Skip to main content

Gadget Craziness

Sejahteralah ke atas kamu....

Sepanjang hari kat ofis, berWhatsApp dengan suami
takpe. 
sebab suami kan. 
rasa rindu bila berjauhan ni konon.... 
kat ofis teringat dan rindu juga pada anak...
terfikir nak main dengan anak, nak dengar dia ketawa...

sampai rumah, lepas amik anak.... mengadap lagi henfon. 
sebab suami tak balik lagi.
wassap pompangpompang dengan suami.
send gambar anak kat suami.
suami tengok gambar anak, tak sabar-sabar nak balik.
nak jumpa anak, nak main dengan anak

bila suami balik...
masih lagi jugak mengadap henfon. 
dah tak wassap dengan suami, wassap dengan group skolah plak. 
dah takde topik nak bincang kat group skolah,
buka fb plak. 
dah tengok newsfeed kat fb sampai habis, tutup seminit pastu buka balik 
yang suami pun sama.
tadi masa kat ofis kemain rindu kat anak isteri.
bila sampai umah, mengadap henfon lagi
whatsapp dengan group dia pulak.

tapi tak bergaduh.
tapi takde pun rasa bosan nak borak dengan suami atau isteri
tapi takde pun rasa bosan nak main dengan anak.

cuma...
cuma....
ngaku je la yang kita ni dah jadi hamba gadget.
ngaku je la yang kita pun dah terjebak dengan berhala yang bukan patung tu.
ngaku je la...

yang paling kesian... kat anak la... mana la dia tau apa2. 
kejap pandang mama tengah terkikih ketawa mengadap henfon
kejap pandang papa, tengah muka berkedut baca artikel... juga kat henfon...

boleh tak kita berazam agar, waktu kat rumah....
henfon terus letak tepi.
kalau ada hal penting orang nak cakap, biar dia call.
boleh ke. mampu ke.

Comments

  1. Betul tp sy ni tak boleh lgsg pegang tepon mcm tu. Bru nak berjimba, Aydin dtg nak mendengki. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus aydin. heheh.. mungkin sebab dia dah besar kot. harap2 nanti luth dah besar skit dia boleh mengingatkan saya bila saya start nak bergajet.

      Delete
  2. nasib baik sy n suami belum ada smartphone..cuma ada tablet.. tapi 1 je lah.. tu yg kdg2 berebut dgn dia.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, bagus biar ada satu je. nanti masing2 mengadap dunia sendiri dlm tablet.

      Delete
  3. sy kt rumah bukak hp just untuk snap pic syukrii. hihi.. selebihnya waktu untuk dia.. xbg can ummi dok sng lenang.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya snap gak pic luth, pastu send kat group makcik2 dia, pastu gosip2. heheh. pastu lama jugak mengadap henfon. aihh... lalai2.

      Delete
  4. Saya salah sorang. Sampai anak tegur 'ibu senyum dgn sapa'...'kenapa ibu gelak'. Hairan gamaknya ibu dia gelak depan HP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuh...kan? harap je luth belum pandai bertanya. kalo tidak mesti dia pun nak tanya soalan yg sama.

      Delete
  5. boleh kalau henfon tu rosak..hahaha..
    sekarang ni sebab anak2 saya dah besarkan.. jadi diorang pula sibuk main henfon dan tak hiraukan mak ayahnya pula.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh... jangan la rosak henfon tu. nanti beli baru yg lagi canggih, pastu lagi le lalai.

      haa itu pun satu situasi jugak tu. anak2 dah pandai main gadget nanti dia plak yg ketagih.

      Delete
  6. saya bkn hantu hphone tapi hantu lappy ...

    ReplyDelete
  7. btl nie..sy seboleh-bolehnya cuba elak wat benda nie..kesian anak..nak main dgn kita..tp mama duk sbuk dgn fon..ig la fb la..kesian anak..kdg2 sy nmpk anak protes bila sy sbuk dgn fon..dia nangis sbb xlayan dia..bila amek dia dukung..xpun duk sblh dia..main2 dgn dia..dia happy..gelak gelak..nmpk benar yg dia nak mama beri tumpuan dkt dia pulak after 8jam ditinggalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 kita tak tersedar yang kita dah terbuat mcm tu kan? benda ni masa kita buat tu rasa mcm takde apa. tapi bila tgk pasangan kita mcm tu, mula la baru nak sedar yg kita pun sama je. heheh. luth pun sama, kadang2 dia dtg sondol2 kat saya pastu baru perasan henfon ada kat tgn. adehh.

