Iklan! Iklan! Sila Click!

18 November 2013

First BounceBounce Baby, Next... Rain Forest Jumperoo

Sejahteralah ke atas kamu....

Kalau, [ni kalau je lah ye.... ], ada orang yang perasan gambar Luth duduk dalam Bounce Bounce Baby bulan lepas,

Skill mengedit gmbr aku memang 'tiptop mabeles'. So, diam-diam je sudah ye.


Baru-baru ni, kalau.... [ini pun kalauuuuu la jugak ye] korang perasan plak gambar Luth bersama Rain Forest Jumperoo ni,
Sila abaikan latar belakang bersepah.



Nampak macam berduit sangat la aku ni kan bila 2 bulan berturut-turut beli mainan baru untuk anak aku. Bounce Bounce Baby ni harganya dalam  RM300-RM400. Manakala Rain Forest Jumperoo pula harganya juga di dalam range RM400 dan ke atas. Padahal dalam entry sebelum ni, pasal harga baju baby mahal tu, aku ada cakap yang aku tak sanggup nak beli menan mahal untuk Luth.

Aku nak kongsikan dengan korang yang sebenarnya mainan-mainan tu semua aku sewa je. Aku tak beli pun. Kalau diikutkan plan asal aku, nak share pasal sewa mainan ni bila dah banyak mainan yang aku sewa. Baru la best aku mengayat korang kan. Tapi aku ni jenis yang tak sabar. Excited ni nak share dengan korang. Mana la tau kot-kot berguna untuk korang jadikan rujukan. Ilmu yang baik biarlah dikongsi secepat mungkin ye dok?

Kenapa Aku Sewa? Kalau Beli Kan Boleh Guna Untuk Anak Seterusnya?
Aku sewa sebab:-
  1. Aku cepat bosan dengan mainan yang sama. [Aku plak yang bosan. Anak aku relax je. Heheh.].
  2. Aku nak anak aku rasa banyak jenis mainan dan belajar banyak benda, experience banyak benda. 
  3. Kalau nak bagi anak cuba banyak jenis mainan, pastu aku kena beli setiap jenis tu, pertama, kopaklah aku nanti. Kedua, kat celah mana aku nak simpan banyak-banyak mainan dia tu? Rumah aku tak la sebesar rumah Britney Spears. 
  4. Lagi satu, anak aku nak guna permainan seumpama ini bukannya lama sangat. Sampai dia dah reti berjalan sedikit masa nanti, aku tak rasa dia 'sudi' nak duduk diam-diam dan fokus main dalam tu lagi.
  5. Barang mainan ni pun makin berkembang teknologinya. Jadi, untuk anak-anak akan datang mungkin dah keluar mainan lain plak. So, biar la dia membesar dengan mainan yang muncul setelah dia lahir nanti. 
Itu la serba sedikit sebab-sebab kenapa aku tak beli mainan-mainan tersebut sebaliknya hanya menyewa. Okay, sekarang aku cerita pulak pasal maklumat sewa-menyewa ni.

Click pada image ini untuk direct ke RentAToys
Aku sewa di http://www.rentatoys.com/. Ada macam-macam jenis mainan untuk disewa di sini, start daripada mainan untuk bayi, toddlers dan orang dewasa pun. Setiap mainan yang nak disewa, perlu diletakkan deposit.[Separuh nilainya dengan harga mainan tu.] Ini adalah untuk menjamin supaya korang tak terus buat 'reta' mainan yang ko sewa tu nanti. Contohnya Bounce Bounce Baby yang aku sewa tu, depositnya RM250. Sewa bulanan pulak RM39. Postage free. Jadi aku perlu bayar RM289. Nanti, ujung bulan, bila aku dah pulangkan balik mainan tu kat RentAToys tu, deposit itu akan di bank-in balik dalam akaun aku. Tapi kalau aku nak sambung plak dengan mainan lain, aku cuma inform saje la Miss Lim tuan punya RentAToys tu, mainan mana yang aku nak. Nanti dia arrange penghantaran.

Kalau aku nak sewa mainan-mainan tu selama 5 bulan. 5 x RM50 [anggaran setelah dibundarkan] = RM250. Kalau aku tambah sikit je lagi, aku dah dpt miliki satu jenis mainan yang aku boleh simpan untuk anak seterusnya. Memang la nampak aku cam moron skit kan. Tapi kalau dengan jumlah itu aku dapat bagi anak aku rasa banyak jenis mainan, aku pejam mata je la. Lagipun, untuk perkara sebegini, aku tak anggap itu adalah mainan, sebaliknya pembelajaran. Aku jugak memang sengaja taknak simpan mainan tu kat rumah aku sebab semak je. Sementara nak tunggu anak aku yang kedua lahir, berapa lama mainan tu nak tersadai kat situ? Dengan sawangnya. Dengan makan spacenya. Malas aku.

Cemana nak yakin dia akan pulangkan balik deposit? Yakin je la. Mereka melakukan bisnes. Kalau mereka nak tipu, no akaun mereka ada disiarkan di internet. Boleh report polis kan kalau berlaku sebarang penipuan. Tapi bagi aku, pihak RentAToys ni, yang aku selalu call tu namanya Miss Lim, dia sangat bersopan. Aku telefon dia kul 9 malam pun dia masih layan dengan baik walaupun aku tahu waktu itu adalah waktu dia berehat bersama keluarga. [kalau dah tau, kenapa aku call? Adalah sebab-sebab yang urgent kan? Tak perlu la nak cerita.]

29 comments:

  1. Bagus...xpernah tahu pun mainan pun boleh di sewa..memg untung mcm nie..sbb boleh pelbagaikan mainan utk anak explore. Tp lyd..dr segi kebersihan mainan tue mcm mn? Kan selalu betukar tgn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum pasang tu, basuh dulu la komponen-komponen dia. Pastu lap kering2. Mungkin ada terfikir kalo org bukan islam yang pernah sewa, mungkin mereka deal with dogs ke, kalau kita tak nampak sendiri tak kira najis la tu. Tak perlu samak pun.

      Delete
  2. oh..ade jugak bisnes mcm ni ek..pandai diorg cari duit.. hehe

    ReplyDelete
  3. Xpnh tau pun ada sewa2 mainan ni ek..hehe..br tau ni..tq for sharing

    ReplyDelete
  4. macam best je...good idea ni...tapi ok ke pakai mainan yg dah bertukar2 tgn dgn baby lain ni Lyd? In terms of cleanliness n healthiness maybe? Anyway, can be considered to try for Zara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita boleh cuci dulu sebelum pasang. Mcm saya, saya dpt je, saya basuh dgn air paip kat sinki yang mana boleh dibasuh tu. Kalau yang takbleh basuh, saya lap je la dengan wet tissue. Pastu lap kering2. Baru pasang.

      Delete
  5. bijaknye konsep sewa2 ni..kalo utk baby sesuai sgt sbb baby bkn pakai lame pon...plus baby pakai x jahanam pon...tp kalo dh 2 years ke atas tu risiko sikit....tp best la...br tau skrg...sulu mase anak baby mmg perlu sgt2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kan. baby memang pakai kejap je. Kalau beli mungkin hanya dpt beli satu je. Nak try banyak2 jenis, takkan nak beli semua plak.

      Delete
  6. Festime tahu boleh sewa mainan, ade pros n kons nyer kang..kalau nak branak ramai elok beli n boleh diperturunkan keanak cucu..alasan lain yg bernas lyd dah bg semua..mmg budak2 cepat bosan ngan toys..cam aidan bila dah bosan semua toys tgk2 dok luar umah dibuangnya..kalo org yg bg tuh nampak takker sakit jiwa ragernyer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... toys Luth yg kecik2 pun kebanyakkannya macik dia yg hadiahkan. Mama dia beli menan bosan yang takde kaler yg diperbuat drpd getah utk gigit2 je.

      Delete
  7. wah menarik ni, KA dulu2 tak tau pun yg toys kanak2 ni boleh disewaka. Neway xpelah benda dah lepas kan & brg2 anak2 dah pun KA sedekah2kan pada kawan2 ! Done nuffnang juga yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih KA. Benda ni saya rasa dah agak lama jugak. 5 tahun kebelakang. Kawan saya yang bagitau.

      Delete
  8. pes tym tahu nie... bagus betul dorg wat bisnes kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukrii dah bleh berjalan. Dah tak layan dah benda2 ni kan. Kalo letak nnt dia memanjat plak.

      Delete
  9. Serius..saya baru tau ada servis sewa mainan..

    Alasan2 yg awak berikan tu,mmg logik..

    Mmg bijak kepala otak org buat bisnes ni kan,.,,tak terfikir saya selama ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun berisiko jugak kan, tapi kalau masing2 mainkan peranan dengan baik, semuanya berjalan lancar.

      Delete
  10. Slm singgah. X tau nk komen apa, Saya clik nuffnang ajelah !

    ReplyDelete
  11. kalo hang x citer dlm entri ni, mmg sampai ke sudah aku x tau yg toy ni boleh disewa2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... nnt senang, boleh hang gtau kat family.

      Delete
  12. Wah, boleh sewa2 toys eh? Heheheh...dulu sy mmg takde pun beli mende ni kat Aydin. Biar je die dok seret badan satu umah. Hahahaha! Kejamnyalah sy ni. Cheapskate kronik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de la cheapskate sgt. Mungkin bukan keperluan yg maksima kot. Saya ni time nak masak saya tinggal dia sorang depan tv. Atau nak mandi, atau solat. Biasanya waktu suami belum balik dr ofis. kalo tinggal dia merayap nnt tak jadi keja la. Huhu. Nk belikan walker nanti sama jugak dia merayap. So, beli menan statik mcm ni bagi dia melompat. Kalo tidok, saye pon tak sewa gak ni.

      Delete
  13. wahh bagusnya, ni baru I tau ada khidmat rent toys ni. Haaa I dulu sakit giler hati beli walker JJ tu kan, baper bulan jer kot dia pakai pastu dia buat aksi stunt ngan natang tu, terpaksa bungkus simpan sebab dia bukan nak duduk dalam tu pun, dah la ambik space, hari tu hampir nak hadiahkan kat kawan sebab elok sangat lagi pun, tapi since adik JJ akan menyusul, so kami simpan jer la dulu. Tapi mmg budak2 cepat bosan kalau benda sama jer... elok la rent.

    ReplyDelete
  14. wah...macam menarik...hmmm...tetapi bior la aku ngajar zharif jadik cam aku...mengadap je bende yg sama tiap2 ari sampai x larat nak jemu hahaha...brg2 zharif yg mana blh recycle utk adik dia aku dah sumbat masuk dalam kotak pastu sumbat dalam stor...nasib umah ada stor...adik zharif nnt pakai mana yg ada je...and skali lg bio dia ngadap bende yg sama sampai x larat nak jemu kih3

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...