Skip to main content

Succeed Ke Tidok Plan Aku Tu?

Sejahteralah ke atas kamu....

Jumaat lepas aku kata aku nak buat macam-macam kan? So, hari ni biarlah aku dedahkan kejayaan atau kegagalan aku mengikut plan yang aku buat sendiri tu. 

Buat blanket atau alas baby. Completed. Mesti kena buat jugak ni sampai siap. Sebab waktu aku taip ayat ni pun, Ninee tengah bersalin. Aku plak memang plan nak balik kampung hujung minggu ni. Jadi, wajib siap. Dan berjaya. Hooreyy!!! 

Ini hasilnya... Walaupun tak seberapa, tapi aku rasa hepi sebab seni jahitan aku dah makin improve. 


Corak yang bunga-bunga biru tu, sama macam alas yang aku buat untuk Luth juga. Sama juga dengan alas yang aku buat untuk baby Iman, anak abang Long. Sempena mereka bertiga ni sebaya nanti masuk sekolah tahun yang sama, insyaAllah. Hip hip hoorey!

Dan waktu aku tengah taip ayat ni, Ninee dah selamat bersalin melalui pembedahan, sebab baby yang comel ini suka dok songsang dalam perut mama dia. Ini la babynya... Ya Allah... comel sangat. Tak sabar nak balik kampung ni.


Mak Ngah, I'm a boy. My name is Harith.

Plan kedua tak menepati jadual. Aku tak sempat nak gunting pun untuk buat beg breast pump. Yang ketiga [berkubang depan TV] sangatlah completed dan keempat [fotoshoot untuk Luth masuk contest] pun completed. Tapi gambar tak menarik sangat. Susah la nak amik gambar menunjukkan bontot yang pakai Huggies dalam masa yang sama nak suh Luth pandang kemre dan buat muka bajet comel terpaling comel tu.

Comments

  1. kiranya mission completedlerkan.. tahniah ...

    ReplyDelete
  2. oklah.. satu jer tak menepati..
    tahniah kat Ninee dapat baby baru, comel sangat...
    wah Lyd nanti tahun depan boleh lah buat blanket kat baby kiter lak ye..hehehe..

    ReplyDelete
  3. jangan lupa.. buat tutorial ye..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah.. tutorial ni main hentam tetas sana tetas sini, sambung sana sambung sini. Tapi kalo ada peluang insyaAllah akan share.

      Delete
  4. Bestnya klo pandai menjahit ni kan.

    Alololo...comelnya baby. Sedapnya bau baby. Nak baby lagi...erkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh... comeylkan? Ye ke nak baby lagi? Usaha lagi Fiza. heheh.

      Delete
  5. Hujung minggu yang terisi la jugak bila berjaya complete half of the mission. I jeles la tengok u buat jahit2 ni, nice giler ok alas tu. Sangat comfortable, kalau la I ada mesin.. dan dapat cari kain best2, I pun nak buat sendiri jugak.

    Luth dah sentiasa comel bergaya, mama nya yang kena tingkatkan ilmu photography ni. Hehehe

    ReplyDelete
  6. rajen...

    bestnye.... teringin jugak kite nak blaja menjait...

    hehe.

    ReplyDelete
  7. Kira ok la tu dapat siapkan jahitan tu. Tengok pun kira kemas jugak tu kak. Daripada beli, kalau boleh buat sendiri baik buatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak dari jauh cam kemas. Tapi dari dekat sendiri mau ingat la. hehehe.

      Delete
  8. Memang terbaiklah Lyd..lepas ni mungkin boleh buat baju utk encik suami pula....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... baju untuk suami tu insyaAllah la nanti. Banyak lagi kena belajar.

      Delete
  9. Nak photoshoot baby ni memang kena banyak sabar. Hehe. Kang silap-silap dia capai kamera tu, habis digigitnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu awk. Kena banyak sabar. Kadang2 dah focus, tetiba dia bergerak. Nak marah tak sampai hati sebab buat muka suci.

      Delete
  10. cantiknya selimut tu..bolehla ambil tempahan kak..haha

    ReplyDelete
  11. wahh rajinnye dan kreatip, saya bab menjahit2 ni memang tak reti. minat tu ada tapi tak pernah berkesempatan pun nak mencuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, kalo minat ada tu lama2 nanti chenta ummi akan mencari juga jalan nak buat.

      Delete
  12. jeles.. jeles... hahaha... teringn gak nak join photoshoot huggies tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la join kalo nak join. Syaratnya kena pakaikan anak yang berumur 4 tahun ke bawah dgn diaper huggies.

      Delete
  13. alhamdulillah nasib baik le succeed ye
    cepatan singgah blog ciksu tengok peneka bunga.dah ada dah pemenang tu.
    kita tgk sape yg kena. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeyy!!! Saya yang kenaaaa... thanks ye ciksu. Syg ciksu.

      Delete
  14. pandai tul lyd ngan jahitan2 nie..like my MIL..byk yg dia pandai.
    tahniah yer yg mana tercapai target tuh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pandai mana la ummuaidan. Saya main hentam saje ni. Gugel2 tutorial, org ajar lain saya jahit lain. Heheh. Org2 lama mmg hebatkan? Arwah mak saya dulu pon jenis yg menjahit jgk. Mak mentua pun sama.

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya