Iklan! Iklan! Sila Click!

25 November 2013

Backyard Medicine - Ubat Loya Mabuk Kenderaan

sejahteralah ke atas kamu...

aku nak share satu resepi kejayaan ringkas untuk menghilangkan rasa loya-loya sama ada semasa mengandung atau loya bila menaiki kenderaan [motion sickness]. aku dapat resepi ni bila tengok rancangan backyard medicine kat tv al hijrah yang disiarkan pada hari ahad jam 12.00 tghr.

cara-cara untuk membuat ubat anti loya secara semulajadi atau nama crystallize ginger. macam sedap je. macam sedap je. macam sedap je.

1.  mula-mula ambil beberapa ketul halia. kupas kulit dan potong mengikut keselesaan kita untuk makannya nanti. 



2.  kemudian, halia yang telah dipotong itu perlu direbus mnggunakan periuk dengan air yang dilebihkan satu inci daripada paras halia di dalam periuk tu. 



 3.  rebus halia sehingga 1 jam atau sehingga ala-ala empuk atau orang itali panggil ala dente 
 
 
 4. sila tapis dan buang air rebusan tu

 
 
 
5.  kemudian masukkan halia di dalam sauce pan bersama gula pasir yang sama banyak dengan halia tu. memang manis la ni. tapi balance la dengan rasa pedas dan pedar halia tu.


 
 
 6.  juga sedikit air dalam 2 sudu.




7. tunggu sehingga mendidih dengan api sederhana. kacau sentiasa menggunakan sudip kayu selama 20 minit atau sehingga muncul buih-buih dan halia itu menjadi sedikit jernih.





8. kecilkan api teruskan kacau halia yang bergula tu sampai gula jadi pekat dan bergumpal di dalam periuk.

 
 
9. sediakan gula castor  di dalam dulang [lebih halus daripada gula pasir, dan rupa dia cantik skit].

 
 
 
10.  taburkan halia yang dah diselaputi dgn gula cair tadi dan sebar-sebarkan gula castor di dalam dulang biar terus menyelubungi halia tu.

 
 
 11.  pisahkan jika ada halia yang berketul-ketul dan melekat sesama sendiri. biar mereka terpisah.

 
 
12.  simpan dalam bekas kaca atau sesuka hati la bekas apa pun. dalam balang kaca lagi nampa menarik. halia ini tahan selama 6 bulan kalau di simpan di dalam peti sejuk. dan tahan selama-lamanya jika disimpan di dalam hati. wahh gituu..
 
 
semua gambar-gambar ini diambil dari wikihow. penerangan pula aku alihbahasa doraemon kan untuk yu olzzzy. 
aku belum try buat lagi ni. tapi insyaAllah bila aku dah rasa nak loya nanti aku buat la. hehehe.


10 comments:

  1. ehhh.... last2 tu jadi cam gula2 dah pon.

    ReplyDelete
  2. harus dicuba nih..InsyaAllah..
    macam sedap jer kan..

    ReplyDelete
  3. mcm kaya gula je.. hehehe... nnt lyd buat eksperimen ye, kalau berkesan baru sy try pulak.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Sedap kot ni lyd.
    Dulu masa bdk2 suka mkn asam halia..
    Boleh jgk nk hlgkan rasa loya

    ReplyDelete
  5. rupa mcm asam pun yer...setakat ni kalau jalan jauh atau naik bot pun Alhamdulillah tak pernah rasa loya...

    ReplyDelete
  6. nampak sedap je...

    walaupun asalnya halia...

    ReplyDelete
  7. Dulu anak saudara JR selalu hadapi masalah mabuk ketika naik kereta dlm perjalanan jauh. Setiap kali nak berjalan jauh kena beli ubat tahan muntah di kedai ubat Cina. Tapi bila dah besar nasib baik sakit itu hilang sendiri...

    ReplyDelete
  8. owhh halwa telinga, eh halwa halia ek, wahhh penerangan u, siap pisah2kan mereka gitu, i boleh dengar mereka nyansi2 jangan pisahkan aku dan dia... (tu la kamu translate gini, I pun ngomen gini ler).

    ReplyDelete
  9. rsnya mmg berkesan kot sbb halia nie kan byk khasianya...rugi lak tak tahu nie sblm mabuk peknen dl..

    ReplyDelete
  10. tq for sharing..
    tp..nk telan halia u..seksooo

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...