kalu cukup sifat rasanya x kasi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak fikir pasal dia sorang, akak fikir kot2 ada kawan2 dia tgh standby kat tepi. Heheh. Banyak sgt tengok gerak khas la ni.

      Delete
  6. errmm...

    kdg2 depend kan nak bg orang...

    nk tau tak tadi, masa kat stesen minyak ada india mintak minyak hitam tiba-tiba kat aku masa nak isi minyak petrol.

    bile aku baca cerita kau ni, aku rasa aku faham ape aku rasa.

    die mcm nak buat yang tak baik je, nasib baik aku pergi stesen bhp yang selalu encik L pegi dan bangladesia situ semua kenal aku...

    bangla tu jerit la, hei mau apa?

    die terus mcm bla dari situ...

    err...?

    aku lak selamba bodoh ayam je.

    dunia sekarang memang kena hati-hati kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak minyak itam lagi la lain macam. Syukur la ko kat tempat yg biasa ko pegi. Boleh le ada org tolong. Ha, mekasih sebab ko faham apa aku rasa. Ko tu, jgn nak selamba ayam sgt. Bahye tau.

      Delete
  7. Myra lps da kawen belasah je makan sensorang pun boleh :)

    Tp betul la Lyd, dgn keadaan sekarang ni buatkan kita jadi takut, tak bg salah, bagi pun salah..
    Mujur lepas Lyd berlalu pergi takdak dia nak bising2 ke apa, tidak lagi malu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la, mungkin sebab tempat tu ramai org. Lagipun mungkin betul dia meminta pada yang nak memberi. Tak baik je kan saya tak bagi.

      Delete
  8. Memang selalu rasa macam tak selamat lagi tinggal di Malaysia, jenayah terlampau banyak. Sebab itu agaknya kerajaan Singapura dah peringatkan rakyatnya berhati-hati bila melawat Malaysia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke kerajaan singapura peringatkan rakyat dia macam tu? Adoi... malu nye rasa.

      Delete
  9. macam nak kena wakenabeb je kan..hehe saya pun kdg2 takut jugak dgn org mcm tu.. klu budak2 minta sedekah no hal sgt la nk bg..biarpun org ckp budak2 ni ada agent diaorg yg suruh.. tp bg jela..asal kita dpt pahala sudah..diaorg nk tipu tu diaorg punya hal.. tp klu yg jenis india gitu aku rasa aku pun ca alip bot kot...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak setuju dgn prinsip MK ni. Kalau akak biasanya akak tak kisah pon nak bagi wp kita sendiri tau mereka tu sindiket. Tapi niat kita memberi tu, semoga Allah kira.

      Delete
  10. hehe kalau rancangan cubaan akhil hay tu tak meemasal je kak :D

    hmm nak kata akak salah pun tak boleh, paranoid dengan tragedi2 yg menimpa sekarang ni kan.macam2 boleh berlaku.

    Kalau ada sedikit keberanian, sedikit duit lebih boleh je bagi.lagi besh bagi dia makan :) so xde la kita syak dia akan gunakan duit tu ke arah yang bukan2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, kalo betul2 akak kena dgn akil hayy tu, kalo ko tertengok nnti ko bersedia la utk gelakkan akak huhuh.

      dah nasib lelaki india tu rasanya... bukan rezeki untuk dia melalui akak.

      Delete
  11. Klau ahkak pun xberapa kental kot nk bg..takut jgk..hnm..dunia skg ni dunia yg perlu sgt berhati2..dpn umh kita pun org blh tembak..wuwu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal. Ketakutan lagi ni pasal kes tembak2 depan rumah.

      Delete
  12. sama la..hari tu ada org minta sedekah, terus masuk pagar berdiri kat muka pintu. koi tak bagi pun apa2..sbb marah dia masuk pagar rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak org ketuk pintu rumah minta sedekah. tapi sebab suami yg buka, dia bagi je. Kalau saya sorang, mmg tak buka pintu punyer.

      Delete
  13. ketakutan adalah salah satu pendinding daripada masalah yang mungkin dating...

    ReplyDelete
  14. kalau saya pun buat gitu..geleng2 pastu pandang tempat lain..heheh..lain lak dengan suami..dia mesti bagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama le dgn suami saya. Dia mesti akan bagi. lelaki ni karektor mereka selalu je sama kan?

      Delete
  15. Zaman sknag ni kita kena ambil langkah lebih berhati2 Lyd... neway pic pelakon tamil tu KA mmg minat.... n3 tq for u http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2013/11/oh-my-english-bila-ka-berpuisi-inggeris.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun minat gak rajnikanh tu KA. lakonan dia mmg terlampau mengkagumkan. Sampai ternganga mulut bile tgk.

      Delete
  16. akak pulak tak de la terfikir sampai gitu. akak ada satu perangai yang mungkin tak de kat org lain. kalau la peminta sedekah tu org islam akak tak kisah. akak bagi. Tapi kalau bukan islam terus buat buat tak nampak.

    sama jugak kalau akak pergi membeli buah kat gerai buah yang berderet deret org jual buah. walaupun kedai melayu/islam tu mahal sikit harganya akak tetap beli.

    biarlah org nak cakap apa. ini prinsip akak. tapi kalau dah tak de choice akak beli jugaklah buah kat kedai bangsa lain tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus betul sikap akak ni. saya respect semangat kemelayuan akak tu. Saya kalau bab2 membeli tu, mmg selalu nak beli kat melayu jgk. Cuma kadang2 kat kedai melayu, takde barang yg kita nak. Itu yg payah.

      Delete
  17. kita pon takde hal makan sorang, wak... oleh itu, kita boleh geng makan berdua
    *sudahnya takjadi sorang... hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la geng. Ajak didi skali jd bertiga. hehe.

      Delete
  18. Ish...klu sy pun sy jdk takut. Tapi selalunya, sy bg je. Tak kisahlah apa bangsa. Cuma pastikan org tu mmg tak berkemampuan. Klu sihat, no way la kan? Kot pas mtk duit, kite lak die kejar. Matikkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut kena kejar tu yg utamanya. Nampak dia dtg buat kepala geleng2 tu pun aku dah ketar lutut.

      Delete
  19. tu reaksi spontan yang biasa . mmg x dpt elak . anggaplah bkn rezeki dia ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la... memang bukan rezeki dia. itu yg sebenarnya,

      Delete
  20. salam akak :)..
    kasihan lelaki india tu kan.. huhu.. tp kalu lady tkt jugak.. manela tahu.. :(
    skrg jenayah berleluasa.. kene sentiasa berwaspada..
    semoga ada org lain yg beri makanan kat lelaki tu.. ameeennn..

    p/s : hehehe.. akak, betul3x.. kalau takde mesti lalat tu mati dulu.. :)..
    bijak akak, lady x terfikirpun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la Lady, akak pon harap ada org yg akan bagi dia sedekah. Akak betul2 rasa bersalah sebab tak bagi dia ari tu.

      Delete
  21. Kalau kat sini selalunya addicts la yg suka datang kat u minta duit, papa JJ akan bagi kalau orang tu minta elok2. Tapi kalau I, dorang tak pernah minta lagi, malas nak berbahasa isyarat kot. Tapi kalau kt kl, kalau I jalan sorang2 pun I lari laju2 kalau ada yg datang.

    ReplyDelete
  22. sis...seriously I pun akan buat benda yg sama you buat kat ane tempang tu tau. tsk tsk tsk

    ReplyDelete
  23. hahaha, kelako baca...kalau saya, saya bg je duit pastu pegi jejauh..tak terfikir takut lagi masa tu..

    ReplyDelete
  24. zaman la ni semua org asing yg x dikenali kita cuba elakkan for our own sake.

    Neway, Lyd...sy dah tukar blog ke http://faralittlebit.blogspot.com. Sudi2 jenguk update ye...tq.

    ReplyDelete
  25. Abisla ko lyd...masuk tv..hahaaa

    Takpela, lepas ni kalau yg tak cukup sifat kita dah tau...boleh je bg sikit duit. Kalau yg cukup sifat, mmg saya pun berkira kira gak.

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum lyd....skg ni semuanya kena berhati2 mcm2 boleh jadi...:)

    ReplyDelete
  27. Siapa tak takut lyd. Dgn keadaan jenayah skang kan. Kena lebih berhati2.

    ReplyDelete
  28. kalo aku, aku ikut mood. kalo mintak time mood aku baek, aku bg. kalo bad mood, aku takat geleng2 je la.

    ReplyDelete
  29. Salam singgah petang sambil membaca & follow juga

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...