Skip to main content

Apa Itu Marimo Moss Ball

sejahteralah ke atas kamu...

kalau bukan sebab aku PERLU berjimat berikutan kos sara hidup kat mesia ni makin meningkat, aku rasa aku dah beli dah makhluk Allah yang satu ni. walaupun takde la penting sangat dalam kehidupan rumahtangga aku, tapi aku suka sebenarnya nak mempunyai tanaman hijau atau pon benda hidup lain dalam rumah seperti haiwan peliharaan. aku penah cuma tanam [eh takde la tanam pun, cuma jaga je], lucky bamboo yang beli kat ikea. kawan aku hadiahkan. dalam masa sebulan je lucky bamboo aku tu dah mati tak meninggalkan belang. kaktus yang aku beli kat cameron highlands pun sama. tak hidup pon. letak tepi tingkap pun meninggal dunia jugak dia.

yang ini, aku rasa kalau aku beli, mungkin akan mengalami nasib yang sama jugak kot. hehehe...





Apa marimo moss ball ni?

Marimo adalah hidupan yang tinggal di persekitaran dingin di hemisfera utara dan banyak didapati secara semula jadi di Iceland, Jepun, Scotland dan Estonia.

Hidupan itu kini sedang berdepan pengurangan bilangan yang sangat drastik, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk festival selama tiga hari diadakan di Tasik Akan, Jepun sebagai mempromosi pemeliharaan marimo.

Di negara Matahari Terbit itu, masyarakat digalakkan membeli sebiji marimo bagi setiap individu.
Sebenarnya, marimo lebih mendapat perhatian masyarakat kerana legenda yang mengaitkan tumbuhan itu dengan tuah, kekayaan dan cinta.


NIGEL KOO merupakan seorang yang amat menggemari tumbuh-tumbuhan dan haiwan peliharaan. Sebelum ini, dia memiliki satu koleksi pokok bonsai yang perlu dijaga dan dicantas hampir setiap hari.
Suatu hari, ketika lelaki yang berumur 37 tahun itu menerokai alam maya, dia menjumpai sebuah laman web dari Taiwan yang memaparkan sejenis hidupan akuatik yang dipanggil marimo.
Marimo adalah sejenis hidupan yang sangat unik. Ia termasuk dalam kategori alga yang hidup dalam air. Ramai menjadikan marimo sebagai tumbuhan hiasan yang diletakkan dalam akuarium.
“Ia dapat mengelakkan pertumbuhan alga dalam akuarium. Jadi, dinding kaca akuarium yang selalu dikotori dengan warna hijau tiada lagi,” terang Nigel ketika ditemui di gerainya di Petaling Jaya, Selangor.
Tumbuhan yang memiliki permukaan seakan-akan kain baldu itu tidak akan meracuni ikan hiasan manakala haiwan bersisik itu pula tidak mungkin dapat memakan marimo kerana fizikalnya agak keras.
Disebabkan marimo dan alga hijau datang daripada keluarga tumbuhan yang sama, berlaku persaingan antara kedua-duanya untuk terus hidup dari segi mendapatkan nutrisi seperti sumber cahaya dan makanan.
Akuarium bersih
Secara automatik, ia boleh bertindak sebagai tumbuhan kawalan secara biologi. Tiada lagi air akuarium yang kotor dan berbau kerana semua bahan keperluan telah diserap oleh marimo.
Pembesaran marimo sangat perlahan iaitu diameternya berkembang lebih kurang satu sentimeter (sm) setiap tahun bergantung pada persekitaran pembesaran.
Marimo membiak dengan cara bertunas, tunas baharu yang tumbuh boleh dicabut dan mampu hidup menjadi individu marimo yang lain.
Meskipun pertumbuhannya sangat lambat, marimo mampu memiliki jangka hayat yang sangat panjang sehingga mencecah 200 tahun.
Dalam koleksi peribadi Nigel, dia memiliki 20 biji marimo bersaiz antara enam hingga tujuh sentimeter.
atau nama botaninya, Aegagropila linnaei, pertama kali dijumpai oleh seorang saintis dari Austria, Dr. Anton E. Sauter pada tahun 1820 di tasik Zeller. Namanya pula diberi oleh seorang ahli botani Jepun, Tatsuhiko Kawakami pada tahun 1898.
Mari membawa maksud bola melantun manakala mo adalah nama generik bagi hidupan yang hidup di dalam air.


Comel kan marimo ni. Bulat2 je.

Comments

  1. Menarik info ni, sesuatu yg len dari yg lain...

    ReplyDelete
  2. Saya pun nak dapatkan marimo juga utk dapatkan tuah, kekayaan dan cin..cin..cinta (cinta dari Allah..).

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... saspen je jr. nak dpt cinta dari Allah mestilah boleh.

      Delete
  3. ingatkan buluan apa tadi, bukan kerang jer berbulu tettt. tak baik tau buat I gelak malu komen u tu, baru I pun terperasan yg tetttt heishh.

    Cantik jer la benda alah ni, senang ker nak jaga? I ni tengah berusaha menyelamatkan pokok pisang yg hampir 2 tahun bersama kami, kena serangan langau sayang sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerang berbulu takpe lagi mamaJJ. kalau berbulu ketam masin malikin congek lagi haru. hahahah... tak tau la u tau ke tak lagi tu.

      mmg cantik, i mmg minat nak beli. cuma sbb takde keperluan sgt jd boleh hold dulu la. u boleh bertanam2 ke kat laman rumah, ce cerita pasal laman umah u plak. pokok apa lagi u tanam. i jeles betul dgn org yg ada tanah kat rumah wp ciput. boleh tanam serai dgn daun pandan pun dah syukur sgt. tp umah i takde tanah sob2.

      Delete
    2. eh rumah kita mana ada tanah, beranda pun takder ok. Tanam dalam pot letak tepi2 tv tepi2 tingkap jer. Siap ada mint, basil sampi berhutan jadinya, pisang ni yh jenis hiasan dalam pot jer I letak. kalau ada tnaah kat sini sekali pun, payah nak bercucuk tanam kena ikut musim.

      Delete
  4. mmg comey sgt..
    kt rmh lya ade..dlmpasu ... tp y tipu2 r.. dalamnyer gabus.. tp ttp comey

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... lya beli yg mcmn ye. yg mcm pomander ball tu ke. nak tgk nak tgk. heheh.

      Delete
  5. mahunya disepak2 azfar sebab bulat mcm bola.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya camtu jugak kot kalo luth dah besar skit nanti. sbb tu rasa mcm berbelah bahagi nak beli. hehe.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya