Iklan! Iklan! Sila Click!

29 November 2013

And The Answer Is......

sejahteralah ke atas kamu....

dilemma nak hantar luth ke mana tahun depan sudah diputuskan. dalam entry yang lepas, boleh dikatakan 99% kawan-kawan blogger aku cadangkan nenek. maka, memang itulah jawapannya. terus la dengan nenek nenek si bongkok tige, siang mengantuk malam berjaga.

hari yang sama masa aku dapat email daripada taska ofis tu, aku tanya nenek dulu.... tahun depan dia nak jaga luth ke tak. aku cakap terus terang dengan dia, aku suka dia jaga anak aku, kalau boleh nak dia jaga luth. tapi kalau tahun depan kot2 dia dah malas nak jaga budak ke, aku nak hantar luth ke taska ofis. pastu nenek kata dia nak jaga luth. semalam pun masa amik luth, nenek pesan lagi... tahun depan biar nenek jaga luth ye. aku terharu plak sebab ada org yang sayang anak aku. heh, perasan plok. nenek kata tahun depan dah tak ramai budak dah kat umah dia sebab ramai yang dah sekolah. tinggal 4 orang je termasuk luth. baby 2 org, toddler* 2 org. 

sejak luth dah makan bubur ni.... nenek siap bagi bekal bubur utk luth makan kat rumah. dah terbalik. patut aku yang bagi bubur untuk luth makan kat umah nenek. kehkeh. jadi, itulah.... keputusannya kami dah decide untuk terus hantar luth kat rumah nenek. aman damai sikit. biarlah tempat kosong kat taska ofis tu diberikan kepada orang yang lebih memerlukan ye dok. walaupun yuran hantar kat umah nenek 300, kalo kat taska 190 je. huhu... takpe luth. demi luth cekomei mama pejam mata je la.






*A toddler is a child between the ages of one and three. The toddler years are a time of great cognitive, emotional and social development.

10 comments:

  1. Tepat sekali jawapannya yer..
    takperlah kalau kita tunjukkan keyakinan..nenet akan secara psikologinya buat the best..apapun yg terbaik buat luth, mama luth serta nenet...syabas..:)

    ReplyDelete
  2. ala luth cekomei lagi suka dengan nenek kan.. kalau gitu mama luth boleh balas balik bubur nenek bagi dgn bubur McD.. haha

    ReplyDelete
  3. bila budak tak ramai , jagaan nya pun lebih teliti ...

    ReplyDelete
  4. tepat jawapannyer.. rajin la nenek.. suke2.. biasalah.. lau pengasuh standard harga tu. syukrii dulu pun 300 jugak.. semoga nenet jaga luth dengan tulus ikhlas.. sejati dan mulia.. hehe

    ReplyDelete
  5. Win win situation, semua orang gumbira, Luth la sama gembira. Hehhee memang tervalik valik nenek pulak bekalkan makanan, bagus sangat la ada jugak sentuhan mereka yang tua, yang lebih berpengalaman ni kan.

    ReplyDelete
  6. nenek pun suka jaga tu...keputusan yg bijak

    ReplyDelete
  7. Syabas bete! Hahahah...

    Aku pun sgp berkorban. Hantar Aydin ke umah mamanya yg jauh dan agak mhl (malah mtk naikkan fee lg) tapi aku tak kesah sbb dia adalah sgt baik. 3 thn experience walau ada masa dia mcm letih sgt jaga Aydin. Tapi apa je dak kenit tu mtk, dia turutkan. Haih....

    ReplyDelete
  8. Kalau hantar kt mrk yg dh bergelar nenek ni..insya Allah mudah2an terjamin... maklumlah nenek menjaga cucu..cmn?
    Akak yg ank dah 8 thn pun hantar pengasuh...nk buat guane..muge nye keje belake. ...��

    ReplyDelete
  9. smg luth dpt mengawasan yg terbaik :D
    p/s: bmbg jugak kalau x jg sdri sbnrnye.. huhuhu.. mesti ade perasaan risau jugak kan.. huhuhu

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...