      Delete
  8. macam tulah zaman sekarang..bukan anaknya, ngan kawan2x pun samalah macam tu jugak, ingat nak borak tpi hp juga tempat berborak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..ye.. akak setuju. kadang dengan kawan2 pun kita dok sibuk mgadap henfon kita jugak. padahl kawan depan mata ada. tapi nak jugka berborak dgn kawan yg kat 'seberang' sana melalui henfon.

      Delete
  9. betullah lyd...cuti-cuti sekolah ni patutnya berkumpul sekeluarga berbual-bual,ni tak sorang ngadap hp,sorang ngadap laptop,sorang ngadap komputer,sorang ngadap TV,fuhh...busy macam kat opis lagaknya...memang takleh tinggal walau sehari ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la ummiarissa. kalau anak2 sedara saya balik kampung pun, dah tak semesra masa takde gadjet dulu. skrg masing2 mengadap dunia masing2.

      Delete
  10. Undang2 saya terapkan di rumah( dan di restoren): Tiada gajet sewaktu makan bersama sama. Dimeja makan ialah salah satu tempat " quality time with family"

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak highlight komen daddy ziyyad ni kat suami saya la. biar kami implement peraturan ni juga. hehe. insyaAllah.

      Delete
  11. Itu cerita masa anak2 masih kecil. Bila anak2 dah besar, masuk saja rumah tengok semua anak2 sama ada memegang henfon atau lappy masing2. Komunikasi antara keluarga dah semakin kurang, masing2 cuma sibuk berkomunikasi dgn rakan dalam talian. Semuanya menjadi pendiam di rumah, semuanya cuma peramah dengan rakan-rakan dunia maya.

    Tak boleh bayangkan 20 tahun lagi, mungkin ketika itu institusi keluarga diganti dengan institusi online....Hancuzzzzz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la.. bila anak dah besar lagi la buat hal sendiri. nak2 pulak remaja. remaja ni kalau dia takde gadget pun suka berkurung dalam bilik, inikan pulak ada gadget.

      tu la, takleh imagine le cemana lagi 20 tahun. family kita apa nak jadi ni.

      Delete
  12. I ni fesbuk buka seminggu sekali mungkin, tu pun kalu buka. SPend time blogging jer la lawat kawasan semua, tapi masa I am alone like now la pulun habisan, pasni bila JJ ada slow2 jer la. Whatsup sumer tu mmg takder langsung, phone pun I tak tau mana I letak muehehe. Tapi ada I nampak mak yg bawak anak ke playground, anak main sorang2 tapi mak busy 24jam ngan phone. hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru je nak mintak no whatsapp u. heheh. chey.... motif?

      itu la, nasib baik jugak i ni lagi malas nak on laptop masa kat rumah. kalo tidak, comot la anak i terbiar tanpa kasih sayang bila i bz blogging. kekeke.

      Delete
  13. aku kalo wife aku ada kat umah, handphone jarang sentuh. sbb internet bkn ada pun nak wasap2. kalo kuar umah ngan wife, kdg2 terlupa nak bwk handphone.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku hanya betul2 abaikan henfon bila balik kampung. memang henfon ntah ke mana la. sebab... sebabnya kan... line internet kat kampung tak berapa clear. muehehe.

      Delete
  14. kunjungan perdana sobat,,,salam blogger

    ReplyDelete
  15. hehe...ayahnya la ni mcm tu la...berkerut kening mmbaca king jason ori...milo suam..menyesal koi paksa2 dia beli smartphone dan kutuk2 dia out to date. skang naik bosan pulak bila minta tolong asik jap...jap...jap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh, king jason ada yg ori dgn tak ori ke. alamak. kena check ni. heheh... hah itu le awok. kan dah terpaksa hadap semua tu. memang berantu ni gadget2 ni semua.

      Delete
  16. Replies
    1. boleh shura. akak berbesar hati kalau awk sudi nak share.

      Delete
  17. nasib baik smart gadget aku ada satu je (milik aku dengan Encik L)

    ape2 hal nak main kena kongsi... baru boleh gaduh mcm tu...

    hahaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya